بسم الله الرحمن الرحيم
Kala diri menemukan awal langkah dan mukadimah perjalanan.
Sahabat yang baik itu mengirim kata terimalah ketentuan~Nya
dengan hati yang redha serta jaga diri baik-baik.
Terima kasih, kerana mengingatkan.
Sahabat yang lainnya menyapa di ruang komen.
Doa kalian menakjubkan.
Terima kasih, kerana atas perhatian.
Teringat akan kata Buya Hamka,
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia.
Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci.
Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,
tumbuhlah oleh kerana embun itu
kedurjanaan, kedustaan,
penipu, langkah serong
dan lain-lain perkara yang tercela.
Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur,
di sana akan tumbuh
kesucian hati,
keikhlasan,
setia,
budi pekerti yang tinggi
dan lain-lain perangai yang terpuji.
Kini diri, sejauh perjalanan ini, sudah mulai mengerti.
Terima kasih, sahabat.
*******
Sahabat, ayuh kita sama-sama doakan buat mereka yang telah mendahului kita...
Ya Allah, ampunilah bagi mereka segala dosa dan kekurangan mereka,
dan muliakanlah tempat tinggal mereka,
lapangkanlah tempat rehat mereka (di dalam kubur),
mandikanlah mereka dengan air salji dan air dingin sedingin embun,
bersihkanlah mereka daripada kesalahan
seperti dibersihkan kain putih daripada kekotoran,
gantikanlah tempat yang lebih baik
daripada tempat tinggal mereka (di dunia),
dan perkenankanlah mereka ke dalam syurga~Mu
dan naungilah mereka daripada seksa kubur dan azab neraka.
Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.
**Published thru Samsung Galaxy on Blogger-droid Version 1.0.7**