بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum, alhamdulillah segala puji hanyalah tertujunya kepada Allah SWT, Tuhan yang mencipta alam ini. Selawat dan salam kita ucapkan buat Rasul pilihan junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya serta orang-orang yang mengikutnya sehinggalah alam ini dimusnahkan oleh Allah SWT.
Sahabat yang dihormati, pernah pada suatu hari, Saiyidina Umar Al-Khatab meronda di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa bekas air.
Pemuda itu menyembunyikan bekas itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Umar Al-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya,
Kerana panik sebab takut dimarahi Umar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar,
Walhal benda itu ialah arak. Sewaktu itu jua timbul dari sanubarinya untuk bertaubat kepada Allah atas segala yang dilakukannya. Keinsafan ini lahir lalu dia berdoa kepada Allah agar Umar tidak mengesyakinya dan memeriksa bekas tadi.
Namun, Saiyidina Umar tetap curiga melihat keadaan pemuda tersebut dan ingin melihat sendiri isi bekas tersebut. Gementar si lelaki itu.
Dihulurkan perlahan-lahan kepada Umar. Hatinya pasrah.
Apabila Umar melihat isi bekas tersebut, Umar berkata,
Terkejut bukan kepalang pemuda itu. Rupanya Allah S.W.T. seketika itu juga telah menukarkan isi bekas itu kepada madu.
Saat itu, sang pemuda bertaubat dan tidak lagi menyentuh minuman yang diharamkan.
Begitulah sahabat, amat halusnya sifat ikhlas yang lahir dalam jiwa kita dan ia merupakan gerakan hati ke arah satu pekerjaan untuk mencari keredhaan Allah SWT dan menyatakan tunduk patuh hanya kepada perintah~Nya. Barangsiapa yang masih memiliki niat lain dalam ibadatnya selain daripada Allah maka amalnya itu akan diganjari menurut niatnya dengan seadil-adilnya.
Sesungguhnya jiwa dan raga adalah milik~Nya. Pesona kebesaran Allah amat mempengaruhi gerak hati dan tubuh seseorang sepertimana dinyatakan dalam hadis Qudsi: "Jika Aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya, untuknya ia mendengar dan Aku menjadi pandangannya untuk melihat dan Aku menjadi tangannya untuk memegang dan Aku menjadi kakinya untuk berjalan, maka apa-apa yang dia minta kepada~Ku nescaya Aku kabulkan permintaannya dan jika dia minta perlindungan dari~Ku, maka Aku pasti akan lindungi dia.” [Hadis riwayat al-Bukhari]
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali berkata di dalam Muqaddimah kitab An-Niyyah Wal-Ikhlas Qash-Shidq, yang memakan seperempat bahagian dari kitab Al-Ihya‘Ulumuddin : "Dengan hujjah iman yang nyata dan cahaya al-Quran, mereka yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tidak akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. Semua orang pasti akan binasa kecuali mereka yang berilmu. Mereka yang berilmu pasti akan binasa kecuali yang istiqamah beramal. Semua orang yang istiqamah beramal akan binasa kecuali mereka yang ikhlas."
Jalan-jalan pengampunan telah dihamparkan di hadapan kita. Terpulanglah pada kita sejauhmana kita memerlukan pengampunan itu. Sebelum pertanyaan itu diajukan kepada umat Islam sebagai sebuah komuniti justeru ia terlebih dahulu pasti diajukan kepada diri-diri insan muslim.
Firman Allah: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)." [QS Ali Imran : 133-135]
Sekian moga ada manfaatnya...

"Apa yang engkau bawa itu?"
Kerana panik sebab takut dimarahi Umar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar,
"Madu, ya Amirul Mukminin."
Walhal benda itu ialah arak. Sewaktu itu jua timbul dari sanubarinya untuk bertaubat kepada Allah atas segala yang dilakukannya. Keinsafan ini lahir lalu dia berdoa kepada Allah agar Umar tidak mengesyakinya dan memeriksa bekas tadi.
Namun, Saiyidina Umar tetap curiga melihat keadaan pemuda tersebut dan ingin melihat sendiri isi bekas tersebut. Gementar si lelaki itu.
Dihulurkan perlahan-lahan kepada Umar. Hatinya pasrah.
Apabila Umar melihat isi bekas tersebut, Umar berkata,
"Ya, kau berkata benar."