Friday, November 21, 2014

Adab bertandang...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan
mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah."
[Riwayat At-Tabrani]

Huraian Hadith:

1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu
tata tertib setiap perkara yang dilakukannya.

2. Islam mengambilkira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia
termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang
tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.

3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu:

a) Memberi salam terlebih dahulu.

b) Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali.

c) Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika
yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrim.

d) Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan.

e) Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah.

f) Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih
maklum tentang keadaan rumah mereka.

4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak
menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut
didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya.

Wallahu a'lam..

Friday, November 14, 2014

Pesanan buat umat akhir zaman..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata,
"Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami
dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah,
Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami."
Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah
dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang
hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat
perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah
para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan
mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham
dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya
tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." (H.R. Abu Daud dan Tirmizi)


KETERANGAN

Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah s.a.w.
bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau
dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa
yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan
segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan~Nya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya
mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al-Quran dan sunnah
Nabi s.a.w. dan sunnah-sunnah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai
sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin
(Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala,
iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman
ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga
pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah
kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama.
Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut
pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat
atau bahasa sahaja (iaitulah bid'ah hasanah).

Wallahu a'lam..

Diambil dari Kitab Hadis Akhir Zaman

Friday, November 07, 2014

Zikir pada hari Jumaat...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Seluruh zikir yang dibaca pada hari lain juga dibaca hari Jumaat.
Anjuran supaya banyak berzikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
menjadi lebih kuat pada hari Jumaat berbanding dengan hari yang lain.


Dalam Kitab Ibnu Sunni, Anas r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda,

مَنْ قَالَ صَبِيحَةَ يَوْمِ الْجُمُعَةِ قَبْلَ صَلَاةِ الْغَدَاةِ
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِي لَا اِلَهَ إِلَا الله هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ غَفَرَ اللهُ ذُنُوبَهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ



Siapa yang pada pagi Jumaat sebelum solat subuh mengucapkan,
"Aku memohon keampunan Allah yang tiada tuhan yang patut disembah
selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Menghidupkan dan aku bertaubat
kepada~Nya" sebanyak tiga kali, pasti Allah mengampuni dosa-dosanya
walaupun sebanyak buih di lautan.


Dianjurkan membanyakkan doa pada hari Jumaat bermula dari terbit fajar
sehingga tenggelam matahari dengan harapan dapat menepati waktu dimakbulkan
doa. Ada banyak perbezaan pendapat mengenai waktu doa dimakbulkan pada
hari Jumaat. Satu pendapat mengatakan, selepas terbit fajar dan sebelum
terbit matahari. Pendapat lain mengatakan, selepas terbit matahari. Pendapat
lain mengatakan, selepas gelincir matahari. Pendapat lain lagi mengatakan,
selepas waktu asar. Ada pendapat lagi mengatakan, selain waktu-waktu itu.


Yang benar malah paling benar daripada yang lain adalah apa yang disampaikan
dalam Sahih Muslim daripada Abu Musa al-Asy'ari, daripada Rasulullah s.a.w.
bahawa waktu itu ialah waktu di antara duduknya imam di atas mimbar sehingga
salam dalam solat.


Wallahu a'lam


Rujukan Kitab Keagungan Zikir dan Doa Harian Rasulullah karangan Imam Nawawi.


Friday, October 31, 2014

Bersiwak..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebut di dalam kitab Nashaihul Ibad,

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, mesti bagimu bersiwak/menggosok gigi
karena di dalamnya terdapat 10 perkara yang terpuji, iaitu :

a. Membersihkan mulut.

b. Menyenangkan Tuhan. (Allah suka)

c. Dibenci syaitan.

d. Dicintai Allah dan malaikat hafadhah.

e. Menguatkan gusi dan gigi.

f. Menghilangkan bulgom dan kahak.

g. Menyegarkan nafas.

h. Mencegah penyakit komplikasi.

i. Menguatkan mata.

j. Menghilang bau busuk

Adalah sunat bersugi pada bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah
bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran,
selepas makan dan ketika berubah bau mulut.

Dari Syaidatina Aisyah r.ha.: “Sesungguhnya Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

السِّوَاكَ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ

“Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya.” (Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi)


Pentingnya bersiwak sebagaimana sabda Nabi s.a.w. sebagai berikut,

"Sholat dengan bersiwak lebih utama daripada 70 sholat tanpa bersiwak."


Wallahu a'lam


Friday, October 24, 2014

Orang mulia dan orang bijaksana..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Dari Yahya bin Mu'adz r.a. :

"Orang yang mulia tidak akan berbuat durhaka kepada Allah
dan orang yang bijaksana tidak akan mengutamakan
dunia daripada akhirat."


Orang yang mulia adalah orang yang berakhlakul karimah,
yang memuliakan dirinya dengan cara meningkatkan ketakwaan
dan kewaspadaan dalam menghadapi maraknya kemaksiatan.


Adapun yang dimaksud dengan orang yang bijaksana itu
adalah orang yang tidak mengutamakan kemewahan dunia
dan yang menahan nafsunya dari segala bentuk perbuatan
yang bertentangan dengan nuraninya.


Wallahu a'lam


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1436


Friday, October 17, 2014

Menjaga lidah..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Imam Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumiddin membicarakan perihal-perihal
kemusnahan yang disebabkan oleh lidah. Ini menunjukkan kepentingan lidah itu dijaga
agar tidak menjerumuskan manusia ke lembah neraka.

Imam Ghazali berpesan dalam kitab Bidayatul Hidayah, adalah menjadi kewajipan
untuk kita menjaga lidah daripada 8 perkara :

1. Jangan bercakap bohong : Bohong itu bercakap dusta dan merupakan dosa besar.
Orang berbohong hilang harga dirinya kerana orang tidak lagi percaya kepadanya.

2. Kata Imam Ghazali, "Usahakan supaya jangan mungkir janji, kerana ia adalah sifat orang munafik."
Nabi s.a.w. ada bersabda bahawa 3 perkara jika dilakukan akan menjadikan seseorang itu munafik
walaupun dia solat dan berbuat baik. 3 perkara itu ialah jika bercakap dia bohong, jika berjanji
dia mungkiri, dan jika diamanahkan, dia khianati amanah itu. Oleh itu jangan senang-senang berjanji.
Dan jika berjanji, usahakan sedaya upaya untuk memenuhinya.

3. Ini memang sukar dijauhi dan sudah berleluasa dalam masyarakat sekarang. Apa maksud mengumpat?
Berbicara tentang benda yang betul yang mengaibkan seseorang, di belakang orang itu, dan jika orang
itu tahu, dia akan marah. Jika kita cerita tentang benda yang tak betul tentang seseorang, itu
namanya fitnah. Fitnah itu lebih dasyat bencananya daripada membunuh, dan dosanya lebih besar
daripada mengumpat. Jadi kita perlu berhati-hati. Kita sepatutnya menutup keaiban orang lain,
supaya Allah juga akan meutup keaiban kita. Jika tidak, Allah akan membuka keabaikan kita dan
akan menyediakan lidah-lidah yang lebih tajam untuk mengumpat kita.

