بسم الله الرحمن الرحيم
RASULULLAH s.a.w. pernah bersabda, “Tutuplah bekas makanan dan minuman kamu pada malam hari. Setiap tahun ada satu malam yang padanya diturunkan wabak. Tidak akan lalu (melintasi) wabak itu ke atas bekas makanan atau minuman yang tidak ditutup kecuali ia (wabak) masuk ke dalamnya.” [HR Muslim]
Dalam satu hadis lain Rasulullah s.a.w. menyebut, “Tutuplah bejana (makan/minuman) kamu pada waktu malam walaupun dengan sebatang lidi.”
Hadis yang dibincangkan berkenaan suruhan Rasulullah s.a.w. agar menutup bekas makanan dan minuman menunjukkan lafaz yang umum. Iaitu wabak (penyakit) diturunkan pada satu malam dalam setahun, dan tidak dinyatakan secara spesifik waktunya. Berbeza dengan malam al-Qadar yang diturunkan dalam tempoh tertentu pada bulan Ramadhan.
Hal ini bermakna menjadi kemestian kepada kita mengelakkan penyakit ini kerana tenaga dari langit berupa wabak merupakan sebahagian daripada tenaga yang jahat. Tenaga jahat ini apabila bertembung dengan unsur bumi akan kalah walaupun sebatang lidi tidak dapat menutup bekas secara keseluruhan. Maka apakah jika wabak itu tidak menjangkiti manusia, dia akan musnah? Tenaga ini akan berpindah ke alam lain dan datang semula pada waktu (suatu malam pada tahun berikutnya). Hal ini samalah dengan hayat buraq yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam peritiwa Isra'. Buraq itu asalnya pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Selang waktu antara Nabi Ibrahim a.s. dengan Nabi Muhammad s.a.w. ialah 31 tahun. Maka ke manakah buraq itu dalam tempoh yang begitu panjang? Jawabnya ia berpindah ke alam lain.
Dengan mencermati hadith di atas, dapat difahami bahawa menutup makanan dan minuman, dan disertai dengan bacaan Basmalah, dapat menjauhi dua penyebab utama bagi segala penyakit:
1. Perbuatan dan kejahatan syaitan.
2. Wabak penyakit yang turun dan menyebar melalui udara.
Imam An Nawawi berkata: "Para ulama' menyebutkan beberapa faedah dari perintah menutup makanan dan minuman, di antaranya yang ditegaskan pada hadith-hadith ini, iaitu:
1. Menjaganya (makanan dan minuman) dari syaitan, kerana syaitan tidak dapat menyingkap penutup makanan dan minuman sekali pun hanya dengan sebatang lidi.
2. Menjaganya dari wabah yang turun pada satu malam di setiap tahun.
3. Menjaganya makanan dan minuman dari terkena najis dan kotoran.
4. Menjaganya dari berbagai serangga dan binatang melata, kerana bisa saja serangga jatuh ke dalam bejana atau geribah, lalu ia meminumnya, sedangkan ia tidak menyedari kehadiran serangga tersebut, atau ia meminumnya pada malam hari, (sehingga ia tidak melihatnya) akibatnya ia terganggu dengan binatang tersebut."
Imam An Nawawi juga menjelaskan bahawa syari'at menutup makanan dan minuman bukan hanya berlaku pada malam hari, akan tetapi juga berlaku pada siang hari, berdasarkan keumuman teks hadith di atas.
Dalam hadith lainnya, Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu anhuma berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ أَوْ أَمْسَيْتُمْ فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةٌ مِنْ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ وَأَغْلِقُوا الْأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا وَأَوْكُوا قِرَبَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَخَمِّرُوا آنِيَتَكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهَا شَيْئًا وَأَطْفِئُوا مَصَابِيحَكُمْ
“Bila hari telah senja laranglah anak-anak keluar rumah, kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Dan bila sudah masuk sebahagian waktu malam maka biarkanlah mereka. Tutuplah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup (dengan menyebut nama Allah). Tutup semua kendi kalian dengan menyebut nama Allah dan tutuplah bejana kalian dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya, dan padamkan lentera kalian (ketika hendak tidur).” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]
Sekian, semoga ada manfaatnya.

Assalamualaikum :)
ReplyDeleteMoga kitak sentiasa dalam rahmatNya dan dianugerah kesihatan yang baik :)
Terimakasih utk perkongsian ilmu yang terkadang kita menganggap perkara itu remeh/ringan sedangkan di sebaliknya ada ilmu yang berguna membentengi kita dari unsur kejahatan mahupun wabak...
:)
Assalamualaikum saudara abdul razak..
ReplyDeleteMoga kitak sentiasa sihat sejahtera dan dalam rahmat Allah selalu..
