Friday, January 02, 2015

Tahun Baru...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Alhamdulillah, hari ini Jumaat pertama pada tahun 2015.
Ya kita sudah melangkah ke tahun baru dan usia juga menginjak
ke angka yang baru. Bertambah dewasanya kita.

Jika direnungkan baik-baik, setiap tahun usia kita sebenarnya
bukanlah makin bertambah, tapi sebenarnya ia semakin berkurang.
Kita semakin mendekati hari pertemuan dengan Allah SWT.

Semua kita makhluk yang bernyawa akan menemui ajal masing-masing.
Haiwan akan mati dan menjadi bangkai. Tumbuhan pula bila mati
akan meninggalkan tangkai dan kita manusia pula bila ajal datang
menjelma setiap perbuatan kita di dunia akan dirungkai.

Oleh yang demikian, sebelum hari pertemuan kita dengan Allah menjelang,
bersedialah dengan bekal kerana perjalanan kita di sana nanti sangatlah
payah dari kehidupan di dunia. Dan sebaik-baik bekal adalah taqwa.

Beruntunglah mereka yang menyediakan bekal yang banyak, setiap masa
yang diperuntukkan di dunia digunakan dalam ketaatan.

Buat mereka yang dilanda musibah banjir, bersabarlah menghadapinya dan
sebaiknya mengadulah kepada Pencipta Musibah itu. Mintalah diringankan
masalah yang menimpa dan gantian yang lebih baik.

Buat sahabat yang menjadi tetamu Allah di Makkah dan Madinah pada masa ini
didoakan semoga Allah merahmati kalian, dikurniakan kesihatan yang baik
serta dipermudahkan segala urusan, selamat di dalam perjalanan nanti.

Sekian, moga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan dijauhi dari dilanda
kesusahan dan ujian musibah...aamiin

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL..
"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu
(iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat
dan yang banyak mengingati ALLAH."

4 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Hari ini Jumaat minggu kedua tahun baru. Semoga dirimu sentiasa beroleh kesejahteraan dan redha Allah SWT.

    Nasihat yang sangat berguna. Semoga kita semua dapat menyiapkan bekalan dalam menjalani kehidupan sementara ini untuk dibawa menghadap Ilahi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan redha Allah SWT.

      Ya kak, hari demi hari kita kian mendekati kematian dan bila ia datang kita tak punya peluang lagi untuk beribadah, hanya doa dari anak-anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang manfaat.

      Delete
  2. Assalamualaikum sahabat..

    Semoga Allah SWT sentiasa mengasihi dan meredhaimu..

    Bersyukurlah kepada Allah atas nikmatnya kerana kita masih hidup, masih boleh bertaubat dan masih boleh perbaiki diri sebelum hari pertemuan kita denganNya

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sahabat, semoga sentiasa dibwh lindunganNya..

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.