Friday, March 21, 2014

Nasihat Imam Syafie


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



4 perkara yang MENAJAMKAN FIKIRAN

- Bercakap dengan orang soleh
- Tidak banyak berbual kosong
- Bergaul dengan para ulama’
- Rajin bersugi


4 perkara yang MENAJAMKAN MATA

- Duduk mengadap kiblat
- Bercelak sebelum tidur
- Memandang yang hijau
- Berpakaian bersih


4 perkara yang MENGUATKAN BADAN

- Berpakaian dari kapas
- Memakai haruman
- Makan daging
- Kerap mandi


4 perkara yang MEROSAKKAN MATA

- Melihat orang dibunuh
- Membelakangi kiblat
- Memandang najis
- Melihat kemaluan


4 perkara yang MELEMAHKAN BADAN

- Banyak minum ketika makan
- Banyak makan bahan masam
- Banyak bersetubuh
- Selalu cemas


Semoga ianya mendatangkan manfaat yang banyak
dalam menjalani kehidupan kita seharian.

Friday, March 14, 2014

Pesan Khalifah..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Khalifah kedua, Sayidina Umar Al Khattab r.a berpesan:


1. Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.


2. Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.


3. Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.


4. Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu
memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.


5. Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.


6. Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.


7. Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.


8. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah,
dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.


9. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa
seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.


10. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidak dapat dilihat.
Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.


11. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.


12. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari:
“Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih
afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT
dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman
(orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah
taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”


Friday, March 07, 2014

Al-Quran dan keistimewaannya..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Sahabatku yang dimuliakan,

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan
mukjizat daripada Allah SWT, dan tujuan ianya diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya
kepada Allah SWT (tauhid) dan konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh.

Terdapat banyak kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat di hari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bacalah al-Quran
sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya." (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya di hari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi
kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini
menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara
kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain." (Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran
dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin
yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap.
Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis,
dan umpama orang munafik yang membaca al-Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan
rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau
dan rasanya pahit." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat
martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: “Tidak boleh berhasad dengki
kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran,
ia menunaikan ibadat siang dan malam, lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya
siang dan malam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan
oleh air." Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, "Dengan banyak
mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Wallahu a'lam