Allah...saudara..saya kalau di ofis, memang tak tutup mug yang saya minum air milo pagi-pagi tu. Kekadang sampai ke tengah hari, jika masih lagi bersisa...
InsyaAllah lepas ni, saya takkan biarkan mug saya terbiar macam tu, saya akan habiskan terus atau saya akan tutup.
Terima kasih kitak, utk perkongsian berguna di pagi Jumaat yang mulia ni
Assalamu'alaikum ustaz,
ReplyDeleteNampak macam perkara biasa sahaja kalau kita tidak menghayatinya.
Moga jadi panduan buat kakak dan anak-anak. Terima kasih.
Assalamu'alaikum en razak..
ReplyDeletelame rase tak kemari...terima kasih dgn info ni...
alhamdulillah... saye sudah amalkan sejak dari dulu lagi...kene tutup ape jua makanan pun...
--> Pn Kartini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله..:)
Alhamdulillah, kamek dah sihat, dah mula dengan rutin pagi tek. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kamek, moga kitak juak sentiasa dalam rahmat~Nya dan dianugerah kesihatan yang baik..:)
Ya, pesanan Rasulullah s.a.w. ini sangat berguna untuk menjaga kesihatan kita dan menjauhi dari wabak yang beliau maksudkan..:)
:):)
SALAM USTAZ RAZAK,
ReplyDeleteSEPERTI BIASA, N3 USTAZ SENTIASA MEMBERIKAN PERINGATAN DAN PANDUAN KEPADA LF DAN KELUARGA. TERIMA KASIH
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga kitak juak sentiasa sihat sejahtera dan dalam rahmat Allah selalu..
Lepas ni saudari kenalah tutup kerana kejahatan syaitan tidak boleh kita nampak, boleh jadi ia kencingkan minuman kita yang tidak bertutup...Allahu Akhbar..
Afwan..:)
--> Kakzakie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Perkaranya kecil tapi kesannya sangat besar...
Insya Allah peringatan untuk saya juga
--> ainnoraini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله puan Ain
Ya memang lama puan tidak ke mari..sama-sama puan.
Alhamdulillah teruskan usaha menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.
Assalamualaikum brother Razak
ReplyDeletememang terbaek jika makanan dan minuman
ditutup utk mengelak dari berlakunya
serangga dan perkara2 lain..
mak selalu pesan jgn keluar waktu maghrib
tak elok dan syaitan berkeliaran..
sentiasa ambil ingatan itu...
--> luahfikiran
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Lama tak nampak Dato' bercuti ker? Terima kasih ziarah ke sini.
Afwan..:)
--> Nur Misnan
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya Sister Nur, kadangkali kita terlupa akan peringatan Rasulullah ini kerana sungguh besar hikmah di dalam hadithnya..
Thanks sis..
assalamualaikum
ReplyDeleteterima kasih atas maklumat yang diberi
semoga kita semua mendapat redha dari NYA
Assalamualaikum,
ReplyDeletePerkongsian tazkirah yang sentiasa mengingatkan.
Lakukan segalanya dengan menyebut kalimah basmalah. Terima kasih.
Assalammua'alaikum wrh wbt...
ReplyDeleteSelamat pagi ya akhi... terima kasih atas peringatan.. perkara semudah tok pun kadang-kadang kita lupa.. tapi kelekaan atas yang mudah itulah puncanya satu bencana besar...
Semoga kitak sentiasa diberkati dan dirahmati Allah hendaknya...
Kudapan pagi yang bermanfaat..
Syukran ya akhi...
assalamualaikum sdra..
ReplyDeletetrime kasih atas peringatan ini..sdra telah mengingatkan saya akan kepentingan melindungi makanan kita..
--> intan.maisarah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali. Moga Allah limpahkan segala nikmat~Nya kepada kita semua dengan redha.
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih cikgu yang sentiasa ke sini mengutip khazanah yang Rasulullah s.a.w. tinggalkan untuk kita semua...
--> Ruby
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Syukran kitak cikgu kerana sentiasa mendoakan terbaik untuk kamek. Sik ada apa-apa yang kamek nak berikan hanyalah merupakan ilmu yang sedikit diperolehi setiap hari sebagai penunjuk jalan untuk kita hidup di dunia tok dan bekalan ke akhirat kelak.
Moga Allah merahmati kitak juak..
Afwan...:)
--> sahromnasrudin
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali wahai sahabatku yang dikasihi...moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..
Assalamualaikum Abd Razak.
ReplyDeleteSemoga Abd Razak sihat. Seronok tengok saudara kembali aktif berblog.
Terima kasih atas peringatan yang baik ni. Kadang2 kita terlalai melakukannya walaupun kita tahu.
assalamualikum:
ReplyDeletetima kasih kerana mengingatkan... baru tau tentang wabak tu
Assalmualaikum,
ReplyDeleteSalam ziarah ke blog ustaz, :)
Indahny Islam yang telah diatur oleh Allah dan segala pengajaran serta ilmu telah diberitahu kepada kita melalui rasulullah.
