TIPUAN PALSU
Aku melihat tipu muslihat dunia,
tatkala ia hinggap di atas kepala-kepala manusia,
dan membincangkan manusia-manusia yang terkena tipunya.
Bagi mereka,
Orang sepertiku tampak amat tak berharga.
Aku disamakan olehnya,
dengan anak kecil yang sedang bermain di jalanan.
MENCINTAI AKHIRAT
Duhai orang yang senang memeluk dunia fana,
Yang tak kenal pagi dan sore dalam mencari dunia,
Hendaklah engkau tinggalkan pelukan mesramu,
kepada duniamu itu.
Kerana kelak engkau akan berpelukan,
Dengan bidadari di syurga.
Apabila engkau harap menjadi penghuni syurga abadi,
maka hindarilah jalan menuju api neraka.
RENDAH HATI
Bagaimana mungkin kita dapat sampai ke Sa’ad,
Sementara di sekitarnya terdapat gunung-gunung
dan tebing-tebing. Padahal aku tak beralas kaki,
dan tak berkenderaan.
Tanganku pun kosong dan,
jalan ke sana amat mengerikan.
TENTANG CINTA
Engkau durhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada~Nya.
Ini adalah suatu kemustahilan.
Apabila benar engkau mencintai~Nya,
pastilah engkau taati semua perintah~Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,
Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.
Dia telah kirimkan nikmat~Nya kepadamu,
setiap saat dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada~Nya.
KEPUASAN (QANA'AH)
Aku melihat bahawa kepuasan itu pangkal kekayaan,
lalu kupegang erat-erat hujungnya.
Aku ingin menjadi orang kaya tanpa harta,
dan memerintah bak seorang raja.
ANUGERAH ALLAH
Aku melihat~Mu pada saat penciptaanku,
yang penuh dengan anugerah.
Engkaulah sumber satu-satunya,
pada saat penciptaanku.
Hindarkan aku dari anugerah yang buruk.
Kerana sepotong kehidupan telah cukup bagiku,
hingga saat Engkau mematikanku.
Sumber : Sufinews.com
Aku melihat tipu muslihat dunia,
tatkala ia hinggap di atas kepala-kepala manusia,
dan membincangkan manusia-manusia yang terkena tipunya.
Bagi mereka,
Orang sepertiku tampak amat tak berharga.
Aku disamakan olehnya,
dengan anak kecil yang sedang bermain di jalanan.
MENCINTAI AKHIRAT
Duhai orang yang senang memeluk dunia fana,
Yang tak kenal pagi dan sore dalam mencari dunia,
Hendaklah engkau tinggalkan pelukan mesramu,
kepada duniamu itu.
Kerana kelak engkau akan berpelukan,
Dengan bidadari di syurga.
Apabila engkau harap menjadi penghuni syurga abadi,
maka hindarilah jalan menuju api neraka.
RENDAH HATI
Bagaimana mungkin kita dapat sampai ke Sa’ad,
Sementara di sekitarnya terdapat gunung-gunung
dan tebing-tebing. Padahal aku tak beralas kaki,
dan tak berkenderaan.
Tanganku pun kosong dan,
jalan ke sana amat mengerikan.
TENTANG CINTA
Engkau durhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada~Nya.
Ini adalah suatu kemustahilan.
Apabila benar engkau mencintai~Nya,
pastilah engkau taati semua perintah~Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,
Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.
Dia telah kirimkan nikmat~Nya kepadamu,
setiap saat dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada~Nya.
KEPUASAN (QANA'AH)
Aku melihat bahawa kepuasan itu pangkal kekayaan,
lalu kupegang erat-erat hujungnya.
Aku ingin menjadi orang kaya tanpa harta,
dan memerintah bak seorang raja.
ANUGERAH ALLAH
Aku melihat~Mu pada saat penciptaanku,
yang penuh dengan anugerah.
Engkaulah sumber satu-satunya,
pada saat penciptaanku.
Hindarkan aku dari anugerah yang buruk.
Kerana sepotong kehidupan telah cukup bagiku,
hingga saat Engkau mematikanku.
Sumber : Sufinews.com
IKUTI MAJLIS ILMU 'TURATH ULAMA' DI TV 1
Setiap hari Selasa jam 6.30 petang
Kitab Faridatul Faraid Fi ‘Ilmil ‘Aqaid karangan
Ahmad Ibn Muhammad Zain ibn Mushtofa ibn Muhammad Al-Fatoni
Disyarahkan oleh Ustaz Azhar Hasyim
Sila muat turun Kitabnya di SINI
Setiap hari Rabu jam 6.30 petang
Kitab Munyatul Musolli karangan
Al-'Allamah Syeikh Daud ibn 'Abdullah Al-Husaini Al-Fatoni
Disyarahkan oleh Ustaz Abd Halim Saad
Sila muat turun Kitabnya di SINI
Assalamualaikum saudara abdul razak.
ReplyDeletemoga saudara sentiasa sihat2 aja di sana...
thanks saudara sudi berkongsi...biar pun kita menginap di dunia, tapi jangan lah dunia menginap di hati kita...Allahualam..
