Friday, October 30, 2015

Harga diri..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Berkata Imam al-Harits al-Muhasibi Rahimahullahu Taala :

"Orang yang benar ialah orang yang tidak peduli dengan runtuhnya

harga dirinya pada pandangan makhluk asal ia dapat membaikkan hatinya.

Dan ia tidak suka terhadap penglihatan manusia kepada amalan-amalannya

yang baik. Dan ia tidak benci bahawa manusia mengetahui apa jua yang

jahat daripada perbuatannya. Kerana kebencian terhadap perkara tersebut

adalah sebagai bukti bahawa ia menghendaki suatu yang lebih daripada

harga dirinya yang sebenar. Maka hal yang seperti ini bukan termasuk

di dalam ikhlasnya para shiddiqin."




Friday, October 23, 2015

Petunjuk jalan..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:
“Wahai saudaraku, jika engkau berada dalam kejayaan, maka manfaatkanlah kejayaanmu
itu untuk bekal amal taat kepada-Nya. Gunakanlah kejayaan itu untuk mencari jalan
menuju kepada jalan-Nya. Wahai saudaraku, ingatlah bahawa harta yang engkau miliki
itu dapat membakar dan menghanguskan kulitmu di akhirat nanti. Maka belanjakanlah hartamu
sesuai dengan ketentuan Al-Qur’an dan sunah Rasulmu. Agar engkau menjadi sejahtera, dunia dan akhirat.


Wahai saudaraku, cepat-cepatlah engkau menuju kepada Allah. Berlarilah kepada Allah.
Gunakanlah harta yang ada di tanganmu untuk alat menuju kepada-Nya, untuk menegakkan syariat-Nya,
untuk taat kepada-Nya dan untuk mencari ridha-Nya. Seorang mukmin itu harus tahu bahwa Al-Qur’an
adalah roh hidayah yang ada di alam ini, oleh karena itu, antara orang muslim dan Al-Qur’an harus
ada hubungan yang erat. Sebab Al-Qur’an adalah tali Allah yang kuat dan jalan yang lurus.
Al-Qur’an sebagai rahmat untuk alam semesta dan sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia.
Dalam Al-Qur’an telah terhimpun dasar-dasar kebaikan dan petunjuk untuk membangun kehidupan
dan meletakkan landasan ketenteraman di muka bumi ini.


Allah SWT. berfirman:“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang
lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal
shalih bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (QS Al-Isrâ’ [17] :9)”


Wallahu a'lam