Itu hanyalah balasan di dunia, di akhirat nanti akan dibuka keaibannya dan diperlihatkan kepada
seluruh manusia. Ada juga orang berkata yang dia tak mengumpat, sekadar tumpang mendengar. Sebenarnya
sama saja dosanya, sama ada mengumpat atau mendengar umpatan. Jika terdengar secara tak sengaja,
dan kita tak redha, berusahalah untuk menegur, menukar topik perbicangan atau membubarkan kumpulan itu.
Jangan pula kita jadi ‘nasi tambah’ dalam sesuatu perbualan mengumpat.

Hasan Al-Basri diberitahu bahawa ada orang mengumpat beliau, lantas beliau mengambil bakul dan
mengisinya dengan buah-buahan dan meminta orang yang menyampaikan cerita itu memberi bakul tersebut
kepada si pengumpat. Pembawa berita itu pun hairan lalu bertanya sebabnya. Jawab Hasan Al-Basri,
“Sesungguhnya dia telah memberikan pahalanya pada saya, jadi ini tanda penghargaan saya padanya.”

4. Ini boleh menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Selalunya kita berdebat berkaitan
perkara-perkara peribadi orang yang mungkin tidak benar. Kita berdebat seolah-olah kita sahaja
yang benar. Jika berdebat dengan orang yang jahil, dia mungkin akan berdendam pula selepas itu.
Jika bertengkar dengan orang yang sabar sekalipun, mungkin akan sampai tahap di mana dia tak mampu
sabar lagi hingga boleh menyebabkan bermusuhan pula nanti.

5. Apabila ditanya seorang imam, “Apakah perkara benar yang buruk?” Lalu jawabnya, “Memuji diri sendiri.”
Itulah juga yang kita kenali sebagai ‘masuk bakul angkat sendiri’. Kita sendiri pun rasa tidak senang
jika ada orang datang dan bercerita membangga-banggakan dirinya sendiri. Semua orang mengharapkan orang
sebegini lekas-lekas beredar.

6. Imam Ghazali berpesan supaya jangan melaknat makhluk. Makhluk termasuklah manusia, binatang,
tumbuh-tumbuhan, makanan dan banyak lagi. Nabi SAW sendiri tidak pernah mencela makanan, walaupun
tidak sedap. Baginda sendiri ketika makan cuka, walaupun tidak suka, tetap memuji dan mengatakan
bahawa cuka itu sedap rasanya.

7. Walaupun kita dizalimi, jangan doakan kecelakaan. Ini kerana ditakuti kecelakaan yang kita
minta itu lebih besar daripada kezaliman ynag dilakukan kepada kita. Takut nanti kita pula yang
dikira menzalimi orang tadi dan akan dituntut balasannya di akhirat pula. Sepatutnya kita
menasihati rakan yang zalim dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

8. Walaupun dengan niat bergurau, lebih elok elakkan, kerana kadang-kadang orang tetap berkecil
hati walaupun kita cuma berniat bergurau. Orang lain juga boleh hilang hormat pada kita.
Jika kita diejek, cuba usahakan menegur mereka yang berbuat demikian. Jangan kita lawan pula.

Friday, October 10, 2014

Wukuf dan solat Jumaat..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Persoalannya adakah wajib orang yang mengerja haji mendirikan
sholat Jumaat yang kebetulannya hari wukuf jatuh pada hari Jumaat?

Para jemaah haji yang wuquf di ‘Arafah pada hari Jumaat tidak diwajibkan ke atas mereka mendirikan sholat
Jumaat, kerana di antara syarat sah mendirikan sholat Jumaat itu ialah sholat Jumaat hendaklah didirikan
di suatu tempat kediaman seperti kampung, desa, pekan atau bandar dan ia juga hendaklah didirikan
sekurang-kurangnya oleh empat puluh orang yang bermastauthin (menetap di tempat didirikan sholat Jumaat).

Imam an-Nawawi Rahimahullah berkata:

قال الشافعى والأصحاب : لو وافق يوم عرفة يوم الجمعة لم يصلوا الجمعة هناك ، لأن من شرطها دار الإقامة وأن يصليها مستوطنون. وقد سبق أن الشافعى والأصحاب قالوا : لو بني بها قرية واستوطنها أربعون كاملون صليت بها الجمعة ولم يصل النبي صلى الله عليه وسلم الجمعة بعرفات مع أنه ثبت في الصحيحين من رواية عمر بن الخطاب رضي الله عنه أن يوم عرفة الذي وقف فيه النبي صلى الله عليه وسلم كان يوم جمعة.

Ertinya : Imam asy-Syafi’e dan para sahabat berkata: “Jika bertepatan hari ‘Arafah pada hari Jumaat,
tidaklah para jemaah haji bersholat Jumaat di sana, kerana di antara syarat sah Jumaat itu ialah
(didirikan) di tempat ada orang menetap dan mereka yang mengerjakan sholat Jumaat itu ialah orang-orang
yang bermastauthin (orang yang menetap tinggal di tempat itu). Telah berlalu (sebelumnya) bahawa
Imam asy-Syafi’e dan para sahabat berkata: “Jika dibina di sana (Mina dan ‘Arafah) satu kampung dan ia
ditempati oleh cukup empat puluh orang mastauthin, hendaklah (wajib) didirikan di sana sholat jumaat
(oleh empat puluh orang mastauthin dan juga para jemaah haji).

Adapun Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam tidak pernah mengerjakan sholat Jumaat di ‘Arafah sedangkan
telah sabit di dalam hadith shahih Bukhari dan Muslim daripada riwayat ‘Umar bin al-Khaththab Radhiallahu ‘anhu
bahawa hari ‘Arafah yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam wuquf di dalamnya adalah pada hari Jumaat.”
(Al-Majmu’: 8/111, 117-118)

Oleh itu adalah jelas bahawa sholat yang dikerjakan semasa wukuf di padang ‘Arafah, sekalipun ia jatuh pada
hari Jumaat adalah sholat Zuhur. Sholat Zuhur pada hari wukuf di padang ‘Arafah itu pula tidak boleh diqasarkan,
kerana jarak Makkah dengan padang ‘Arafah tidak sampai atau melebihi dua marhalah (89 kilometer).

Walau bagaimanapun adalah harus bagi jemaah haji yang keluar dari Makkah pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah)
mengambil rukhsah mengqasarkan dan menjama’ sholat dengan syarat mereka hendaklah berniat untuk terus
pulang ke tanah air setelah selesai ibadat haji. Ini bererti mereka tidak akan kembali bermukim di Makkah
(tinggal di Makkah melebihi tiga hari). Apabila saja mereka meninggalkan perbatasan atau sempadan Makkah,
maka mereka boleh melakukan sholat secara qasar atau pun jama’ kerana mereka adalah di dalam musafir.
Tetapi rukhsar berkenaan itu akan hilang apabila mereka bermukim di mana-mana tempat persinggahan melebihi
daripada tiga hari.

Dalam hal ini, Imam an-Nawawi Rahimahullah berkata:

قال الشافعي والأصحاب : إذا دخل الحجاج مكة ونووا أن يقيموا بها أربعا، لزمهم إتمام الصلاة ، فإذا خرجوا يوم التروية إلى منى، ونووا الذهاب إلى أوطانهم عند فراغ مناسكهم، كان لهم القصر من حين خرجوا لأنهم أنشئوا سفرا تقصر فيه الصلاة.

