Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan?
Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
11/11/2009 03:17:00 PM

Adakah aku tahu...

Susunan : Abd Razak

video


Seruan hati, begitu kuat, tak tertahankan, tak tertegahkan.
Panggilan haji, Ia datang bagai air bah, hancurkan bendungan

Panggilan Allah!
Haji itu peluang balik ke pangkal jalan
Haji itu peluang menyerah diri kepada Allah
Haji itu peluang menuju ke jalan Allah
Haji itu peluang menjadi tetamu Allah

Firman Allah SWT, "Musim haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi. Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal." (QS Al Baqarah 2 : 197).

Orang yang dipilih Allah SWT dari ratusan juta kaum muslimin untuk menunaikan ibadah haji adalah orang yang sangat beruntung. Punya keistimewaan dan keutamaan yang berpuncak pada syurga yang menantinya jika ia meraih haji mabrur. Namun, ujian dan cubaan yang mengotori kemabruran hajinya juga tidak sedikit. Dari sekian banyak ujian, ada 3 perkara yang disebut dalam ayat di atas yang perlu senantiasa diwaspadai oleh jemaah haji, iaitu rafats, fusuq dan jidal.

Sesungguhnya kemungkaran dan hal-hal negatif selama musim haji di tanah suci cukup banyak. Sehingga tidak benar, persepsi sebahagian orang bahawa Tanah Suci sepi dari kemaksiatan dan kemungkaran. Ketika Al Qur’an hanya menyebut tiga hal negatif tersebut, hal ini memberikan pemahaman kepada kita bahawasanya peluang untuk melakukan ketiga perbuatan negatif itu dalam ‘muktamar’ yang dihadiri jutaan kaum muslimin sedunia dengan beragam warna kulit, bentuk fizikal, suku, bahasa dan adat amatlah besar. Sehingga tidak berlebihan jika ada yang berkomentar, bahawa setiap jemaah haji berpotensi untuk berbuat rafats, fusuq dan jidal, baik pra haji, di tengah penunaian berbagai manasik (ritual) haji mahupun sesudah menunaikan haji, kembali ke tanah air.

Ibnu Jarir dalam kitab Tafsirnya (II/273-279) secara panjang lebar menghadirkan penafsiran para ulama tentang ‘rafats’ yang dapat disimpulkan, bahawa ‘rafats’ adalah jima’ (bersetubuh) dan permulaan-permulaannya seperti bercumbu serta perkataan yang menimbulkan berahi. Lalu ‘fusuq’ adalah semua bentuk maksiat dan larangan-larangan bagi orang yang berihram. Sedangkan ‘jidal’ adalah berbantah-bantahan, saling panggil memanggil dengan gelaran yang buruk dan debat kasar seperti saling mendakwa bahawa apa dilakukan paling baik/benar dan semua perbuatan yang mengundang konflik, kedengkian dan permusuhan. Ketiga hal ini diberi penekanan khusus untuk dijauhi, kerana Allah SWT menginginkan jemaah haji untuk melepaskan diri dari segala gemerlap dunia dan tipu dayanya, serta mensucikan diri dari segala dosa dan keburukan. Sehingga terwujudlah tujuan yang diinginkan dari ibadah haji iaitu Tahdzib An Nafs (pensucian jiwa) dan mengarahkannya secara total untuk beribadah kepada Allah SWT semata.

Dan hanya jemaah haji yang mampu menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan negatif tersebutlah yang diibaratkan Nabi SAW seperti bayi yang baru lahir ke dunia tanpa dosa.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menunaikan ibadah haji, tidak rafats dan berbuat fasik, maka ia keluar dari dosa-dosanya seperti hari di saat ia dilahirkan ibunya." (HR Bukhari dan Muslim)

Setelah melarang berbuat keburukan, Allah SWT membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan seraya berfirman, ‘Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya’. Dilihat dan diketahui Allah merupakan jaza’ qabla’l jaza’, penghargaan dan balasan dari Allah sebelum balasan yang sesungguhnya. Sehingga memotivasi seorang mukmin untuk semakin banyak memproduksi berbagai macam kebaikan.

Kepada mereka yang bakal menunaikan ibadah Haji, saya mendoakan agar ibadah Haji yang mabrur bakal saudara-saudari perolehi. Kerana dengan Haji yang mabrur, bermakna semakin  hampir saudara-saudari dengan Allah SWT. Dan semakin hampir saudara-saudari dengan kasih sayang dan ampunan Allah SWT.

