Friday, April 01, 2011

Tutuplah makanan dan minuman


بسم الله الرحمن الرحيم

RASULULLAH s.a.w. pernah bersabda, “Tutuplah bekas makanan dan minuman kamu pada malam hari. Setiap tahun ada satu malam yang padanya diturunkan wabak. Tidak akan lalu (melintasi) wabak itu ke atas bekas makanan atau minuman yang tidak ditutup kecuali ia (wabak) masuk ke dalamnya.” [HR Muslim]

Dalam satu hadis lain Rasulullah s.a.w. menyebut, “Tutuplah bejana (makan/minuman) kamu pada waktu malam walaupun dengan sebatang lidi.”

Hadis yang dibincangkan berkenaan suruhan Rasulullah s.a.w. agar menutup bekas makanan dan minuman menunjukkan lafaz yang umum. Iaitu wabak (penyakit) diturunkan pada satu malam dalam setahun, dan tidak dinyatakan secara spesifik waktunya. Berbeza dengan malam al-Qadar yang diturunkan dalam tempoh tertentu pada bulan Ramadhan.

Hal ini bermakna menjadi kemestian kepada kita mengelakkan penyakit ini kerana tenaga dari langit berupa wabak merupakan sebahagian daripada tenaga yang jahat. Tenaga jahat ini apabila bertembung dengan unsur bumi akan kalah walaupun sebatang lidi tidak dapat menutup bekas secara keseluruhan. Maka apakah jika wabak itu tidak menjangkiti manusia, dia akan musnah? Tenaga ini akan berpindah ke alam lain dan datang semula pada waktu (suatu malam pada tahun berikutnya). Hal ini samalah dengan hayat buraq yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam peritiwa Isra'. Buraq itu asalnya pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Selang waktu antara Nabi Ibrahim a.s. dengan Nabi Muhammad s.a.w. ialah 31 tahun. Maka ke manakah buraq itu dalam tempoh yang begitu panjang? Jawabnya ia berpindah ke alam lain.

Dengan mencermati hadith di atas, dapat difahami bahawa menutup makanan dan minuman, dan disertai dengan bacaan Basmalah, dapat menjauhi dua penyebab utama bagi segala penyakit:

1. Perbuatan dan kejahatan syaitan.
2. Wabak penyakit yang turun dan menyebar melalui udara.

Imam An Nawawi berkata: "Para ulama' menyebutkan beberapa faedah dari perintah menutup makanan dan minuman, di antaranya yang ditegaskan pada hadith-hadith ini, iaitu:

1. Menjaganya (makanan dan minuman) dari syaitan, kerana syaitan tidak dapat menyingkap penutup makanan dan minuman sekali pun hanya dengan sebatang lidi.
2. Menjaganya dari wabah yang turun pada satu malam di setiap tahun.
3. Menjaganya makanan dan minuman dari terkena najis dan kotoran.
4. Menjaganya dari berbagai serangga dan binatang melata, kerana bisa saja serangga jatuh ke dalam bejana atau geribah, lalu ia meminumnya, sedangkan ia tidak menyedari kehadiran serangga tersebut, atau ia meminumnya pada malam hari, (sehingga ia tidak melihatnya) akibatnya ia terganggu dengan binatang tersebut."

Imam An Nawawi juga menjelaskan bahawa syari'at menutup makanan dan minuman bukan hanya berlaku pada malam hari, akan tetapi juga berlaku pada siang hari, berdasarkan keumuman teks hadith di atas.

Dalam hadith lainnya, Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu anhuma berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ


“Bila hari telah senja laranglah anak-anak keluar rumah, kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Dan bila sudah masuk sebahagian waktu malam maka biarkanlah mereka. Tutuplah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup (dengan menyebut nama Allah). Tutup semua kendi kalian dengan menyebut nama Allah dan tutuplah bejana kalian dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya, dan padamkan lentera kalian (ketika hendak tidur).” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Sekian, semoga ada manfaatnya.