Ertinya : Imam asy-Syafi’e dan para sahabat berkata : “Jika para jemaah haji masuk ke Makkah dan mereka
berniat untuk tinggal di sana selama empat hari, (maka) mereka Mesti menyempurnakan (tidak mengqasar) sholat.
(Manakala) jika mereka Keluar pada hari tarwiyah menuju ke Mina dan mereka berniat terus pergi bermusafir ke
tanah air mereka bila habis selesai ibadat haji mereka, (maka) bagi mereka boleh mengqasar sholat dari ketika
mereka keluar lagi, kerana mereka telah memulakan pelayaran yang dibolehkan di dalamnya mengqasar sholat.”
(Al-Majmu’ : 8/117)

(Fatwa Majlis Agama Islam Negara Brunei Darul Salam)

Friday, October 03, 2014

Hari Arafah dan pengajarannya..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين

Terdapat banyak pengajaran hari Arafah yang boleh dipelajari, di antaranya adalah:

1. Hari Peringatan

Pada hari ini mengingatkan kita kepada suatu urusan yang agung dan besar, yang menambahkan keimanan dan menguatkan hubungan dengan Pemilik Agama. Iaitu mengingatkan tentang hari kiamat dan melengkapkan persediaan dan bekalan untuk hari itu kerana pada hari itu perasaan tidak terkata dan nurani tidak tertulis, tetapi hanya dapat dinikmati bagi siapa yang melaksanakannya, seperti mana ada bijak pandai pernah mengatakan: “Siapa yang merasa dia tentu tahu.”

Ini adalah hari seumpama hari Perhimpunan terbesar seperti dalam Firman~Nya:

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّمَنْ خَافَ عَذَابَ الْآخِرَ‌ةِ ۚ ذَٰلِكَ يَوْمٌ مَّجْمُوعٌ لَّهُ النَّاسُ وَذَٰلِكَ يَوْمٌ مَّشْهُودٌ

“Iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.” (Surah Al-Hud: 103).

Oleh itu, hari Arafah adalah gambaran kecil dari keadaan sebenar hari kiamat. Demi Allah, sekiranya para jemaah haji memerhatikan pemandangan ini dan bagi yang bukan jemaah haji boleh melihat melalui skrin, tentulah akan mengubah keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik dan menjadi hati yang tunduk patuh kepada Tuhan. Semua orang yang menyaksikan pemandangan ini dan perhimpunan orang ramai yang sangat besar di Arafat dan mendengar suara, pekikan dan jeritan, dia akan serta-merta berkata: Maha suci bagi Allah, Maha Suci bagi yang mengetahui bahasa mereka, Maha Suci bagi mampu membezakan suara mereka dan Maha Suci bagi yang tertunai hajat mereka.

2. Rahmat Tanpa Sempadan

Di Arafat terbuka penutup dan pintu syurga. Oleh itu, para jemaah menuju kepada Tuhan dengan hati yang bersih daripada kegelapan syahwat dan hawa nafsu, dan memancarkan cahaya sehingga menerangi dunia dan semua yang ada termasuklah yang sekecil zarah pun.

Di Arafah terjunjung semangat kemanusiaan tanpa kenal sempadan, antara tuan dan kuli, tua dan muda, kaya dan miskin, raja dan rakyat, mulia atau keji. Di tempat ini satu pelajaran agung iaitu tentang persamaan, di mana tidak ada orang yang boleh membezakan antara kaya dan miskin, tidak juga di antara yang kuat dan lemah, dan tidak juga di antara berkedudukan dan berpangkat dan tidak berkedudukan dan berpangkat.

3. Menyaksikan Penyatuan Umat

Perhimpunan umat Islam di Arafah pada hari yang mulia ini memberi peluang besar untuk menyaksikan manfaat Haji seperti yang dikehendaki dan disebut oleh Allah SWT yang bermaksud,

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka.” (Surah Al-Hajj: 27-28)

Manfaat yang paling penting dan menjadi kewajipan yang tidak dapat dielakkan kepada umat Islam: Keperluan untuk kerjasama antara negara-negara Arab dan Islam. Perjumpaan di Arafah ini adalah peluang besar untuk menghapuskan jurang dan memikirkan tentang keadaan dunia Islam.

Di antara faktor yang membantu untuk mencapai kerjasama ini tercapai ialah; umat Islam adalah satu umat yang menggunakan bahasa yang satu, sejarah masa lalu yang satu, objektif yang satu, penyakit yang satu. Mereka di Arafat menuju kepada Tuhan yang satu , memakai pakaian yang satu, pada masa yang satu dan dengan laungan yang satu “Labbaikallah humma labbaik….” Semua ini membantu untuk mencapai kerjasama yang membuahkan kemajuan, kemakmuran,kecintaan dan keintiman, dan menggemblingkan tindakan yang memuaskan hati rakyat negara Arab.

4. Pesanan Terakhir Rasulullah SAW

Inilah hari agung yang mengingatkan kita kepada makhluk yang paling agung yang pernah dijadikan Allah, mengingatkan kita dengan perhimpunan perpisahan di dalam haji Wida’. Tiada masa yang paling hebat dan tiada perhimpunan yang paling indah, melainkan di saat pertemuan antara utusan Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam bersama dengan orang ramai yang khusyuk dan merendak diri di hadapan Allah, Semua mereka memiliki hati yang sedar dan telinga yang mendengar untuk melihat perpisahan dan kata-kata perpisahan, iaitu kata-kata dari Rasulullah SAW yang tidak berkata-kata menurut hawa nafsunya.

Seluruh dunia telah mendengar kata-kata Rasulullah SAW yang telah mengumumkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup. Antara prinsip-prinsip yang paling penting ialah:

* Menghormati nyawa, harta dan kehormatan.
* Larangan riba.
* Keadilan iaitu satu ciri Islam yang utama
* Melindungi dan menjaga nyawa.
* Larangan mempersendakan agama Allah.
* Hak lelaki ke atas wanita, hak wanita ke atas lelaki.
* Ikatan utama umat Islam adalah ikatan akidah dan Islam. Ikatan ini yang membawa mereka kepada prinsip persamaan dan kerjasama dalam perlaksanaan undang-undang Islam.

Pada hari ini, Rasulullah SAW merumuskan untuk umat bahkan semua manusia tentang prinsip-prinsip kemanusiaan dan belas kasihan, dan meletakkan mereka kepada asas-asas keamanan dan kedamaian. Antara pesanan lain dari Rasulullah SAW untuk umatnya: Berpegang teguh kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah telah menentukan secara tegas bahawa langkah dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melanda umat Islam ialah untuk merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

5. Pembebasan

Sepatutnya umat Islam, yang berada di Arafat dan lain-lain tempat-tempat suci, terutamanya Rumah Allah, jangan melupakan kiblat pertama umat Islam pertama: Al-Aqsa, yang mesti dikembalikan ke pangkuan umat Islam dan membebaskan dari cengkaman bangsa Yahudi. Ini adalah amanah dan tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada kita pada hari kiamat nanti.