Kepada mereka yang telah pun menunaikan ibadah Haji tetapi masih merasa lazat dengan maksiat dan kemungkaran, tanyalah diri sendiri dengan soalan-soalan di bawah :
  • Adakah aku pergi menunaikan Haji untuk meninggalkan segala yang ditegah Allah dan melaksanakan segala yang diperintah Allah, atau untuk orang memanggil aku dengan gelaran HAJI/ HAJJAH ?
  • Jika sebelum aku menunaikan ibadah Haji aku melakukan amal maksiat yang mendatangkan dosa, setelah kembali dari menunaikan Haji apakah amalan maksiat itu masih aku lakukan ?
  • Adakah aku tahu, jika sekembalinya aku dari Tanah Suci, aku masih melakukan amalan maksiat yang sama, Haji aku bukan Haji yang mabrur ?
  • Adakah aku sedar, sebagai seorang yang telah menunaikan Haji, apabila aku melakukan kemungkaran dan menganjurkan program maksiat, ianya menimbulkan fitnah kepada jemaah Haji yang lain ?
  • Adakah aku tahu, jika aku masih melakukan kemungkaran setelah kembali dari Tanah Suci, aku sebenarnya telah mengkhianati Allah yang pernah menjemput ku menjadi tetamu-Nya ?
  • Adakah aku tahu, jika aku mengkhianati Allah, tempat yang selayak buat aku adalah neraka Allah ?
  • Adakah aku tahu, jika aku mengkhianati Allah yang menjadikan aku tetamu-Nya, aku adalah makhluk yang paling hina kerana tidak mensyukuri nikmat Allah yang bersedia melayan aku sebagai tetamu ?
  • Adakah aku tahu, sebagai seorang HAJI/HAJJAH, aku tidak sepatutnya membuat mungkar dan tidak sepatutnya mengajak orang lain membuat mungkar ?
  • Adakah aku tahu, jika selepas aku kembali dari mengerjakan Haji, aku masih melakukan maksiat malah mengajak orang lain melakukan maksiat, aku sebenarnya bukanlah hamba Allah tetapi aku adalah hamba Iblis ?
  • Adakah aku tahu, kemana hendak aku pergi jika aku ini bukan hamba Allah ?
Jawablah 10 soalan tersebut dan simpanlah jawapannya dalam sanubari anda.



32 Komentar:

ASYIQ said...

Salam...org pertama???

peringatan ni bkn sekadar utk jemaah haji ttp juga utk kami yg dlm list menunggu untuk menjadi tetamu Allah.

Terasa sungguh rindu utk ke sana...kekadang kerinduan itu diterjemahkan dlm bentuk linangan airmata. Entah bila agaknya jemputan ini akan sampai ke tangan akak.

Berhasrat utk mengerjakan umrah tetapi Allah belum mengizinkannya.

Tolong doakan akak.

Lagu ini amat menyentuh.

Abd Razak said...

--> ASYIQ

Salam kak...:)

Iyer orang pertama...:)

Memang rindu lebih-lebih lagi bagi yang pernah ke sana, mudah-mudahan Allah jemput kakak dalam masa terdekat ni...ameen

Ketika menulis ni bercucuran airmata dibuatnya...

maiyah said...

peringatan buat sy gak, bilalah bleh pegi ni huhuu, wlau OKU pun bleh gi tp kalo takde yg nk guide pun tak bleh gak :)

Abd Razak said...

Salam...:)

Kalau ada kemudahan, sihat tubuh badan dan ada yg uruskan akak, teruskan hasrat tu, semasa saya di sana dulu ramai yg dlm keadaan demikian, sungguh terharu melihat kesungguhan mereka...

Moga kakak diberi kesempatan

cun09 said...

Salam saudara ^_^

"mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap ALLAH, iaitu (bagi) orang yg sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah (iaitu bg orang yang sanggup mendapatkan bekalan dan alat-alat pengangkutan serta sihat jasmani dan perjalanan yg aman). Sesiapa yg mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya ALLAH MAHA KAYA (tidak memerlukan sesuatu)drp. semesta alam"

(Ali 'Imran 3:97)

Abd Razak said...

--> cun09

Salam saudari ^_^

Terima kasih...:)

Hari wukuf hampir tiba...
Alangkah indahnya ketika itu kita semua berada di sana...
Ya Allah jemputlah kami

Aidil Fadzil said...

Salam Abd Razak, menyempurnakan rukun ini impian semua insan yang beragama Islam. Namun aras letaknya soalan-soalan itu, terserahah kepada individu itu. Semoga mendapat haji mabrur......

Abd Razak said...

Salam sdra...

Moga impian itu terlaksana dgn baik dan pulang dgn kemenangan tiada tandingan, meraih sesuatu yg sgt mulia di sisi Allah SWT...

Cik Skaf said...

salam Razak,
moga kak skaf juga diberi kesempatan dan dipermudahkan jalan untuk ke tanah suci mekah dalam tahun2 terdekat2 nie, sementara usia muda dan kesihatan msh baik. InsyaAllah. Ya Allah perkenankanlah.. Ameen

Thanx atas artikelnya ini.

Abd Razak said...