73 comments:

  1. Assalamualaikum :)

    Moga kitak sentiasa dalam rahmatNya dan dianugerah kesihatan yang baik :)

    Terimakasih utk perkongsian ilmu yang terkadang kita menganggap perkara itu remeh/ringan sedangkan di sebaliknya ada ilmu yang berguna membentengi kita dari unsur kejahatan mahupun wabak...

    :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum saudara abdul razak..

    Moga kitak sentiasa sihat sejahtera dan dalam rahmat Allah selalu..

    Allah...saudara..saya kalau di ofis, memang tak tutup mug yang saya minum air milo pagi-pagi tu. Kekadang sampai ke tengah hari, jika masih lagi bersisa...

    InsyaAllah lepas ni, saya takkan biarkan mug saya terbiar macam tu, saya akan habiskan terus atau saya akan tutup.

    Terima kasih kitak, utk perkongsian berguna di pagi Jumaat yang mulia ni

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum ustaz,

    Nampak macam perkara biasa sahaja kalau kita tidak menghayatinya.

    Moga jadi panduan buat kakak dan anak-anak. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum en razak..
    lame rase tak kemari...terima kasih dgn info ni...

    alhamdulillah... saye sudah amalkan sejak dari dulu lagi...kene tutup ape jua makanan pun...

    ReplyDelete
  5. --> Pn Kartini

    وعليكم السلام ورحة الله..:)

    Alhamdulillah, kamek dah sihat, dah mula dengan rutin pagi tek. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kamek, moga kitak juak sentiasa dalam rahmat~Nya dan dianugerah kesihatan yang baik..:)

    Ya, pesanan Rasulullah s.a.w. ini sangat berguna untuk menjaga kesihatan kita dan menjauhi dari wabak yang beliau maksudkan..:)

    :):)

    ReplyDelete
  6. SALAM USTAZ RAZAK,
    SEPERTI BIASA, N3 USTAZ SENTIASA MEMBERIKAN PERINGATAN DAN PANDUAN KEPADA LF DAN KELUARGA. TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  7. --> Afida Anuar

    وعليكم السلام ورحة الله

    Moga kitak juak sentiasa sihat sejahtera dan dalam rahmat Allah selalu..

    Lepas ni saudari kenalah tutup kerana kejahatan syaitan tidak boleh kita nampak, boleh jadi ia kencingkan minuman kita yang tidak bertutup...Allahu Akhbar..

    Afwan..:)

    ReplyDelete
  8. --> Kakzakie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Perkaranya kecil tapi kesannya sangat besar...

    Insya Allah peringatan untuk saya juga

    ReplyDelete
  9. --> ainnoraini

    وعليكم السلام ورحة الله puan Ain

    Ya memang lama puan tidak ke mari..sama-sama puan.

    Alhamdulillah teruskan usaha menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum brother Razak
    memang terbaek jika makanan dan minuman
    ditutup utk mengelak dari berlakunya
    serangga dan perkara2 lain..

    mak selalu pesan jgn keluar waktu maghrib
    tak elok dan syaitan berkeliaran..
    sentiasa ambil ingatan itu...

    ReplyDelete
  11. --> luahfikiran

    وعليكم السلام ورحة الله

    Lama tak nampak Dato' bercuti ker? Terima kasih ziarah ke sini.

    Afwan..:)

    ReplyDelete
  12. --> Nur Misnan

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya Sister Nur, kadangkali kita terlupa akan peringatan Rasulullah ini kerana sungguh besar hikmah di dalam hadithnya..

    Thanks sis..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum
    terima kasih atas maklumat yang diberi
    semoga kita semua mendapat redha dari NYA

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    Perkongsian tazkirah yang sentiasa mengingatkan.

    Lakukan segalanya dengan menyebut kalimah basmalah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Assalammua'alaikum wrh wbt...

    Selamat pagi ya akhi... terima kasih atas peringatan.. perkara semudah tok pun kadang-kadang kita lupa.. tapi kelekaan atas yang mudah itulah puncanya satu bencana besar...

    Semoga kitak sentiasa diberkati dan dirahmati Allah hendaknya...

    Kudapan pagi yang bermanfaat..

    Syukran ya akhi...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum sdra..

    trime kasih atas peringatan ini..sdra telah mengingatkan saya akan kepentingan melindungi makanan kita..

