Friday, December 15, 2017

Bermuka-muka..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Sifat bermuka dua atau bermuka-muka adalah sifat yang sangat buruk di sisi moral dan agama. Sifat sedemikian
apabila di hadapan kita dia cakap sekian, tetapi di belakang kita dengan orang lain dia cakap lain pula.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mencela sesiapa yang mempunyai sifat yang keji ini. Dari Abu Hurairah
Radhiyallahu `anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam telah bersabda:

إنَّ شرَّ الناسِ ذو الوجهَينِ الذي يأتي هؤلاءِ بوجهٍ وهؤلاءِ بوجهٍ

“Sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah yang bermuka dua, yang mana dia datang pada suatu kaum dengan
muka sekian, dan dengan kelompok yang lain dia bermuka yang lain.” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu `anhu bahawa Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam telah bersabda:

إن من شَرّ الناسِ عندَ اللهِ يومَ القيامةِ ذا الوَجْهَينِ

“Sesungguhnya daripada seburuk-buruk manusia di sisi ALLAH pada Hari Kiamat ialah mereka yang bermuka dua.”
(HR at-Tirmidzi, katanya hasan sahih)

Dari Muhammad bin Zaid bahawasanya ada beberapa orang berkata kepada datuknya
`Abdullah bin `Umar Radhiyallahu `anhuma:

إنا نَدخُلُ على سُلاطينِنَا ، فنقولُ لهم خِلاف مانتكَلَّمُ إذا خَرَجْنا من عِندِهم
قال : كنا نَعُدُّ هذا نِفاقً على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم

“Sesungguhnya apabila kami datang ke hadapan para penguasa maka kami mengatakan kepada mereka lain
dengan apa yang kami katakan apabila kami keluar dari hadapan mereka.”

Kemudian `Abdullah bin `Umar berkata: “Pada masa Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam,
kami menganggap yang demikian itu termasuk perbuatan nifaq.” (HR al-Bukhari)

Berdasarkan hadith-hadith di atas, jelaslah kepada kita bahawa sifat bermuka dua atau bermuka-muka
sangat dibenci oleh Allah Ta`ala, sehingga Nabi Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam mengatakan
bahawa manusia yang bersifat sedemikian adalah seburuk-buruk manusia.

Manusia yang bermuka dua atau bermuka-muka ini boleh jadi bersifat demikian dengan tujuan untuk:

1. Melagakan manusia,
2. Meraih keuntungan dari dua pihak atau lebih,
3. Perhatian atau sokongan dari dua pihak atau lebih,
4. Supaya dipandang mulia oleh dua pihak yang berbeza atau lebih,
5. Menyembunyikan kebenaran,

Sifat begini mesti dihindari terutama dari ia wujud dalam diri kita sendiri. Menyedari bahawa kemungkinan
terdapat sebahagian ahli masyarakat kita yang bermuka dua, maka sewajarnya kita sentiasa berhati-hati
dengan maklumat dan berita yang kita kongsikan dengan seseorang. Sifat bermuka dua sangat memudharatkan
masyarakat, terutama jika sifat itu wujud dalam kalangan orang yang memimpin masyarakat.

Semoga Allah Ta`ala memelihara kita semua, amin…

7 comments:

  1. Assalamualaikum bang ...

    Bermuka muka ...
    Satu sifat penuh kepura- puraan yang tidak mudah dikesan. Tidak ikhlas dalam perhubungan dan mementingkan diri sendiri.
    Orang yang berwatak dua muka boleh memecah belahkan hubungan antara rakan yang lain .. apa lagi jika kita dapat tahu teman yang rapat mempunyai sifat bermuka dua ... bijak berlakon.
    Jangan mudah percaya ucapan orang yang bermuka dua memburukkan orang lain.
    Mudahan Allah lindungi kita terutama dari ia wujud dalam diri kita sendiri dan moga dijauhi bertemankan sahabat yang bersifat bermuka muka kelak merosakkan kehidupan kita.
    Semoga insan insan bermuka dua ini diberi petunjuk olehNya ..
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. zaman British dan Jepun dulu Mereka yg bermuka dua inilah yg telah membantu penjajah mengekalkan kuasa utk beberapa ketika.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum w.b.t..apa khabar sahabat :) Semoga sahabat sihat hendaknya..sentiasa dlm rahmat dan redhaNya ALLAh S.W.T..Aamiin..sungguh terlalu lama tidak menjengah di blog sahabat..

    Apapaun, Alhamdulillah..atas perkongsian ini..
    Semoga ALLAh menjauhkan kita semua dari sifat yang tercela ini..in shaa ALLAh ..Aamiin.

    ReplyDelete
  4. "Thank you for nice information
    Please visit our website unimuda and uhamka"

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.