بسم الله الرحمن الرحيم
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tunaikanlah kewajipan dari Allah atasmu, nescaya kamu menjadi manusia paling mengabdi! Jauhilah segala larangan Allah, nescaya kamu menjadi manusia paling warak! Senangilah untuk orang lain apa yang kamu senangi untuk dirimu, nescaya kamu menjadi mukmin.'
Itulah gambaran mukmin sempurna yang benar-benar layak disebut beriman kerana telah mengamalkan ketiga-tiga perbuatan di atas. Sungguh, cukuplah itu semua sebagai kesibukan.
Berkata Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a., "Engkau takkan mengagungkan sesuatu yang dianggap rendah oleh Allah, takkan memuliakan sesuatu yang dianggap hina oleh~Nya, takkan meremehkan sesuatu yang dianggap bererti oleh~Nya, takkan berhubungan dengan sesuatu yang seharusnya dijauhi, dan takkan menegakkan sesuatu yang seharusnya dihancurkan."
Daripada Mu’adz bin Jabal r.a., beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman: “Wajib mendapatkan kecintaan~Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan yang saling berkunjung kerana Aku, dan yang saling berkorban kerana Aku.” [Riwayat Ahmad]
Maka hendaknya kita sentiasa menjaga dan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. setiap hari terutamanya sunnah-sunnah yang tersebut di bawah ini.
PERTAMA : Dirikan solat sunat tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ [QS Al-Isra': Ayat 79]
KEDUA : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
KETIGA : Bacalah Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat dan membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
KEEMPAT : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
KELIMA : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
KEENAM : Sentiasalah dalam keadaan berwudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Berkata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."
KETUJUH : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan beristighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita, akan dijauhkan oleh Allah.
"Jagalah batinmu dengan merasakan kehadiran Allah, dan jagalah lahirmu dengan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w."
"Kebaikan itu adalah dalam menghadap kepada~Nya, dan keburukan itu adalah kerana berpaling dari~Nya. Setiap amal yang kamu harapkan upahnya adalah untukmu, dan setiap amal yang dilakukan kerana Dia bererti untuk~Nya. Jika kamu beramal dan meminta ganti, maka balasannya adalah makhluk. Jika kamu beramal untuk mencari redha Allah swt., balasannya adalah kedekatanmu dengan~Nya dan memandang kepada~Nya, kemudian kamu tidak akan meminta ganti atas semua amalmu. Apalah ertinya dunia, akhirat, dan segala sesuatu selain Dia, jika dibandingkan dengan Dia?" {Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani}
Teman, tingkatkan amal kalian sebelum kembali kepada~Nya.

Assalamualaikum:)
ReplyDeleteMOga kitak sentiasa dirahmatiNya & diberikan kesihatan yg baik..:)
Tksh kerana sentiasa mengingatkan hati & jiwa yang terkadang sibuk dgn urusan duniawi......:(
Masih cuba utk perbaiki diri agar lebih baik dari semlm....dan semoga juga hari esok lebih diberkatiNya....InsyaAllah..:)
SALAM,
ReplyDeleteTERIMA KASIH ATAS TAZKIRAH INI. AKAN BERUSAHA MENGAMALKAN KESEMUANYA, INSYAALLAH.
USt,
ReplyDeleteyg org lelaki suka dan igt bab sunnah nabi ni hanya bab berpoligami...
Salam,
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan yang sangat bermanfaat. InshaAllah, saya cuba amalkan dan patuhi perjalanan rasulullah. Saya banyak belajar sunnah melalui orang tabligh yang sedia mengajar dan fleksible... hihi maklumlah, saya ni bukanlah 'pemakai kopiah' tapi sekadar insan biasa 'pemakai topi'.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTerima kasih krn mengingatkan...
salam sahabat ^_^
ReplyDeletesemoga sahabat sihat...
syukran utk n3 yg 'canteeq' ini...
pesanan - Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani - **terasa**
--> Pn Kartini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله..:)
Alhamdulillah kamek sihat, moga kitak juak sentiasa dirahmati~Nya dan dikurniakan kesihatan yg baik..:)
Terima kasih kembali kitak. Tok mengingatkan kamek juak agar sentiasa ingat akan bekalan ke akhirat dan muhasabah diri agar membaiki diri dari hari ke hari..:)
Terima kasih kitak kerana sentiasa ke sini..:)
--> luahfikiran
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali, moga Allah permudahkan dan kurniakan kekuatan..