    ReplyDelete
  17. --> intan.maisarah

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali. Moga Allah limpahkan segala nikmat~Nya kepada kita semua dengan redha.

    ReplyDelete
  18. --> ahmad humairi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih cikgu yang sentiasa ke sini mengutip khazanah yang Rasulullah s.a.w. tinggalkan untuk kita semua...

    ReplyDelete
  19. --> Ruby

    وعليكم السلام ورحة الله

    Syukran kitak cikgu kerana sentiasa mendoakan terbaik untuk kamek. Sik ada apa-apa yang kamek nak berikan hanyalah merupakan ilmu yang sedikit diperolehi setiap hari sebagai penunjuk jalan untuk kita hidup di dunia tok dan bekalan ke akhirat kelak.

    Moga Allah merahmati kitak juak..

    Afwan...:)

    ReplyDelete
  20. --> sahromnasrudin

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali wahai sahabatku yang dikasihi...moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Abd Razak.

    Semoga Abd Razak sihat. Seronok tengok saudara kembali aktif berblog.

    Terima kasih atas peringatan yang baik ni. Kadang2 kita terlalai melakukannya walaupun kita tahu.

    ReplyDelete
  22. assalamualikum:

    tima kasih kerana mengingatkan... baru tau tentang wabak tu

    ReplyDelete
  23. Assalmualaikum,

    Salam ziarah ke blog ustaz, :)

    Indahny Islam yang telah diatur oleh Allah dan segala pengajaran serta ilmu telah diberitahu kepada kita melalui rasulullah.

    Saya pernah diingatkan untuk menutup maknan sentiasa. Tapi tak tau pula sebabnya sehingga terbaca ayat di atas. :) Terima kasih atas perkongsian. :)

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum ustaz. terikasih di atas pengisian ilmu dan syariat yang bermunafaat ini. Semoga dengan mengikut sunnah ini kita akan sentiasa dilimpahi rahmatNya.

    ReplyDelete
  25. salam,

    memang banyak kali terlupa nak tutup makanan.
    terima kasih banyak yang tersurat dan tersirat di sebalik hadis cerita ini.

    Sekarang ini byk sgt kes atau wabak yang berlaku. Byk pula virus baru yang tetiba datang tanpa ada signal

    ReplyDelete
  26. Salam saudara Abdul Razak..
    semoga di berkati Allah selalu hendaknya..menutup makanan amalan pembersih..bukan sahaja wabak yang mungkin tidak kita kelihatan dengan mata kasar tetapi secara mata kasar lalat pembawa wabak contoh terbaik..sesungguhnya islam itu indah pada yang memahaminya..terima kasih perkongsian anda..jazakallah khairan..

    ReplyDelete
  27. salam alaik,

    oh, patutla nenek saya selalu marah saya tak tutup cawan berisi air,, kadang2 saya tinggalkan lama sebab membaca dan menelaah..jadi Nenek saya ambil pen saya dan di letakkan di atas cawan itu..

    dan baru sekarang saya jumpa hadith dan dalilnya..

    terima kasih..

    ReplyDelete
  28. Salam,

    Macamana nak cari email ustaz? Macamana nak contact ustaz? :P
    ada kala saya nak tanya beberapa ayat penjelasan bila tak berapa faham maksud secara peribadi.

    tronx013@gmail.com

    ReplyDelete
  29. --> Kunang-Kunang

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah kak, saya sihat dan saya ucapkan terima kasih mendoakan saya...

    Ya kak! Kadang perkara itu kita ketahui namun jika kurang diamalkan mudah kita lupa. Bila sudah dilazimi insya Allah kita akan sentiasa ingat dan buat.

    ReplyDelete
  30. --> cemomoi

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali..

    ReplyDelete
  31. as salam kitak...

    apa khabar kitak tek?
    kamek bait jak...mudahan kitak bait juak...

    aouklah, kene selalu tutup bekas makanan atau minuman kita...mun dibiar, banyak ancaman yang akan menyinggah...

    ada dalam satu jamuan, caterer tu lupa tutup satu bekas makanan berisi lauk ikan, tiba saat kami nak makan...terkejut tgk tahi lalat penuh atas lauk ikan tu..isshh..sangat rugi kan? akhirnya lauk itu dibuang begitu saja...nak kata apa ...takkan nak makan..



    p/s: kenak kitak senyap jak oowwhhh??

