Thursday, July 23, 2009

Sembelih...

Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh. Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.

Apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging. Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.”

Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.

Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu. Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP)

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.

Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu. Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan. Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat. Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia. Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.

Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit. Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.

Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003. Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain. Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. “Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. “Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sekian...insya Allah jumpa lagi.

33 comments:

  1. Salam..
    Terima kasih atas penjelasan yg begitu detail tentang proses penyembelihan cara Islam dan perbandingan cara2 orang Barat..

    ReplyDelete
  2. Islam mmg sentiasa benar..
    suka dgn entri ini krn memaparkan kajian2 saintifik berlandaskan hukum agama (:
    terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Info yang amat bermanfaat. Akak memang sukakan kajian2 macam ni yang menguatkan lagi kepercayaan kita kepada keindahan ajaran Islam...


    Sesungguhnya Islam adalah sebaik-baik ajaran...sebaik-baik pedoman untuk seluruh manusia.

    ReplyDelete
  4. Salam adikku..
    Teringat kak zai pada kisah dibongkarkan TV3 dulu didalam rancangan 360 tak silap berkenaan ayam yg tidak disembelih dengan sempurna dan juga ada yg dibeli oleh orang islam dari orang bukan islam lalu diambil dan dijual kpd para pemborong dan dipasar2 hari...kalau kita tidak tahu dan termakan macammana ye ? sbb bila dah beli dari orang islam mesti sangkakan mereka mendapatnya dari sumber yg halal.

    ReplyDelete
  5. info yang sangat menarik... terima kasih

    ReplyDelete
  6. Best!terima kasih sgt2 sbb sudi berkongsi..islam mmg sentiasa benar!

    ReplyDelete
  7. Islam itu Syumul. Islam is My Way of Life (pinjam tag Kak Zai)

    ReplyDelete
  8. salam..sungguh informatif...bacaan yang amat berguna untuk pengetahuan kita sebagai umat Islam dan juga untuk mereka yg bukan islam

    ReplyDelete
  9. Salam Razak,
    Bercakap tentang sembelihan ini teringat saya satu peristiwa ketika saya berada di Korea. Saya telah dibawa makan ke sebuah restoran Korea yang berkonsepkan India Muslim. Pada mulanya kami bertanya samada daging disitu halal atau tak. Maka kami diberitahu oleh pelayan tersebut yang kat itu semua halal. Haritu saya order briayani ayam. Maklumlah dah lama sangat tak makan ayam. Duduk korea bukan selalu dapat ayam.

    Lepas lama menunggu pesanan saya pun sampai. Briyani ayam. Apa lagi, sebabkan fikir dah halal saya makan je tapi bila je saya makan ayam tu tekak saya terus jadi mual dan saya dapat rase something dengan ayam tu. Tekak langsung tak boleh terima dengan rasa ayam tersebut. Saya pegi toilet terus muntah. Lepas tu saya try lagi then perkara serupa terjadi. Dalam kepala saya dah fikir yang pelik2. Yang pertama sekali saya fikir AYAM ni Sembelih ke???

    Tak lama lepas tu owner kedai tu datang kat meja saya. Saya terus tanyer dia untuk kepastian. Last2 baru saya tau, sbnarnyer hanya daging kambing sahaja yang halal. Ayam dan daging lembu tak halal. Mengucap panjang saya masa tu. Patutlah ayam yang saya makan tu tak sedap.

    Saya nak kongsi kat sini, sbnarnyer ayam yang tak disembelih sangat pelik rasayer berbanding yang disembelih. Mungkin anugerah Allah pada kita org Islam untuk membezakan mana yang halal dan haram.

    ReplyDelete
  10. salam saudaraku...

    cara islam mana pernah betul di mata org bukan islam... semuanya tak betul padahal apa-apa pun yg dilakukan dgn cara islam - itulah yg terbaik dan menyihatkan... tapi mereka2 tu mana bleh nak mengaku islam tu terbaik kan. dah nama pun musuh islam.. masalahnya, bila ada org2 islam sendiri yg tak taksub ikut cara bukan islam dan merendah2kan cara islam itu lah yg mnyedihkan...


    ni saje je nak bagitau, atas sebab2 teknikal yg menyusahkan, url blog saya ada pertukaran sikit...i-chimera tukar jadi el-chimera.blogspot.com (mcmlah ada org kesah...) errrr, saje je nak bagi tau. yg lama tu ntah apa masalah takleh nak view pulak... saje je bagi semangat suruh tutup blog...