--> ikan emas
ReplyDeleteTakper tu IE, asalkan mereka faham akan sunnah berpoligami dan diberikan Allah kemampuan dari semua segi, jalan saja, asalkan jangan lari dari syariat. Jika tidak, sengsaralah di sana nanti
--> tronx013
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sama-sama saudara, saya doakan semoga Allah kurniakan kekuatan buat sdra.
--> Cik SHiNJU
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya sama-sama, moga Allah beri kurnia yang banyak dalam kita mengerjakan sunnah Rasulullah s.a.w.
--> cun09
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله sahabat ^_^
Alhamdulillah sihat, semoga sahabat sihat juga di sana...
Afwan sahabat...
Salam.. Semoga kita akan terus beriman... Amin yarabbal alamin...
ReplyDeleteInsya Allah saya akan amalkan sunah sunah yang di senaraikan ....
ReplyDelete" Say No " Loji Nuklear Di Malaysia
Assalamualaikum saudara abdul razak..
ReplyDeletemoga saudara sentiasa dilimpah kesejahteraan dan rahmat dariNya selalu... terima kasih saudara, atas peringatan nasihat kata2 yang tak putus-putus....
salam ustaz...
ReplyDeleteterasa sangat kurangnya amal saya ni...huh...
assalammualaikum razak
ReplyDeletesaya nak cuba ikut...
terima kasih. moga Allah beri kita istiqamah
assalamualaikum
ReplyDeletesuka saya baca
mengingatkan saya
yang kadang leka
menyedarkan saya
terima kasih :)
susahnya nak konsisten dengan semua amalan sunnah itu.
ReplyDeletesalam Saudara Abdul Razak..
ReplyDeletemoga sihat dan di rahmati Allah jua hendaknya..sebagai seorang muslim menjadi kewajiban setiap individu menuruti sunnah Nabi Mohammad saw..sebagai insan kerdil ini saya masih memperbaiki diri..insyaallah..
Assalamualaikum ustaz. Insyaallah akan cuba amalkan dan beristiqomah. semoga diberi kekuatan olehNya.
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteperingatan yang sangat baik
untuk kita semua
insyaAllah saya akan amalkan
terima kasih
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerasa teramat kurang sekali, walau pernah mengamalkan kesemuaya...terima kasih atas ingatan. Doakan untuk saya agar diberi taufik dan hidayah Allah untuk lebih beramal dengannya secara lebih konsisten. Terima kasih.
assalamualaikum sdra..
ReplyDeletetrime kasih atas entri ini..sdra telah mengingatkan saya akan perkara yang selama ini kita ambil ringan..
trime kasih banyak2 ya
Assalamualaikum Ustaz,
ReplyDeleteSejujurnya yg ke 2 dan ke 6 masih belum kental di hati kakak. Kena kuatkan lagi keimanan. Terasa betapa rugi bila mengenang....
Terima kasih peringatan N3.
assalamualaikum...
ReplyDeleteapa khabar di sana? terima kasih utk entri ni... kita sentiasa tingkat yg sunat... insya ALLAH ~
Assalamualikum Ust.
ReplyDeleteSatu peringatan yang ringkas, padat dan boleh dilaksanakan kalau berkemahuan.
InsyaAllah akan saya cuba laksanakan ke tujuh-tujuh perkara tersebut setakat yang termampu kerana kaedah fiqh juga menyarankan .. kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.
--> AmirFX
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga terus dilimpahkan kemantapan iman hingga akhir hayat...amin
--> Miecyber
ReplyDeleteMudah-mudahan Allah permudahkan dan beri kekuatan
--> Afida Anuar
ReplyDeleteSaudari Afida..وعليكم السلام ورحة الله
Moga saudari juga sentiasa dilimpah kesejahteraan dan rahmat dari~Nya sentiasa...
Terima kasih kembali saudari, alhamdulillah atas kurnia~Nya masih dapat terus menasihat diri dan teman-teman semua..
Assalamualaikum Abd Razak,
ReplyDeleteTerima kasih atas ingatan yang amat berguna ini.
Semoga Abd Razak sihat.
assalamualaikum
ReplyDeletetampak mudah tapi sukar nak laksanakan kerana berkaratnya ati
Waalaikumsalam brother Razak
ReplyDeleteAlhamdulillah.. selalu mengikut
sunnah Rasulullah SAW
walaupun hanya sebahagian shj..
assalamualaikum En Abdul Razak..
