Friday, February 20, 2015

Ujian kesabaran..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Daripada Anas R.A. katanya, telah bersabda Rasulullah S.A.W.,
“Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia.
Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya
di hari kiamat. Nabi S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian,
sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan.
Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak
redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” [Riwayat at-Tirmizi]

Huraian Hadith:

1. Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.

2. Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.

3. Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.

4. Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar
tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.

5. Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda
bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan
balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.

6. Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran
yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.

7. Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah
bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya
seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.

Wallahu a'lam


7 comments:

  1. Sabar itu susah....
    Sabar itu sakit....
    Tetapi.... sabar itu indah
    Sabar ubat terbaik dari segala kesulitan
    Sabar adalah.... IMAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar, ujian kesabaran itu payah...
      Namun, jiwa yang besar mengerti hal sebenarnya..
      Susah dan sakitnya adalah kecil jika dibanding dengan nikmat syurga..

      Syukran...:)

      Delete
  2. menempuh sabar itu tak semudah menyebut abc.. tapi jika berjaya, hasilnya memang manis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Sheikh, dugaan yang berat mengundang hasil yang baik..

      Delete
  3. Assalamualaikum sahabat..

    selalu dtg ke sini tapi tak boleh nak tinggal komen... ntah macam mana lupa password blog... semoga sahabat sihat dan sentiasa dirahmati dan diberkati... terima kasih atas N3 yang sanggat memberi motivasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabat...

      Begitu rupa ceritanya, alhamdulillah saya di sini sihat, moga dirimu pun begitu juga.

      Terima kasih kembali..:)

      Delete
    2. Assalamualikum sahabat...

      Kunjung blog saya sebab ada cerita gembira nak kongsi ngan sahabat ...

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.