Kita memohon agar Allah menjadikan kita pada hari Arafah tergolong orang-orang yang diterima amalnya, orang-orang yang diberikan kemenangan dan orang-orang yang Allah bebaskan dari api neraka...aamiin

Wallahu a'lam...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA

Friday, September 26, 2014

Jangan bersedih..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Janganlah terus tenggelam dalam kesedihan
dan penuh penyesalan apabila Allah
mengambil semula apa yang dipinjamkan~Nya
kepada kita.

Bersyukurlah kerana kita pernah memiliknya
dan bersabarlah apabila kita terpaksa
melepaskannya.

Ingatlah, pasti ALLAH akan menggantikannya
dengan sesuatu yang lebih baik.
Jika bukan di dunia...
INSYA ALLAH..
di akhirat kelak.

Imam Syafie pernah berkata :

Sabar menghadapi MUSIBAH adalah
sebesar-besar erti SABAR di mana sabar itu
memerlukan KESABARAN pula.

Adapun BALA dan MUSIBAH, ia akan menunjukkan
adanya perhatian dan kasih sayang
ALLAH.

Oleh itu, syukuri ia kerana
SYUKUR yang sedemikian
adalah setinggi-tinggi erti
SYUKUR.


"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu,
dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami
untuk keselamatan agama kami"...aamiin

Barakallahufik...

Friday, September 19, 2014

Hati yang lembut..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


"Barangsiapa mahu meninggalkan perbuatan dosa, maka hatinya akan menjadi lembut,
dan barangsiapa yang meninggalkan perbuatan yang telah diharamkan (oleh Allah)
dan memakan makanan yang halal, maka menjadi jernihlah fikirannya."

Hati yang lembut adalah hati yang dapat menerima nasihat agama dengan mudah dan mahu
mematuhinya, serta menjalankannya dengan penuh kekhusyukan. Sedangkan fikiran yang
jernih adalah fikiran yang selalu dipergunakan untuk memikirkan keagungan ciptaan Allah
dan meyakini bahawa Allah itu Maha Kuasa, yang salah satu kekuasaan~Nya adalah
membangkitkan kembali orang yang sudah mati.

Keyakinan tersebut dapat diperoleh dengan merenungkan kejadian manusia melalui
akal dan fikiran, bahawa Allah telah menciptakan manusia dari setetes air mani
yang menyatu di dalam rahim ibunya, lalu berubah menjadi segumpal darah, kemudian
menjadi segumpal daging, lalu berubah menjadi tulang, otot, saraf sampai terbentuklah
telinga, mata serta anggota badan lainnya. Disamping itu, Allah juga memberikan jalan
keluar dari rahim ibunya, serta memberitahukan bagaimana caranya menyusui bayi. Bayi
yang baru lahir itu dalam keadaan tidak bergigi, kemudian dengan kehendak~Nya akhirnya
tumbuhlah gigi-giginya tersebut dan menanggalkannya ketika dalam usia 7 tahun, kemudian
ditumbuhkan kembali dalam waktu yang lain.

Allah menjadikan manusia mulai dari kecil menjadi dewasa, kemudian menjadi orang tua.
Dan dari sehat menjadi sakit. Dan Dia pulalah yang menidurkan seluruh mahluk~Nya pada
malam hari dan membangunkannya pada siang hari dan itu terjadi setiap hari. Rambut dan kuku
dapat gugur, kemudian tumbuh kembali. Begitu juga dengan silih bergantinya antara siang dan
malam sebagai akibat dari peredaran matahari dan bulan. Setiap bulannya, bulan terbenam dan
muncul dengan sempurna dan ketika terjadi gerhana sinar matahari menghilang berubah menjadi
kegelapan. Dan dari tanah yang basah Allah menumbukan tanaman.

Berdasarkan kenyataan itu semua, maka jelaslah bahawa Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu,
yang dapat menghidupkan segala sesuatu yang telah mati dan hancur di dalam kubur. Oleh sebab itu,
bagi hamba-hamba Allah (yang beriman) wajib memperbanyak tafakur kepada Allah guna mempertebal
keyakinan bahawa masih ada lagi kehidupan setelah berada di alam kubur. Di samping itu, harus
mengakui akan adanya hari kebangkitan dan perhitungan amal selama hidup di dunia. Walhasil,
berdasarkan kadar iman yang dimilikikan, seorang hamba akan berusaha dengan sekuat tenaga untuk
senantiasa menjunjung tinggi segala yang diperintahkan Allah SWT dan menjauhi segala larangan~Nya.

Wallahu a'lam..

Petikan dari Kitab Nashaihul 'Ibad karangan Ibnu Hajar al-Asqalani


Friday, September 12, 2014

6 perkara aneh..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Ibn Hajar al-Asqalani dalam karyanya Nashaihul 'Ibad memaparkan sebuah hadis
tentang keganjilan yang akan berlaku pada Umat Islam di akhir zaman.
Sebagaimana yang diisyaratkan Rasulullah s.a.w. terdapat enam perkara ganjil tersebut;

Pertama, masjid itu asing di tengah-tengah masyarakat Umat Islam. Bangunan masjid berdiri
megah dan didirikan dengan susah payah, namun orang-orang di sekitarnya enggan melaksanakan
ibadah di dalamnya. Lihatlah di sekeliling kita sekarang ini, kehadiran umat Islam pada
setiap waktu solat amat menyedihkan terutama waktu subuh.

Kedua, mushaf al-Quran menjadi perkara aneh. Ia pelihara dan dirawat dengan baik di rumah.
Pelbagai model baru diterbitkan dan orang Islam berlumba-lumba membelinya sebagai koleksi
di rumah dan ianya menjadi simbol kebanggaan. Kitab suci ini dipamerkan di rak dan jarang
sekali dibaca, apatah lagi dihayati makna dan kandungannya.

Ketiga, al-Quran itu menjadi aneh apabila dipelihara di dalam hati orang fasiq. Mereka
berlumba-lumba menghafal al-Quran, namun amat sedikit yang berlumba-lumba mengamalkan isi
dan kandungannya.

Keempat, perempuan Islam yang solehah itu aneh, apabila ia berada di bawah naungan seorang
suami yang zalim dan tidak taat dalam melaksanakan ajaran agama. Lihat sahaja Asiah, isteri
kepada Firaun, ia sangat taat kepada Allah SWT namun suaminya kufur kepada Allah dan mengaku
dirinya tuhan yang maha tinggi.

Kelima, laki-laki muslim itu aneh, apabila ia berada di bawah kekuasaan perempuan yang hina
yang berakhlak buruk. Perkara ini sudah berlaku pada Nabi Nuh a.s. di mana isterinya enggan
mengikuti nasihat suami dan akhirnya ia tenggelam dalam banjir besar.

Keenam, aneh sekalinya seorang yang alim (memahami ilmu agama mendalam) berada di tengah-tengah
masyarakat Islam, namun segala fatwa dan nasihatnya hanya dijadikan tontonan bukan dijadikan
tuntunan.