ReplyDeletealhamdulillah, moga hati makin mendakap erat kepadaNYA..
doa2 moga kita semua semakin istiqamah dgn amalan bahkan turut basah bersama penghayatann..
terima kasih sahabat..
assalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan ini
cuba mengamalkan sunnah2 ini dengan beransur2
terasa betapa lemahnya iman ini
Salam ustaz
ReplyDeleteInsyaAllah, ada sebagahian yg menjadi amalan..sebahagian lagi insyaAllah
Teguran yang amat berguna buat saya...
ReplyDelete--> Sham
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Jika rasanya kurang maka kena usaha menambahkannya...
--> a kl citizen
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sama-sama cikgu, moga Allah permudahkan..
--> intan.maisarah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali, biarlah kita bersusah payah di dunia dengan melakukan amal ibadah agar di akhirat kelak terlepas dari kesusahan..
salam
ReplyDeletebagaimana pula dengan perempuan yang sudah lakukan semua ini, tapi masih keluar masuk penggung wayang bersama teman lelakinya tanpa rasa bersalah? mohon penjelasan.
as salam kitak...
ReplyDeleteinsyaallah..akan kamek selalu amalkan...terima kasih selalu mengingatkan.....
salam Tn Razak,
ReplyDeletePerkongsian yg sungguh bermakna...
Insyaallah saya azam utk amal dan cuba sampaikn pula kpd anak murid saya
--> Insan Marhaen
ReplyDeletePada permulaannya memang payah dan susah, namun jika sudah dilazimi Allah permudahkan..
--> zulkbo
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga saudara juga sihat dan di rahmati Allah jua hendaknya..
Sangat besar keberkatannya menghidupkan sunnah dan sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Moga Allah beri mudah..
--> DrSam
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran untuk terus istiqamah dalam beribadah kepada~Nya..
--> Ati Masrif
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Insya Allah...moga dilimpahkan oleh Allah Taala kekuatan untuk mengamalkannya..
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali cikgu. Moga Allah kurniakan kemantapan iman buat cikgu dan terus istiqamah dalam beramal dan beribadah kepada~Nya..amin
--> sahromnasrudin
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sama-sama sahabat, kadangkali kita merasa berat pada yang ringan, namun bila sudah biasa ia menjadi ringan..
--> Kakzakie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Perkara yang kedua tu untuk wanita afdalnya solat di rumah, kerana tuntutan solat berjemaah di masjid adalah kepada kaum lelaki. Untuk perkara keenam, sentiasa berwudhu itu sangat baik kerana kita sentiasa suci dan bersih...
--> ♥ manje ♥
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya sihat, moga sdri sihat juga di sana.
Terima kasih kembali
--> al-lavendari
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya bang haji, kita buat sekadar atas kemampuan kita, namun dipesankan jangan sampai terus ditinggalkan kesemuanya. Bila kita mampu buat satu ianya akan menarik yang lain dan akhirnya kita mampu buat kesemuanya..
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya kak! Sama-sama..:)
Alhamdulillah saya sihat kak! Moga kakak sihat juga hendaknya..
--> cemomoi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya benar, untuk melaksanakannya kena istiqamah dan kesabaran..
--> Nur Misnan
ReplyDeleteEloklah sis, ia akan bertambah kerana setiap kebaikan itu akan menarik kebaikan yang lain..
--> Mutiara Bernilai
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga Allah beri mudah dan kekuatan kepada kita semua untuk melaksanakan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w...amin
Afwan...sahabat
--> ibuintan
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali, moga terus istiqamah dalam amal soleh baik yang wajib mahupun yang sunnah...
--> IMANSHAH
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Mudah-mudahan Allah permudahkan..
--> ckLah
ReplyDeleteTeguran untuk saya juga tu...
--> sissyira
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Jika dipandang dari sudut agama, ada masalah dengan solat dan amalannya yang lain sehingga ia tak mampu mecegahkan ia dari melakukan perkara keji dan mungkar.
Firman Allah SWT, "Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar."
--> Adinda Amy Sensei
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Sama-sama kitak..:)
--> Norsha
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Usaha yang murni, moga Allah permudahkan..