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sihat dan sentiasa dalam redha Allah SWT.
Indahnya jika dapat menjadikan cinta kita hanya kepadaNya ; lalu dengan itu semua akan menjadi indah keranaNya. Bila begitu semuanya akan menjadi baik. Kita gunakan dunia untuk jambatan ke akhirat.
Terima kasih kerana berkongsi.
Salam... Terima kasih ngan info tok... Kmk asa perlu d ubah gik waktunya.. Time nak maghrib sidak tok molah rancangan kedak ya...
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletesetiap pemberianNya adalah nikmat maka wajib kita mensyukuri nikmat itu, semoga kita tidak lalai dalam kenikmatan dunia semata2...jadilah pencinta yg sejati.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMoga saudara juga terus berpesan,
menyampaikan kebenaran,
dengan kesabaran.
Terima kasih atas pesanan.
asalamualaikum sdra..terima kasih atas peringatan dan maklumat yang sdra sampaikan ini..sesungguhnya ia sangat bermanfaat...
ReplyDeleteMemang dunia ini banyak tarikan dan dugaan...
ReplyDeleteIkan Patin Temerloh
Assalamualaikum ustaz. alhamdulillah dan terimakasih ustaz kerana berkongsi pesanan-pesanan yang amat baik sekali dari seorang ilmuan Islam yang terkenal. Semoga memberi munafaat kepada semua.
ReplyDeleteAssalamualaikum Abd Razak,
ReplyDeleteSemoga sihat.
Sayangkan dunia begitu sukar dikikis dari hati.
Apa pun masih terus berusaha.
Assalamualaikum sahabatku :)
ReplyDeletePesanan yang baik..walaupun dunia ini tempat yang indah lagi mengkhayalkan namun tempat di akhirat jangan dilupakan...disana ada gedung yang terdapat ramai bidadari, disana juga ada azab yang sangat pedih!
Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati dan melindungimu..
Assalamualaikum
ReplyDeleteterima kasih utk link2 itu..
sangat bermanafaat =)
moga Allah berikan yang baik2
sahaja buat saudara ~
Assalamualaikum:)
ReplyDeleteMoga kitak dianugerahkan kesihatan yang baik dan dirahmatiNya selalu:)
Sungguh bermakna Pesan Imam As-Syafiee yang menjurus kita utk merenung dan muhasabahkan diri agar tidak terus hanyut dalam arus keduniaan semata2....
:)tksh ya:)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian dan info ini
semoga ustaz terus diberi kesihatan yang baik untuk terus dapat memberi ingatan dan panduan
Alhamdulilah.. terima kasih
ReplyDeletedengan peringatan ini..
terkadang kita lalai tanpa sedar
terkadang kita lupa tanpa diingat..
ingatan yg terbaik brother..
Salam Tn razak,
ReplyDeleteMasyaAllah, kata-kata yang sangat indah........lagi menginsafkan...
hubbud dunya wa karahatul maut... kita lupa wanita itu (dunia) sudah terlalu tua untuk kita cintai
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbh ustaz... semoga ustaz sekeluarga sihat walafiat selalu hendaknya...
ReplyDeleteLama jugak ana tak menjengok ke sini akibat keletihan kerja berulang-alik KL-Seremban...
terimakasih banyak atas entry2 ustaz dan info ceramah di TV1 tu. malangnya ana mungkin tak berkesempatan kerana waktu itu (6.30pm) ana sedang menunggu bas untuk pulang ke seremban... insyaALLAH akan ditinggalkan pesan kepada anak2 & isteri ana di rumah...
terimakasih banyak2 ustaz...
wassalam
Assalamu'alaikum wbt,
ReplyDeleteBesarnya peringatan melalui pesan Imam As-Syafiee ini, moga kita semua bukan sekadar membacanya, tetapi berusaha sekuat mungkin untuk beramal apa-apa yang dituntut oleh ISLAM 'deen yang mulia ini'.
Syukran atas perkongsian ini ya sahabat, Moga ALLAH kurniakan kemanisan iman dalam beribadat kepadaNYA..insya'ALLAH :-)
Indah susunan bahasa dan pemilihan diksi...
ReplyDeleteSubhanallah.
assalam..
ReplyDeletemenarik.. terang dan beri penilaian
assalamualaikum :)
ReplyDeleteYa Tuhan.
aku bersyukur,
aku gembira
dengan semua nikmat
anugerah yang Kau kirimkan
YaTuhan,
hamba ini,
sering leka.
moga hati ini,
iman ini
jiwa ini
kental
kuat
mampu berjuang
demi mengharungi dunia
yang semakin kucar kacir ini
assalamualaikum En Abd Razak,
ReplyDeletealhamdulillah, mendapat pengisian di kala saya menunggu pendaftaran di sini.
insyaAllah, moga2 akhirat benar di semat dlm hati :)
ASSALAMUALAIKUM SAUDARA ABDUL RAZAK,
ReplyDeletemutiara hikmah peninggalan Imam As syafie terlalu banyak.
terima aksih atas pemberitahuan saudra itu,asngat dihargai.