Ada hadis lain yang menyebut, daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.
"Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya,
dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah,
tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong
(naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".
[ H.R al-Baihaqi ]

Keterangan
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah
dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang
dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan
ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

Wallahu a'lam

Friday, September 05, 2014

Menangkis bisikan jahat


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Syeikh Abdul Qadir Jailani berpesan,
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahwa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu :
“Bisa jadi kedudukannya di sisi Allah SWT jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah ( dalam hatimu ) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah SWT, sedangkan diriku telah banyak
bermaksiat kepada~Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Dia telah beribadah kepada Allah swt jauh lebih lama dariku,
tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini memperoleh karunia yang tidak akan kuperoleh,
mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,
mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya,
tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah swt karena dia bodoh ( tidak tahu ),
sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.
Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,
bisa jadi di akhir usianya dia memeluk
agama islam dan beramal saleh.
Dan bisa jadi di akhir usia,
diriku kufur dan berbuat buruk.”

Friday, August 22, 2014

Mendidik anak bersopan ketika makan..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Sifat yang mula-mula akan menonjol pada anak-anak ialah kegelojohan dengan makanan.
Ia harus dididik dengan cara-cara dan adab sopan menghadapi makanan, iaitu:

Pertama,
Jangan mengambil makanan, melainkan dengan tangan kanan saja.

Kedua,
Membaca Bismillah bila menyuap makanan.

Ketiga,
Mengambil makanan yang ada di hadapannya saja.

Keempat,
Jangan tergesa-gesa mengambil makanan sebelum orang lain mengambilnya.

Kelima,
Jangan meliarkan pandangan kepada makanan, ataupun meneliti muka orang yang sedang makan.

Keenam,
Jangan terlalu cepat bila memakan.

Ketujuh,
Mengunyah makanan baik-baik sebelum ditelan.

Kelapan,
Jangan terlalu cepat menyuap makanan.

Kesembilan,
Jangan sampai mengotorkan tangan dan pakaian dengan makanan itu.

Kesepuluh,
Membiasakan makan roti tanpa lauk-pauk pada setengah-setengah waktu,
supaya seleranya tidak memandang wajib adanya lauk-pauk dalam makanan.

Ibu bapa harus mengingatkan kepada anak-anak, bahawa banyak makan itu adalah sifat yang tercela,
dan mengumpamakan orang yang makan banyak iyu seperti binatang.

Jika terdapat seorang anak yang suka makan banyak, hendaklah ia dicela di hadapan anak-anaknya yang lain.
Dan ia memuji pula anak yang pandai menjaga adab dalam menghadapi makanan, dan anak yang makannya sedikit.

Ibu bapa harus membiasakan anak-anak supaya suka mendahulukan orang lain dalam hidangan makanan,
mendidiknya supaya jangan menajamkan pandangan kepada hidangan makanan, dan supaya selalu bersikap
puas dengan makanan yang ada saja, yakni tidak terlalu cerewet.

Wallahu a'lam

Friday, August 08, 2014

Keberhasilan taqwa dari puasa Ramadhan..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Bulan Ramadhan sudah berlalu dan penggantinya kini Syawal, dan kini kita
sudah berada pada hari yang ke 12. Bila difikirkan kembali apakah sebenarnya
tujuan kita berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.

Matlamat utama tujuan dari ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah taqwa.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman,
diwajibkan kepada kalian untuk berpuasa sebagaimana telah diwajibkan
kepada orang-orang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa." (QS. Al Baqarah : 183)

Bagaimana pula mengukur ketaqwaan kita yang merupakan buah dari puasa Ramadhan?

Di antara sifat orang yang bertaqwa itu, Allah jelaskan di dalam al-Quran dan dari situ
Allah Azza wa Jalla menunjukkan empat karakter atau sifat orang yang bertaqwa.

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas
langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang
menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan
amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan,
dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,
mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat
mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu,
sedang mereka mengetahui." (QS. Ali Imran : 133-135)

Inilah empat karakter atau sifat orang yang bertaqwa.

PERTAMA, orang yang bertaqwa itu suka berinfaq, suka bersedekah, baik dalam kondisi lapang maupun sempit.
Dalam keadaan kaya atau dalam keadaan belum kaya. Baik tangga muda maupun tangga tua.

KEDUA, sifat orang yang bertaqwa adalah ia bisa menahan marah, mampu mengawal perasaan marah dalam apa
jua keadaaan. Manusia tidak dapat menundukkan kemarahan ini kecuali dengan perasaan halus dan lembut
yang bersumber dari pancaran taqwa, dan dengan kekuatan ruhiyah yang bersumber dari pandangannya
kepada ufuk lebih luas daripada ufuk dirinya dan cakrawala keperluannya.

KETIGA, sifat orang yang bertaqwa itu suka memaafkan orang lain. Menurut Sayyid Quthb dalam tafsir
Fi Zhilalil Qur'an, menahan marah adalah fase pertama, dan itu tidak cukup. Ia harus diiringi
dengan memberikan maaf. Karena ada kalanya orang tidak menampakkan kemarahan tetapi ia memendam
benci dan dendam. Kemarahan yang disimpan itu menyakitkan hati dan menghanguskan jiwa, tetapi
dengan memaafkan maka lepaslah ia dari sakit hati dan seketika jiwanya menjadi lapang dan damai,
meninggi ke langit suci.

KEEMPAT, sifat orang yang bertaqwa itu segera bertaubat kepada Allah jika ia melakukan kesalahan
atau kemaksiatan. Ia segera menyadari kesalahannya, ingat Allah, memohon ampun dan tidak
meneruskan kesalahannya.

Wallahu a'lam

Friday, August 01, 2014

Qada' puasa..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari
pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.”
(Riwayat Muslim)


Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal,
para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;


1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat
mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.


2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan
diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.


3. Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam,
sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah
mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa pada bulan Syawal.


4. Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat
puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan,
lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.


Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’
akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara
berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.


Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk
berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya
dalam bulan Zulkaedah.


Wallahu a'lam


Friday, July 25, 2014

Salam Aidil Fitri..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Ramadhan bakal beransur pergi
Syawal menjelma di Aidilfitri
Seikhlas hati menyusun jari
Memohon dimaafkan kesilapan diri

Taqabbalallhu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aidin wal faizin

Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali
(dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang
yang mendapatkan kemenangan

Hiasilah malam raya ini dengan takbir, tahmid dan sholawat atas Junjungan.
Hidupkanlah malam dengan beribadah dan berdoa.

Dalam hadits ada dinyatakan bahawa
Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban,
nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”.
(Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

Menurut pendapat ulama, yang dimaksudkan mati hati ialah:
Pertamanya, terbelenggunya hati dengan kecintaan terhadap dunia yang memutuskannya
daripada melakukan amalan kebaikan dan kewajiban agama.
Kedua, menjadi kafir.
Ketiga, ketakutan hari qiamat.