--> Cik Skaf

Salam kak skaf...:)

Mudah-mudahan Allah perkenankan permintaan kak tu...ameen

Thanx atas artikelnya ini...sama-sama kak :)

Pn Kartini said...

salam..:)
Bisa menggamit rindu ke sana...
Moga ada kesempatannya...

*membaca artikel dlm kemigrainan..
maaf yaa lambat br komennya...moga kitak sht.

Abd Razak said...

--> Pn Kartini

Salam...:)
Sama juak rasanya tuk nang rindu mauk pegi sinun...moga Allah beri kesempatan sekali lagi...

Sian kitak kenak migrain agik...
Harap kitak dah sihat semula...
kamek sihat alhamdulillah...:)

MaizaC'Joe said...

Salam

peringatan ini untuk saya juga. bertapa bertuah.. beruntungnya kalau dapat pergi.. tak sabar rasa untuk melangkah ke sana.. semoga Allah memberi jalan serta permudahkan untuk mencapai impian tanggungjawab kita sebagai umat islam... mudah-mudahan InsyaAllah..

fadzilah said...

semoga diberi kesempatan utk menunaikan haji..

Abd Razak said...

--> MaizaC'Joe

Salam...

Insya Allah akan tiba masanya jika kita ada niat dan bersungguh-sungguh utk pergi, Allah akan jemput...mudah-mudahan Allah perkenankan permintaan anda...

Abd Razak said...

--> fadzilah

Moga Allah berikan kesempatan & jemput sdri sebagai tetamunya...ameen :)

Titil said...

Semoga juak kita semua diberik kesempatan k nunai aji o. InsyaAllah.

Abd Razak said...

--> Titil

Bila tek kitak mok pegi?? Sekurang2nya daftar lok, mun ajal kita dah sampe siklah kita dikira mati kedak sidak yahudi ato nasrani

iqbalsyarie said...

Razak,...doa-doakan saya dapat mengerjakan haji di usia muda~insyaAllah pas abes blaja

Abd Razak said...

--> iqbalsyarie

Iqbal, insya Allah sebaiknya mengerjakan haji seawal usia, keadaan kita masih kuat & bertenaga, simpan duit secukupnya :)

zai said...

Salam Razak..

Mudah2an kita semua berpeluang utk menjejakkan kaki ke Mekah dan melakukan haji dan umrah dan dapat pula beribadat dengan sepuasnya disana dan pulang dgn keadaan suci dari segala dosa dan juga mendapat haji yang mabrur..

Kak Zai adalah antara orang2 yg menyimpan keinginan yg tidak terhingga..itulah yg menjadi doa dan impian stp hari,,

Abd Razak said...

--> Zai

Salam kak zai...:)

Batas ikhtiar kita ialah menyimpan wang secukupnya utk ke sana dan juga utk yg bakal kita tinggalkan di tanah air, yg menjayakan nanti ialah Allah SWT...kita mampu berdoa akan kejayaan...

Moga kak zai terus dlm bersungguh2 utk ke sana nanti

joegrimjow said...

kena buat haji
skrg ni
sebab usia muda la
senang nak beribadah
doakan spy sampai

Abd Razak said...

--> joegrimjow

Niat sdra sgt baik...
Mudah-mudahan Allah berikan kemudahan
Moga sdra menjadi tetamuNya..

tinta kasturi said...

labbaika allahumma labbaik!
labbaika la syarika laka labbaik!

Abd Razak said...

--> tinta kasturi

innal hamda wan ni’mata
laka wal mulk laa syariika lak

Ros Illiyyuun said...

Salam...
Bermuhasabahlah sebelum dan selepas mengerjakan haji,insyaAllah mabrur...Segalanya datang dari niat di hati, bukan semata2 kerana menunaikan rukun Islam sahaja. Wallahu A'lam.

Abd Razak said...

--> Ros Illiyyuun

Salam...

Mengenal diri kita sebagai hamba, taat dan patuh atas suruhanNYA dan menjauhi segala larangNYA

Syukran...:)

zuhaila jamil said...

insyaALLAH sy akn dtg menjadi tetamu ALLAH 2 atau 3 thun lg.... sdg mengumpul ilmu sebanyak yg mampu....pergi bersama ibu tercinta untuk mengabdikan diri sepenoh hati pada NYA...namun kita hanya merancang ALLAH yg menentukan segala2 nya...

arnamee said...

Salam:)

erm, indahnya dapat pi haji, rase kerdil tatklaa memikir jawapan persoalan2 itu:(

Abd Razak said...

--> zuhaila jamil

alhamdulillah niat yang baik, mudah-mudahan Allah berikan kesempatan dan kemudahan buat sdri serta ibu...

Abd Razak said...

--> arnamee

Salam..:)

Jika dpt pi haji akan terasa diri sudah melengkapi kesemua rukun Islam.