الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan
mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah."
[Riwayat At-Tabrani]
Huraian Hadith:
1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu
tata tertib setiap perkara yang dilakukannya.
2. Islam mengambilkira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia
termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang
tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.
3. Adab dalam berziarah contohnya disebutkan secara terperinci iaitu:
a) Memberi salam terlebih dahulu.
b) Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali.
c) Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika
yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrim.
d) Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan.
e) Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah.
f) Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih
maklum tentang keadaan rumah mereka.
4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak
menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut
didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya.
Wallahu a'lam..

Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.
Rumah itu seperti penutup aurat bagi segala sesuatu yang ada di dalamnya sebagaimana pakaian sebagai penutup aurat bagi tubuh. Jika seseorang tamu meminta izin terlebih dahulu kepada penghuni rumah adalah kesempatan bagi penghuni rumahtersebut mempersiapkan keadaan di dalam rumahnya.
Biasanya kalau kak nak bertandang kak hubungi dulu tuan rumah bagitu juga jika kawan-kawan nak bertandang mereka terlebih dahulu menghubungi kak.
Jadi lebih mudah bagi kedua-dua pihak, insyaAllah.
Assalamualaikum kakak Werdah,
DeleteSemoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT....aamiin
Betul cara kakak tu, adalah lebih baik kita menghubungi tuan rumah sebelum kita datang ke rumahnya, dan begitulah saya nampak cara guru saya. Walaupun dia tidak pernah mengatakannya dalam kuliahnya, namun dari perbuatan dan contohnya mengajar kami adab ketika bertandang ke rumah orang.
assalamualaikum ustaz, apa khabar, lama tak bertandang ke sini,
ReplyDeletebetul tu, kena cr waktu n masa yg sesuai agar kehadiran kita tidak di anggap mengganggu