Dalam hadits juga dinyatakan bahawa, diriwayatkan dari Sayyidina Ibnu ‘Umar r.a.,

Beliau berkata:
"Lima malam yang tidak ditolak padanya akan doa: Malam Jumu’at, awal malam Rejab,
malam nisfu Sya’ban dan dua malam raya (‘eidul fitri dan ‘eidul adha)."
(dikeluarkan oleh ‘Abdurrazzaq di dalam Mushannaf dan juga al-Baihaqi di dalam Syua’b al-Iman – mauquf)

Wallahu a'lam..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, July 18, 2014

Selamat beri'tikaf..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ
ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ


"Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga
Allah mengambil nyawanya, setelah kewafatan baginda isteri-isteri baginda pun beri’tikaf."
[HR. al-Bukhari dan Muslim]

Burulah Lailatulqadr semahunya kerana malam yang sangat berkat itu kurniaan Allah kepada hambaNya
yang ingin mendekatkan dirinya kepada Penciptanya.

Dalil al-Quran:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ، وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar . Dan tahukah kamu
apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
(Al-Qadr: 1-3).


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ


”Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya
Kamilah yang memberi peringatan.” (Ad-Dukhan: 3).

Yang dimaksud malam yang diberkati di sini adalah malam lailatul qadr. Inilah pendapat
yang dikuatkan oleh Ibnu Jarir At-Thabari rahimahullah [Tafsir At-Thabari, 21/6 ].
Inilah yang menjadi pendapat majoriti ulama di antaranya Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma
[Zaadul Masiir, 7/336-337 ]

Aisyah Radiallahu ’anha berkata, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wassalam mengasingkan diri
(di dalam masjid; beri’tikaf) pada sepuluh (malam) terakhir di dalam Ramadhan. Dan Rasulullah
SAW berkata: “Carilah malam al-Qadr pada sepuluh malam terakhir dari Ramadhan.”
[al-Bukhari:2020 dan Muslim:219].

Daripada ‘Aisyah Radiallahu ‘Anhu:

Aku berkata: “Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar,
apakah yang perlu aku katakan (doa) ?” Bersabda Nabi : disebutlah doa:
“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun,
maka berikanlah daku keampunan”
[HR at-Tirmizi, Ibn Majah, Imam at-Tirmizi rahimahullah menyatakan ia hadis Hasan Sahih]

Alhamdulillah, kita sudah berada pada 10 hari terakhir Ramadhan, dan mudah-mudahan Allah SWT
lanjutkan usia kita semua dapat mengambil kesempatan yang ada untuk meraih kurniaan Allah
yang ada pada malam Al-Qadar itu nanti. Selamat berusaha untuk ke arah itu semua.

Wallahu a'lam..

Friday, July 11, 2014

Sekatlah nafsu..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Menurut Imam al-Ghazali: Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa.
Dengan itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya
sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya. Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang
akan mendatangkan kecelakaan, ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka
dan dilayani keinginannya.

Dalam kitab Minhajul Abidin, Imam Ghazali telah menganjurkan cara untuk menjinakkan nafsu :

1) Setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan.

Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat,
ia menjadi jinak juga akhirnya. Lemahkan tenaganya agar ia tidak liar. Amalan berpuasa akan
membuatkan badan menjadi lemah dan sekaligus melemahkan keinginan nafsu. Selain menahan perut
daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya,
menahan mata daripada memandang yang haram, telinga daripada mendengar yang haram, mulut
daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain.

2) Diberikan tekanan atau deraan yang berat ke atasnya.

Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia
menjadi lemah dan akan menurut perintah. Cara mendera nafsu ialah dengan banyak melakukan ibadah.
Terus menerus melakukan ibadah dengan harapan kemanisan beribadah dapat menjinakkan keinginan nafsu.

3) Mohon bantuan Allah.

Hendaklah berdoa, perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat
(nafsu ammaratun bil-su`). Sesungguhnya dengan pertolongan Allah jua, kita akan berjaya.

Nafsu adalah ibarat kuda liar, sukar dikawal, merbahaya dan boleh memudaratkan. Walau bagaimanapun
dengan latihan yang betul, ia boleh dijinakkan, dikawal dan memberi banyak manfaat.

Seorang cendekiawan Islam berkata,"Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan nafsu
sebagai tawanan dan rugilah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan".

Imam Al-Ghazali mengatakan, "kalau nafsu menguasai akal maka hina manusia itu lebih daripada haiwan
dan kalau akal menguasai nafsu maka mulia manusia itu lebih daripada Malaikat."

Imam Al-Ghazali mengatakan, "antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara
yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin."

Di dalam kitab "Al-Asas fit Tafsir", Said Hawa pernah berkata, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu
bermaksud menundukkan hawa nafsu supaya ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara."


Wallahu a'lam...

**SELAMAT MENCARI LAILATULQADR**

Friday, July 04, 2014

Benarkah..?


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Apakah benar kita merasa gembira akan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak?
Apapun perasaan itu hanya kita sendiri yang boleh menjawab persoalan itu samada gembira atau tidak.
Firman Allah SWT: “Demikianlah (perintah Allah SWT). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah,
maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.” (QS Al-Hajj: 32)

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada umatnya :
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini
dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya
kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah
hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat
Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)

Para ulama sholeh terdahulu senantiasa memberi tumpuan khusus bagi menyambut bulan Ramadhan
dengan bersungguh-sungguh. Lihatlah sebahagian sikap-sikap terpuji yang dilakukan para ulama
sholeh terdahulu dalam menyambut bulan suci Ramadhan. Adakah kita seperti mereka atau di sebaliknya.

1. Dengan kegembiraan dan kebahagiaan.

Mereka selalu berharap datangnya Ramadhan dan ingin segera menyambutnya dengan kegembiraan
dan kebahagiaan. Yahya bin Abi Katsir meriwayatkan bahawa orang-orang salaf terdahulu selalu
mengucapkan doa: "Ya Allah sampaikanlah aku dengan selamat ke Ramadhan, selamatkan Ramadhan
untukku dan selamatkan aku hingga selesai Ramadhan". Sampai kepada Ramadhan adalah kebahagiaan
yang luar biasa bagi mereka, karena pada bulan itu mereka bisa mendapatkan nikmat dan karunia
Allah yang tidak terkira.

2. Dengan pengetahuan yang dalam.

Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim.
Ibadah puasa mempunyai ketentuan dan aturan yang harus dipenuhi agar sah dan sempurna. Sesuatu
yang menjadi prasyarat suatu ibadah wajib, maka wajib memenuhinya dan wajib mempelajarinya. Ilmu
tentang ketentuan puasa atau yang sering disebut dengan fikih puasa merupakan hal yang wajib
dipelajari oleh setiap muslim.

3. Dengan doa

Bulan Ramadhan selain merupakan bulan karunia dan kenikmatan beribadah, juga merupakan bulan tantangan.
Tantangan menahan nafsu untuk perbuatan jahat, tantangan untuk menggapai kemuliaan malam lailatul qadar
dan tantangan-tantangan lainnya. Keterbatasan manusia mengharuskannya untuk selalu berdo’a agar optimis
melalui bulan Ramadhan.

4. Dengan tekad dan rancangan yang matang untuk mengisi Ramadhan

Orang-orang soleh terdahulu selalu merencanakan pengisian bulan Ramadhan dengan cermat dan optimis.
Berapa kali dia akan mengkhatamkan membaca al-Quran, berapa kali sholat malam, berapa akan bersedekah
dan memberi makan orang berpuasa, berapa kali kita menghadiri pengajian dan membaca buku agama.
Itulah rancangan yang benar mengisi Ramadhan, bukan hanya sekadar mengatur menu makan dan pakaian
kita untuk Ramadhan. Begitu juga selama Ramadhan kita bertekad untuk bisa meraih taubatun-nasuuha,
taubat yang meluruskan.