    ReplyDelete
  32. salam

    beberapa hari y lepas sy ada menegur rakan saya kerana membiarkan makanan terdedah..bila saya berbicara tentang hal ini, dia ckp betul ke? hah....

    ReplyDelete
  33. Assalam Tuan Haji,

    Ayah saya selalu pesan dan ingatkan hadis ni pada kami sekeluarga..

    ReplyDelete
  34. salam Tn. Razak,
    first time saya singgah sini, bagus betul, byk prkongsian bermakna, mmg betulpun, perkongsian tn ini...alhamdullillah, kami dh lama amalkan ini, suami selalu menginggatkan sejak dulu....

    ReplyDelete
  35. --> tronx013

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih ziarah ke sini.

    Alhamdulillah atas nikmat Islam yang dipanjangkan Rasulullah s.a.w kepada kita semua. Tiada daya dan upayanya kita melainkan atas pertolongan Allah Taala.

    ReplyDelete
  36. --> DrSam

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali Doc. Semua pengajaran dari Hadith Rasulullah s.a.w. mendatangkan kebaikan buat kita semua.

    ReplyDelete
  37. --> ikan emas

    وعليكم السلام ورحة الله

    Lepas ni harap takderlah kes terlupa lagi ya IE..:)

    ReplyDelete
  38. Saya selalu cuai mengenai perkara ini..

    Hotel ayam

    ReplyDelete
  39. --> zulkbo

    وعليكم السلام ورحة الله

    Semoga sdra di berkati Allah selalu hendaknya..

    Semuanya yang Rasulullah s.a.w. ajarkan kepada kita baiknya suruhan, tegahan, dan sebagainya semuanya ada kebaikan bagi kita. Tidaklah Rasulullah s.a.w. itu diutuskan melainkan rahmat kepada seluruh alam ini.

    ReplyDelete
  40. --> Mutiara Bernilai

    وعليكم السلام ورحة الله

    Barangkali waktu itu saudari tidak bertanya kenapa ya? Melihat nenek berbuat demikian mungkin tidak terbayang apa hikmah di sebalik ia buat begitu...

    Terima kasih kembali nanti datang lagi ya!

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum saudra Abd razak,semoga saudara dalam kesihatan yang baik jua.
    terima aksih atas perkongsian ini.benar kan, andai amkanan dibiarkan terdedah, ia sangat tidak bagus,termasuklah dari segi kesihatan.dan kesihatan rohani itu yang perlu kita jaga jua.
    sekian,wassalam

    ReplyDelete
  42. --> tronx013

    وعليكم السلام ورحة الله

    Insya Allah nanti saya email saudara..

    ReplyDelete
  43. --> Adinda Amy Sensei

    وعليكم السلام ورحة الله

    alhamdulillah kamek bait jak tok..
    kitak tek apa khabar?
    harap kitak bait..
    kamek baruk jak bait tok..
    minggu ya tek nang sik sihat gilak..
    yalah senyap jak lamak tok..
    jangan kitak sedih..
    kelak mek ngabas blog kitak..

    ReplyDelete
  44. --> sissyira

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya walaupun perkara ni nampak mudah tapi kesannya amat banyak, sebab itu Rasulullah s.a.w. mendatangkan hadith ini untuk kita hayati dan amalkan...

    ReplyDelete
  45. --> Hunny

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah, ayah hunny ambil berat terhadap keluarganya

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum.

    Selama ini mungkin ada dalam kalangan kita yang tutup bekas makanan dan kinuman hanya kerana untuk menghindari lalat. Alhamdulillah dengan perkongsian ini, kita tahu bahawa ia dianjurkan dalam Islam, dan ada kebaikan yang tersembunyi.

    Semoga diberkati Allah.
    TQ

    ReplyDelete
  47. mtk shre ye...utk manfaat bersama.....

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum wbth...


