Friday, February 27, 2015

Sahabat iblis...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Diriwayatkan dari Hadith Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhuma,
“Pada suatu waktu Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bertanya kepada Iblis;
“Berapa banyak teman baikmu dari Umatku?
Iblis Menjawab, "Teman akrabku di antara umatmu ada sepuluh golongan iaitu:

1. Pemimpin (Imam) yang tidak jujur dan zalim.
Zalimnya di sini bermaksud tidak melaksanakan hukum Allah,
mengenakan cukai ke atas rakyat dan sebagainya.

2. Orang yang takabur (sombong) yakni menolak kebenaran, merasa hebat dengan
ilmu dan amalannya.

3. Orang kaya yang tidak memperhitungkan (peduli) usahanya,
dari mana hartanya diperolehi dan untuk apa dipergunakan.

4. Orang alim yang membenarkan (menyetujui) pemimpin pemerintahan berbuat penyelewengan.

5. Pedagang yang khianat (mengurangi timbangan).

6. Orang yang menyimpan/menimbun makanan keperluan umum untuk dijual pada waktu mahal.

7. Orang yang berzina.

8. Orang yang suka makan riba.

9. Orang yang bakhil, tidak memperdulikan untuk mengeluarkan zakat dari hartanya.

10. Peminum arak (minuman keras) terus-terusan tiada bertaubat hingga akhir hayat."

Tentang bahayanya takabur Nabi s.a.w. bersabda, “Orang-orang yang sombong dikumpulkan
pada hari kiamat seperti semut-semut kecil dalam bentuk manusia, diliputi oleh kehinaan
dari segala arah, digiring ke penjara di Jahannam yang disebut Bulas, dilalap oleh api dan
diberi minuman dari perasan penduduk neraka, thinatul khabal.” (HR At-Tirmidzi dan Ahmad)

Tentang ancaman bagi pelaku zina Nabi s.a.w. bersabda, "Hendaklah kamu takut berbuat zina,
karena di dalamnya ada 4 hal yang membahayakan iaitu, menghilangkan cahaya di wajah, memutuskan
rezeki, dibenci Allah dan dipastikan kekal masuk neraka jika tidak bertaubat. (HR at-Thabrani)

Tentang orang yang suka minum arak Nabi s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang meminum arak,
maka keluarlah cahaya iman dari dalam hatinya sehingga hati menjadi beku dan tidak bisa
membezakan mana yang benar dan mana yang salah." (HR at-Thabrani)

Wallahu a'lam..

Rujuk : Kitab Nashaihul 'ibad, karya Ibnu Hajar Al-Asqalani

Friday, February 20, 2015

Ujian kesabaran..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Daripada Anas R.A. katanya, telah bersabda Rasulullah S.A.W.,
“Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia.
Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya
di hari kiamat. Nabi S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian,
sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan.
Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak
redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” [Riwayat at-Tirmizi]

Huraian Hadith:

1. Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.

2. Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.

3. Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.

4. Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar
tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.

5. Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda
bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan
balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.

6. Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran
yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.

7. Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah
bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya
seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.

Wallahu a'lam