    ReplyDelete
  11. --> Arianni July 24, 2009 4:13 PM

    Salam...sama-sama kak, mudah-mudahan dgn penjelasan begini mendatangkan kebaikan pada kita, khasnya utk yg belum memahami Islam itu sebenarnya

    ReplyDelete
  12. --> aineeA.S :

    Thanks...kita kena main peranan sewajarnya utk menunjukkan Islam itu benar

    ReplyDelete
  13. --> ASYIQ :

    Terima kasih kak atas pandangan...

    ReplyDelete
  14. --> Zai :

    Salam akakku..

    Makanan halal ni kita kena ambil berat, jgn termakan logo halal, pendapat saya sepatutnya org Islam yg wajib menyediakan makanan utk dimakan oleh semua manusia, bukan orang yang bukan islam, barulah dunia ni aman damai

    ReplyDelete
  15. --> a kl citizen :

    You're most welcome...mrs KL CITIZEN :)

    ReplyDelete
  16. Ana bersetuju sekali dengan artikel ni.. Dalam islam.. Apa sahaja suruh perintah dari Allah pasti mempunyai kebaikkan, hikmah serta kelebihan yang tersendiri..

    ReplyDelete
  17. --> iqbalsyarie :

    Sama-sama sdra...

    ReplyDelete
  18. --> ZOOL@TOD :

    Islam ia adalah satu cara hidup, satu sistem, satu manhaj yang kalau setiap aspek dipenuhi dan dituruti, ia boleh membawa ketamadunan manusia menjangkau realiti.

    ReplyDelete
  19. --> arsaili :

    Salam...begitulah harapan kita sentiasa iaitu ke arah penghayatan Islam, “Sesungguhnya Din yang diredhai di sisi Allah hanya al-Islam.” (QS Ali-’Imran: ayat 19)

    ReplyDelete
  20. --> Webmaster :

    Salam...

    Bila kita beriltizam kepada Islam secara keseluruhan, Allah akan bantu kita dlm apa jua perkara dan di mana saja kamu berada, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada.”

    ReplyDelete
  21. --> chimera :

    Salam saudaraku...

    Iyer betul tu, mereka tidak akan merasa senang selagi orang Islam tidak mengikut cara hidup mereka, seperti mana yang telah difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran, “Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka…” (Surah Al-Baqarah:120)

    Terima kasih atas alamat baru blog tu

    ReplyDelete
  22. --> Ustaz Nazmi :

    Terima kasih atas pandangan ustaz

    ReplyDelete
  23. salam saudara razak.. terima kasih kerana sudi singgah di Salam-Sejahtera dan meninggalkan jejak saudara..

    artikel ini penuh dengan maklumat.. dan pada Barat (mungkin bukan semua) mereka selalu mahu lihat apa yang tidak kena dengan Islam dan mereka itu orang2 yang tidak faham dan terus menzalimi diri sendiri.

    ReplyDelete
  24. --> Faizal Nizam

    Salam sdra Faizal...terima kasih jua kerana sudi singgah di sini, kita berperanan utk mengembangkan Islam dgn penampilan diri, moga Allah lembutkan hati-hati mereka yang keras dan menerima hidayah

    ReplyDelete
  25. Salam...

    Ya Allah... 1st time saya tengok leher ayam yg baru disembelih... rasa nak pitam pulak....

    Terima kasih krn berkongsi maklumat ini...

    ReplyDelete
  26. Salam...

    Welcome...Dida kena tgk masa sembelihan itu dilakukan, tapi kalau tak mampu tak usah nanti pengsan lak

    ReplyDelete
  27. Salam... namanya pun barat jak... pikir ikut sedap hati perut jer... nak buat undang2 dok main logik akal jer.. wallahualam.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. --> Bujang Susah :

    Salam...tidak semuanya orang Barat mcm tu kan! Ada di kalangan mereka itu orang Islam, kuat pegangan agama mereka & bagi saya lebih senang mencari makanan halal di tempat mereka drpd tempat sendiri, kerana mereka jujur dlm istilah HALAL

    ReplyDelete
  30. Salam,
    N3, yang cukup baik tahniah sikap angkuh dan sombong hanya merugikandiri sendiri.....

    Salam Persahabatan..

    ReplyDelete
  31. --> Atie:

    Salam...terima kasih singgah di sini.

    Salam ukhwah

    ReplyDelete
  32. pernah ikuti krusus penyembelihan ,, khas untuk pelajar2 agama lelaki,,
    tapi saya tengok dari jauh jek.. :)

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.