    Salam ziarah…
    Jemput singgah di blog baru Sumanje
    Tentang Malaysia
    Terima kasih atas kunjungan anda
    Semoga Ceria selalu dan happy blogging
    Dari ~~~SuManje~~~~~~~~~…………………

    :)..

    ReplyDelete
  49. Maaf lama suManje menyepikan diri....

    ReplyDelete
  50. --> Norsha

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini

    ReplyDelete
  51. --> Miecyber

    Moga Allah beri kekuatan untuk berhati-hati dalam semua perkara..

    ReplyDelete
  52. --> ummu

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah saya sihat, semoga ummu juga dalam kesihatan yang baik jua.

    Terima kasih kembali ya ummu..

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum. syukran tuan atas pesanan. kekadang benda yg Rasulullah buat mmg kelihatan 'simple' tapi masih juga terlupa membuatnya...itu ana le tuh

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum sahabatku :)

    Alhamdulillah..peringatan yang baik..tidak ramai yang mengetahui bagaimana syaitan boleh memasuki pada diri setiap insan.

    Diharap sahabat sudah kembali sihat..

    ReplyDelete
  55. salam saudara razak.... terima kasih atas n3 nie makin bertambah ilmu....semoga sihat dan bahagia selalu

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum ustaz khaifahaluka..salam ziarah dan ukhwah eja follow ustaz..sila la ziarah blog eja yg x seberapa tu..syuqran jazilan :)

    ReplyDelete
  57. salam sahabat ^_^

    moge sihat sahabat...byknyee saya ketinggalan, insyaALLAH...akan cuba...^_^

    baru saya tau pasal wabak penyakit niii, ingatkan saje2 org tua dulu2 suruh tutup makanan...syukran sahabat ^_^

    ReplyDelete
  58. As'salammualaikum ustaz..

    Terima kasih di atas perkongsian ini. Sekurang2nya ustaz dapat mengingatkan saya akan kepentingan melindungi makanan...

    ReplyDelete
  59. --> Admin P@P

    وعليكم السلام ورحة الله

    Ya cikgu, kita harus pandang serius dengan anjuran ini kerana ia melibatkan kesihatan.

    Afwan..

    ReplyDelete
  60. --> ~~su manje~~~

    وعليكم السلام ورحة الله

    Insya Allah akan cuba luangkan masa untuk ke sana..

    ReplyDelete
  61. --> ~~su manje~~~

    Takperlah tu...ada sebabnya

    ReplyDelete
  62. --> nahmy

    وعليكم السلام ورحة الله

    Afwan...ya nampak mudah tapi ia mengandungi hikmahnya tersendiri

    ReplyDelete
  63. --> Arianni

    Wa'alaikumusalam sahabatku.. :)

    Ya Rasulullah s.a.w. sudah mengingati perkara ini 1400 tahun yang lampau, mengetahui akan wabak itu dan disampaikan kepada kita semua melalui hadithnya..

    Alhamdulillah saya dah sihat..

    ReplyDelete
  64. --> atie

    وعليكم السلام ورحة الله

    Sama-sama atie...alhamdulillah atas kurnia kesihatan dari~Nya..

    ReplyDelete
  65. --> EJA

    وعليكم السلام ورحة الله

    Alhamdulillah bikhair...ya insya Allah...afwan..

    ReplyDelete
  66. --> cun09

    وعليكم السلام ورحة الله sahabat ^_^

    Moga sahabat sihat juga di sana...

    Pengajarannya sangat bermakna buat kita semua..

    Afwan sahabat ^_^

    ReplyDelete
  67. --> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    وعليكم السلام ورحة الله

    Welcome..

    ReplyDelete
  68. --> Amy Syaquena

    وعليكم السلام ورحة الله

    Terima kasih kembali. Moga terus diamalkan...

    ReplyDelete
  69. Salam, ustaz.

    Oh, baru saya tahu, rupanya kita kena tutup makanan/ minuman waktu malam hatta sebatang lidi.

    Terima kasih atas perkongsian ini ye ustaz. Saya akan amalkan, insyaallah.

    ReplyDelete
  70. As Salam Ustaz..
    Mohon share ya..
    terimakasih

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.