Adakah kesemuanya yang disebut di atas itu pernah kita laku dan benar ada pada diri kita,
atau sekadar meniti kehidupan ini tanpa merasa apa-apa bila tibanya bulan Ramadhan?

Wallahu a'lam

Friday, June 27, 2014

Kelebihan Surah al-Fath pada malam awal Ramadhan..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Tersebut di dalam kitab Kanz an-Najaah wa as-Surur fi ad-Ad'iyah al-Ma`tsurah allati Tasyrah ash-Shuduur
karya Syeikh ‘Abdul Hamid bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Qaadir al-Quddus al-Makki asy-Syafie tentang
kelebihan membaca surah al-Fath pada malam awal Ramadhan.


Faedah: Membaca Surah al-Fath Pada Malam Awal Ramadhan.

Telah berkata Abu Bakar an-Naisaaburi: Aku telah mendengar Muhammad bin ‘Abdul Malik berkata:
Aku telah mendengar Yaziid bin Haaruun berkata: Aku telah mendengar as-Sam’uudi berkata:
Telah sampai kepadaku bahawa barangsiapa membaca ia akan surah al-Fath pada malam awal
(malam pertama) Ramadhan di dalam sholat tatawwu’ (solat sunat), dia berada di dalam
penjagaan Allah untuk tahun tersebut.


Maka kaifiyyatnya:
Dirikanlah sholat sunat apapun (samada ba’diah Maghrib, Awwabin dan sebagainya) selepas
yakin zahir anak bulan Ramadhan, dan bacalah padanya setelah membaca surah al-Fatihah
separuh/sebahagian daripada surah al-Fath dan sempurnakan sebahagian lagi di dalam rakaat kedua.


Tersebut juga di dalam kitab al-Wasaailul asy-Syaafi’ah fi al-Adhkar an-Naafi’ah
wa al-Auraad al-Jaami’ah wa ats-Tsimaar al-Yaani’ah wa al-Hujub al-Hariizah al-Maani’ah
‘an an-Nabiy صلى الله عليه وآله وسلم karya al-Imam al-‘Allamah as-Sayyid asy-Syarif al-Muhaddits
al-Habib Muhammad bin ‘Ali Khirid al-‘Alawi al-Husaini at-Tarimi (wafat 960هـــ), halaman 474:


Daripada Sayyidina Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda:
Telah diturunkan kepadaku semalam akan satu surah yang ianya lebih kukasihi daripada
segala apa yang terbit matahari atasnya (yakni dunia dan segala isinya), dan disukai
agar ianya dibaca pada awal malam bulan Ramadhan. Maka kalian bacakanlah ia dan ajarkanlah
ia kepada anak-anak kalian, insyaAllah mereka tidak akan ditimpa kepapaan.


Berkata Syeikh Hussin Qadri Martapura di dalam karyanya berjudul Senjata Mukmin, pada halaman 92:


Surah al-Fath
(Khasiatnya) barangsiapa membaca akan dia 3 (tiga) kali pada malam permulaan timbul bulan Ramadhan,
insya Allah terpelihara ia di dalam setahunan itu daripada marabahaya dan diluaskan rezekinya.


SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
MOHON MAAF ATAS SEGALA SILAP DAN SALAH


Friday, June 20, 2014

Sabar dan syukur...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين

"Sabar adalah puncak Islam dan iman, sekaligus hakikat agama yang semestinya. Sabar berarti menahan dan menabahkan diri agar senantiasa berteguh pada tuntunan syariat. Dari satu sisi, sabar dan syukur masih satu makna. Akan tetapi, di sisi lain, sabar merupakan esensi syukur. Syukur tak bakal sempurna tanpa dibarengi kesabaran. Seorang yang bersabar, berarti ia telah mensyukuri nikmat-nikmat yang dianugerahkan kepadanya.

Insan mukmin, tatkala harus memilih antara kepentingan individu dan agama, lalu ia mengedepankan agama dari egonya, maka ia telah melintasi maqam sabar dalam sikapnya itu. Dalam kitab-Nya yang agung, Allah SWT berulang kali menyitir dan menyanjung kesabaran serta pelakunya. Begitu pula baginda Rasul, dalam hadis-hadisnya, juga para pesuluk jalan Allah SWT.

Sabar memiliki beragam arti. Setiap laku menuntut kesabaran tersendiri. Ada sabar dari godaan maksiat dan hawa nafsu, sabar menjalani ibadah, sabar tatkala didera musibah, dan ada sabar untuk tidak berkeluh kesah kepada sesama makhluk. Adapun menyambat kepada Sang Kuasa itu adalah perbuatan elok.

Dalam salah satu firman, Allah SWT menyitir munajat Nabiyullah Ayub kepada-Nya, "(Ya Tuhanku), Sesungguhnya Aku Telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (QS. Al Anbiya': 83)

Allah SWT kemudian memuji dan mengakui ketabahan Nabi Ayub A.S, "Sesungguhnya kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar." (QS. Shaad: 44)

Kedua ayat tersebut mengilustrasikan bahwa Allah SWT memberikan cobaan kepada makhluk yang dicintai-Nya karena Ia memang ingin mendengar ratapannya, hanya kepada-Nya. Ada begitu banyak faedah kesabaran. Ayat-ayat suci serta hadis nabawi berulang kali menyebutkan keutamaan sabar. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (QS. Az Zumar: 10)

Ketahuilah, pahala kesabaran tiada batas maupun ukuran. Orang sabar bakal mendapat balasan terbaik dari-Nya. Allah SWT berfirman lagi, "Sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS. An Nahl: 96)

Mereka, orang-orang yang memiliki sikap sabar, adalah panutan umat. Dalam Al Quranul Karim, Allah SWT menyebut maqam sabar di lebih dari tujuh puluh ayat. Mengenai keistimewaan sikap sabar, Rasulullah SAW menyabdakan, "Sabar adalah separuh iman." Beliau menambahkan pula, "Barangsiapa telah memperoleh keyakinan dan sifat sabar, maka kelak tak dipertanyakan lagi apakah ia kerap bangkit untuk salat malam atau banyak melakukan puasa sunnah."

Sabar adalah investasi akhirat. Ketika ditanya tentang keimanan, Rasulullah pernah memberikan jawab, "Iman adalah sabar dan mudah memaafkan."

HIKMAH

"Pangkal dari rasa syukur adalah kesenangan, adapun pangkal dari kesabaran adalah kesedihan. Namun, terkadang, keduanya bermuara dari satu hal yang sama: musibah, salah satunya.