Saya pernah diingatkan untuk menutup maknan sentiasa. Tapi tak tau pula sebabnya sehingga terbaca ayat di atas. :) Terima kasih atas perkongsian. :)
Assalamualaikum ustaz. terikasih di atas pengisian ilmu dan syariat yang bermunafaat ini. Semoga dengan mengikut sunnah ini kita akan sentiasa dilimpahi rahmatNya.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletememang banyak kali terlupa nak tutup makanan.
terima kasih banyak yang tersurat dan tersirat di sebalik hadis cerita ini.
Sekarang ini byk sgt kes atau wabak yang berlaku. Byk pula virus baru yang tetiba datang tanpa ada signal
Salam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletesemoga di berkati Allah selalu hendaknya..menutup makanan amalan pembersih..bukan sahaja wabak yang mungkin tidak kita kelihatan dengan mata kasar tetapi secara mata kasar lalat pembawa wabak contoh terbaik..sesungguhnya islam itu indah pada yang memahaminya..terima kasih perkongsian anda..jazakallah khairan..
salam alaik,
ReplyDeleteoh, patutla nenek saya selalu marah saya tak tutup cawan berisi air,, kadang2 saya tinggalkan lama sebab membaca dan menelaah..jadi Nenek saya ambil pen saya dan di letakkan di atas cawan itu..
dan baru sekarang saya jumpa hadith dan dalilnya..
terima kasih..
Salam,
ReplyDeleteMacamana nak cari email ustaz? Macamana nak contact ustaz? :P
ada kala saya nak tanya beberapa ayat penjelasan bila tak berapa faham maksud secara peribadi.
tronx013@gmail.com
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah kak, saya sihat dan saya ucapkan terima kasih mendoakan saya...
Ya kak! Kadang perkara itu kita ketahui namun jika kurang diamalkan mudah kita lupa. Bila sudah dilazimi insya Allah kita akan sentiasa ingat dan buat.
--> cemomoi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali..
as salam kitak...
ReplyDeleteapa khabar kitak tek?
kamek bait jak...mudahan kitak bait juak...
aouklah, kene selalu tutup bekas makanan atau minuman kita...mun dibiar, banyak ancaman yang akan menyinggah...
ada dalam satu jamuan, caterer tu lupa tutup satu bekas makanan berisi lauk ikan, tiba saat kami nak makan...terkejut tgk tahi lalat penuh atas lauk ikan tu..isshh..sangat rugi kan? akhirnya lauk itu dibuang begitu saja...nak kata apa ...takkan nak makan..
p/s: kenak kitak senyap jak oowwhhh??
salam
ReplyDeletebeberapa hari y lepas sy ada menegur rakan saya kerana membiarkan makanan terdedah..bila saya berbicara tentang hal ini, dia ckp betul ke? hah....
Assalam Tuan Haji,
ReplyDeleteAyah saya selalu pesan dan ingatkan hadis ni pada kami sekeluarga..
salam Tn. Razak,
ReplyDeletefirst time saya singgah sini, bagus betul, byk prkongsian bermakna, mmg betulpun, perkongsian tn ini...alhamdullillah, kami dh lama amalkan ini, suami selalu menginggatkan sejak dulu....
--> tronx013
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih ziarah ke sini.
Alhamdulillah atas nikmat Islam yang dipanjangkan Rasulullah s.a.w kepada kita semua. Tiada daya dan upayanya kita melainkan atas pertolongan Allah Taala.
--> DrSam
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali Doc. Semua pengajaran dari Hadith Rasulullah s.a.w. mendatangkan kebaikan buat kita semua.
--> ikan emas
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Lepas ni harap takderlah kes terlupa lagi ya IE..:)
Saya selalu cuai mengenai perkara ini..
ReplyDeleteHotel ayam
--> zulkbo
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga sdra di berkati Allah selalu hendaknya..
Semuanya yang Rasulullah s.a.w. ajarkan kepada kita baiknya suruhan, tegahan, dan sebagainya semuanya ada kebaikan bagi kita. Tidaklah Rasulullah s.a.w. itu diutuskan melainkan rahmat kepada seluruh alam ini.
--> Mutiara Bernilai
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Barangkali waktu itu saudari tidak bertanya kenapa ya? Melihat nenek berbuat demikian mungkin tidak terbayang apa hikmah di sebalik ia buat begitu...
Terima kasih kembali nanti datang lagi ya!
assalamualaikum saudra Abd razak,semoga saudara dalam kesihatan yang baik jua.