Salam.
ReplyDeleteZaman mutaakhir ini menyaksikan bahawa dunia lebih bernilai dari akhirat.
Sanggup bekerja bermatian untuk dunia, sebaliknya melengah dan membiarkan berlalu modal untuk akhirat.
Perkongsian indah. TQ
Salam ustaz.
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan. Kadang-kadang terlalu leka dengan urusan dunia hingga yang di 'sana' menanti tidak diingat2.
salam sahabat ^_^
ReplyDelete"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu seronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal"
[Saidina Ali r.a]
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya sihat, moga saudari sihat-sihat juga di sana...
Terima kasih kembali. Sesungguhnya Allah menjadikan hidup ini sebagai ujian dengan tujuan apakah manusia dapat mengisi hidupnya dengan amalan-amalan yang baik. Manusia yang berhasil menjadi manusia yang paling baik adalah mereka paling paling taat kepada~Nya.
--> Werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak juga sihat dan sentiasa dalam redha Allah SWT.
Dunia ini harusnya kita jadikan seperti sejadah. Sejadah inilah yang kita gunakan untuk beribadah, berzikir, dan amal-amal soleh yang laen. Tak ada manusia yang bentangkan sejadah untuk melakukan maksiat.
--> AmirFX
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sama-sama kitak..:)
Menar kata kitak masa ya sik sesuai ngan kita di sitok. Kamek ada juak sms ngan ustaz ya nanyak mun ada videonya. Nya madah video ya hak sidak JAKIM...mun ada tek mauk juak kamek meli & share ngan kitak urang sitok..
--> [p@kcikLie] : [ mamaDiana]
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menggunakan sebaik mungkin nikmat yang diberi. Apabila ditimpa kesusahan dengan kehilangan harta dan segala yang disayangi hendaklah kita menyedari bahawa semua nikmat itu adalah ujian Allah s.w.t. untuk menguji sejauhmana keimanan dan kesyukuran kita kepada~Nya.
Salam Saudara Abdul Razak..
ReplyDeletesemoga Allah melimpahi anda kesihatan yang baik dan di bawah rahmatNya selalu..kata-kata seorang imam yang menjadi garisan batas kehidupan kita memang membantu kita lebih dekat dengan-Nya..Semoga kita tidak lupa dan tergolong di kalangan orang yang lalai..wallahualam.
Salam, dapatkan segera buku Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara di http://www.faridrashidi.com/2011/04/19/buku-pertama-tdk1000m-sudah-terbit/
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Ustaz,
ReplyDeleteKakak terlambat membaca kerana cuti.
.... Kalau menghayati kisah-kisah imam-iman memang akan bertambah mendekatkan kita padaNya.
Terima kasih N3 ini....
As salam...
ReplyDeleteSangat bermakna pesanan Imam Syafie..
Mekasih share...
Saya ade gak join mak tgk tv1 setiap selasa dan rabu 6.30ptg..tp bila sempat jelah...Kalau dibuat sebelah malam mcm Halaqah TV9 tu lebih ramai dpt tgk kot..
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih cikgu, sentiasa memberi dorongan dan sokongan.
--> sahromnasrudin
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali saudara. Moga ia mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua..
--> Miecyber
ReplyDeleteYa benar, dunia yang fana ini tiada nilai di sisi Allah SWT..
--> DrSam
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya sama-sama sahabat. Barangsiapa ingin sempurna imannya dan baik sangkaannya, hendaklah ia mengikut jejak langkah kaum sholihin
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sayang sehingga merasa takut untuk mati, seolah-olah dunia ini kekal buat selamanya. Padahal ada lagi kehidupan yang kekal abadi..
--> Arianni
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sahabatku :)
Kehidupan dunia ini tidak selamanya, pasti akan ditinggalkan dan akan menemui kehidupan yang lain untuk dipertanggungjawabkan apa yang telah dilakukan di dunia iaitu kehidupan akhirat.
Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati dan melindungimu juga..
--> ♥ manje ♥
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya sama-sama, syarah kitab itu sangat baik untuk penambahan ilmu kita..
Moga Allah berikan yang baik-baik juga buat saudari ~
--> Pn Kartini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله :)
Moga kitak juga dianugerahkan kesihatan yang baik dan dirahmati~Nya selalu..:)
Sangat terkesan akan pesan-pesannya. Ilmunya yang tercurah pada kita semua, penyuluh jalan yang benar jalan menuju~Nya. Bisa menyelamat kita dari tersesat jalan.
Terima kasih juak buat kitak..:):)
--> ibuintan
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali, semoga ibuintan juga terus diberi kesihatan yang baik dalam menjalankan tugas seharian..
--> Nur Misnan
ReplyDeleteYa sis, kita ni perlu diperingatkan pada setiap masa dan ketika agar hati kita tidak kosong dan lalai dengan dunia ini..