Untuk sebagian orang, musibah tak ubahnya suatu kenikmatan, dan karena itu, ia mensyukurinya. Betapa tidak. Musibah adalah azab yang ditimpakan lebih cepat di dunia. Dan itu berarti anugerah. Sebab kelak ia akan terbebas dari siksa akhirat yang sejatinya lebih pedih dan lebih abadi. Musibah juga merupakan wujud tarbiyah Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman. Seakan-akan, dengan musibah itu, Allah SWT mengingatkan manusia: untuk apa kau mencintai dunia? Apa yang bisa diharap dari kesenangan dunia? Kenapa hatimu merasa nyaman dengan dunia? Inilah perhatian dari-Nya. Tiada bimbingan yang lebih indah dari bimbingan-Nya. Karenanya, tiap insan patut mensyukuri. Di balik bencana yang tampak oleh mata, tersimpan serpihan-serpihan hikmah yang luhur dari-Nya."

Indah benar kalam-kalam Habib Ahmad bin Zein. Beliau berkata dengan kapasitasnya sebagai manusia yang teramat dekat dengan Yang Maha Kuasa. Setiap kalimat memendarkan cahaya. Insya Allah, ruhani kita yang gundah bakal terlipur olehnya, dan kesabaran bakal menjadi landasan bagi setiap tindak tanduk kita.

Wallahu a'lam

Ustadz Al Habib Sholeh Al Aydrus.



Friday, June 13, 2014

Astaghfirullah..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Astaghfirullah..
Pada pandangan mata yang tak terjaga, pada lirikan-lirikan yang disengaja, memandang apa
saja sesuka rasa. Sedangkan mata ini dan tiap lirikannya akan dibawa di hadapan~Nya.

Astaghfirullah..
Pada lisan yang masih tega mengata. Bersedap-sedap dengan kata-kata yang termasuk nista.
Sungguh lidah tidak bertulang, ringan menuturkan apa saja. Sedangkan lafaz dan kata itu
ada rakamannya pada Yang Maha Esa.

Astaghfirullah..
Pada telinga yang suka mendengar umpatan percuma, juga bisikan-bisikan rahsia.
Tak kurang melodi-melodi ciptaan manusia yang diulang dengar tak terkira bilangannya.
Sedangkan kalam Pencipta cuma sekali-sekala.

Astaghfirullah..
Pada isi perut yang terkandung makanan-makanan syubhat di dalamnya.
1001 makanan lazat-lazat sudah pernah dijamah, tapi kadang-kadang masih terlupa
juga untuk bersyukur dan mengucapkan walau kata ‘alhamdulillah’.

Astaghfirullah..
Pada hati yang terlalu banyak menyerap al-wahan, sehingga dunia menjadi cita-cita dan angan-angan.
Sedangkan hati itu jugalah yang akan dibawa menghadap Pencipta. Lupakah kepada janji~Nya,
bahawa hanya hati yang sejahtera (qolbun salim) yang akan selamat di alam sana.

Astaghfirullah al adzim..
Pada tiap anggota dan pancaindera, pada tiap urat saraf dan daging yang membungkus tulang-temulang,
Andai jasad ini masih tidak kuat untuk memaknai ibadah pada~Mu. Andai anggota ini masih lengah
memenuhi seruan “Fastabiqul khairat!”. Andai tubuh ini selalu lemah dalam zikrullah, Andainya
anggota yang sempurna ini masih tidak sempurna menunaikan hak-hak Mu... Sedangkan ada di kalangan
hamba~Mu yang rela hancur seluruh tubuhnya untuk memenuhi seruan jihad di jalan~Mu.. Ada di kalangan
hamba~Mu yang tidak sempurna anggota tubuhnya, tapi rela menyerahkan seluruh raganya demi
menyempurnakan ketinggian kalam~Mu..

Astaghfirullah al adzim..
Benarlah Wahai Zat yang memiliki segenap kebesaran dan kemuliaan, jika tanpa rahmat dan
kasih-sayang~Mu. Apalah ada pada amalku yang terlalu sedikit itu. Ditambah pula dengan
bermacam-macam dosa yang berselirat di sini-sana. Khusyuk usah bicara, entah tertinggal di mana.
Justeru itu, tiada apa yang dapat menyelamatkan. TIADA. MelainkanMU...YA ALLAH.


Hajatkan doa kalian,

Ummul Barakah



Friday, June 06, 2014

Nikmat paling berharga..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Waktu adalah sesuatu yang terpenting untuk diperhatikan.
Jika ia berlalu tak akan mungkin kembali. Setiap hari dari waktu kita berlalu,
berarti ajal semakin dekat. Umur merupakan nikmat yang seseorang akan ditanya tentangnya.


Nabi s.a.w. bersabda:

لاَ تَزُولُ قَدَمُ ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ: عَنْ عُمُرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ
وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلَاهُ، وَمَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ، وَمَاذَا عَمِلَ فِيْمَا عَلِمَ

“Tidak akan bergeser kaki manusia di hari kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya
tentang lima hal: tentang umurnya dalam apa ia gunakan, tentang masa mudanya dalam
apa ia habiskan, tentang hartanya darimana ia peroleh dan dalam apa ia belanjakan,
dan tentang apa yang ia amalkan dari yang ia ketahui (ilmu).”
(HR At-Tirmidzi dari jalan Ibnu Mas’ud Lihat Ash-Shahihah, no. 946)


Sewajarnya manusia itu hendaknya supaya cepat bertaubat setiap pagi, siang,
sore dan malam hari, bahkan kalau perlu bertaubat setiap saat selama hidupnya,
karena manusia itu setiap saat tidaklah selamat dari dosa yang diperbuatnya,
kecuali orang-orang yang telah diselamatkan oleh Allah Ta'ala dan itu pun
sedikit sekali.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
"Laksanakan segera amal shaleh karena tujuh hal: sebelum datang kemiskinan yang membuatmu lupa,
kekayaan yang menyesatkan, penyakit yang membinasakan, ketuaan yang melumpuhkan, kematian yang
mendadak, dajal sebagai makhluk terjahat yang senantiasa mengintip atau datangnya kiamat yang
sangat pahit dan amat mengerikan." (HR Tirmidzi)


Maka di sini, saya ingin menasihati diri saya serta sahabat-sahabat semua, bahawa semakin
umur kita meningkat saban hari maka semakin sedikit masa untuk kita hidup di dunia ini yang
mana selepas itu kita tidak berpeluang untuk beramal soleh, berbuat kebajikan dan lain-lain
kebaikan yang baik dalam pandangan Allah.


Oleh itu, gunakanlah masa yang masih berbaki ini dengan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT
dan semoga dengan sebab itu Allah ampunkan dosa kita, dipermudahkan segala urusan kehidupan kita,
dimakbulkan~Nya akan doa kita, hajat kita tercapai, kurniaan ilmu yang bermanfaat, keluarga yang
bahagia dan ditingkatkan derajat kita di sisi~Nya...aamiin Ya Rabb.


Moga Allah kurniakan keberkatan pada usia kalian semua.. :)
Wallahu 'alam


Friday, May 30, 2014

Tanda taubat diterima..



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak
mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya,
ini adalah urusan Allah, dan kita tidak berupaya menentukannya,
tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:


1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam
dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.


2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih
dari mendekati mereka-mereka yang fasik.


3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira,
sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.


4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan
kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk
meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.


5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap
melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang
telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.


6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan
ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan
sedih dan menyesal.


Wallahu a'lam


Rujukan : Kitab Terjemah Nashahul Ibad karangan Ibnu Hajar Asqalani