ReplyDeleteterima aksih atas perkongsian ini.benar kan, andai amkanan dibiarkan terdedah, ia sangat tidak bagus,termasuklah dari segi kesihatan.dan kesihatan rohani itu yang perlu kita jaga jua.
sekian,wassalam
--> tronx013
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Insya Allah nanti saya email saudara..
--> Adinda Amy Sensei
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
alhamdulillah kamek bait jak tok..
kitak tek apa khabar?
harap kitak bait..
kamek baruk jak bait tok..
minggu ya tek nang sik sihat gilak..
yalah senyap jak lamak tok..
jangan kitak sedih..
kelak mek ngabas blog kitak..
--> sissyira
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya walaupun perkara ni nampak mudah tapi kesannya amat banyak, sebab itu Rasulullah s.a.w. mendatangkan hadith ini untuk kita hayati dan amalkan...
--> Hunny
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah, ayah hunny ambil berat terhadap keluarganya
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSelama ini mungkin ada dalam kalangan kita yang tutup bekas makanan dan kinuman hanya kerana untuk menghindari lalat. Alhamdulillah dengan perkongsian ini, kita tahu bahawa ia dianjurkan dalam Islam, dan ada kebaikan yang tersembunyi.
Semoga diberkati Allah.
TQ
mtk shre ye...utk manfaat bersama.....
ReplyDeleteAssalamualaikum wbth...
ReplyDeleteSalam ziarah…
Jemput singgah di blog baru Sumanje
Tentang Malaysia
Terima kasih atas kunjungan anda
Semoga Ceria selalu dan happy blogging
Dari ~~~SuManje~~~~~~~~~…………………
:)..
Maaf lama suManje menyepikan diri....
ReplyDelete--> Norsha
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini
--> Miecyber
ReplyDeleteMoga Allah beri kekuatan untuk berhati-hati dalam semua perkara..
--> ummu
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya sihat, semoga ummu juga dalam kesihatan yang baik jua.
Terima kasih kembali ya ummu..
assalamualaikum. syukran tuan atas pesanan. kekadang benda yg Rasulullah buat mmg kelihatan 'simple' tapi masih juga terlupa membuatnya...itu ana le tuh
ReplyDeleteAssalamualaikum sahabatku :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..peringatan yang baik..tidak ramai yang mengetahui bagaimana syaitan boleh memasuki pada diri setiap insan.
Diharap sahabat sudah kembali sihat..
salam saudara razak.... terima kasih atas n3 nie makin bertambah ilmu....semoga sihat dan bahagia selalu
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz khaifahaluka..salam ziarah dan ukhwah eja follow ustaz..sila la ziarah blog eja yg x seberapa tu..syuqran jazilan :)
ReplyDeletesalam sahabat ^_^
ReplyDeletemoge sihat sahabat...byknyee saya ketinggalan, insyaALLAH...akan cuba...^_^
baru saya tau pasal wabak penyakit niii, ingatkan saje2 org tua dulu2 suruh tutup makanan...syukran sahabat ^_^
salam bro
ReplyDeletethx.postnya amat bermaklumat
As'salammualaikum ustaz..
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ini. Sekurang2nya ustaz dapat mengingatkan saya akan kepentingan melindungi makanan...
--> Admin P@P
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya cikgu, kita harus pandang serius dengan anjuran ini kerana ia melibatkan kesihatan.
Afwan..
--> green garden
ReplyDeleteYa silakan...
--> ~~su manje~~~
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Insya Allah akan cuba luangkan masa untuk ke sana..
--> ~~su manje~~~
ReplyDeleteTakperlah tu...ada sebabnya
--> nahmy
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Afwan...ya nampak mudah tapi ia mengandungi hikmahnya tersendiri
--> Arianni
ReplyDeleteWa'alaikumusalam sahabatku.. :)
Ya Rasulullah s.a.w. sudah mengingati perkara ini 1400 tahun yang lampau, mengetahui akan wabak itu dan disampaikan kepada kita semua melalui hadithnya..
Alhamdulillah saya dah sihat..
--> atie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sama-sama atie...alhamdulillah atas kurnia kesihatan dari~Nya..
--> EJA
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah bikhair...ya insya Allah...afwan..
--> cun09
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله sahabat ^_^
Moga sahabat sihat juga di sana...
Pengajarannya sangat bermakna buat kita semua..
Afwan sahabat ^_^
--> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Welcome..
--> Amy Syaquena
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali. Moga terus diamalkan...
Salam, ustaz.
ReplyDeleteOh, baru saya tahu, rupanya kita kena tutup makanan/ minuman waktu malam hatta sebatang lidi.
Terima kasih atas perkongsian ini ye ustaz. Saya akan amalkan, insyaallah.
As Salam Ustaz..
ReplyDeleteMohon share ya..
terimakasih
Wa'alaikumusalam...
DeleteYa silakan..