بسم الله الرحمن الرحيم
RASULULLAH s.a.w. diutuskan kepada umat manusia dengan membawa pesan dakwah Rabbaniyyah dan tidak memiliki propaganda apa pun tentang tujuan duniawi. Maka kita melihat bahawa beliau s.a.w. tidaklah memiliki gudang harta, hambaran kebun yang luas dan tidak pula tinggal di istana megah layaknya para raja dan pemimpin.
Saat pertama kali beliau menampakkan dakwah dan menyeru masyarakat kala itu untuk beriman, hanya beberapa orang saja yang telah diberi hidayah oleh Allah yang mencintainya yang bersumpah setia untuk mengikuti ajaran mulia yang dibawanya.
Mereka para sahabat yang jumlahnya sedikit saat itu tetap teguh memegang janji meskipun pelbagai kesulitan dan ancaman datang bertubi-tubi. Begitulah, kekuatan iman dan mahabbah (cinta) mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. Saat jumlah mereka masih sedikit, masih lemah dan selalu diliputi ancaman orang-orang di sekitarnya, mereka tetap teguh mencintai Rasulullah s.a.w.
Di antara mereka ada yang dipinggir oleh keluarganya, disingkirkan oleh masyarakatnya, dipersulit perekonomiannya, dicemarkan nama baiknya, dijatuhkan martabat dan derajatnya di depan khalayak, diusir dari kampung halaman bahkan tidak sedikit yang merasakan seksa orang-orang kafir, seperti Bilal bin Rabah misalnya yang diseksa oleh tuannya Umayyah dalam terik matahari di atas pasir sahara yang panas lalu dadanya ditindih dengan batu besar. Demikian pula dengan sahabat ‘Ammar, ayahnya Yasir dan ibunya Sumayyah mati syahid di tangan penyeksaan di hadapan dirinya. Dan masih banyak contoh lain. Namun, meskipun demikian, kecintaan dan pengorbanan mereka terhadap Rasulullah s.a.w. tak goyah sedikit pun, justeru dengan itu semua makin kuat dan mantap keimanan dan kecintaan mereka.
Kaum Mukminin seringkali mendapat cubaan saat menjalankan dakwah. Mereka tidak hanya dibatasi ruang geraknya, tetapi keluarga dan diri mereka diancam akan dibunuh, bahkan adakalanya mereka harus rela dan sabar menanggung kesengsaraan dan penderitaan yang cukup lama. Namun mereka tetap berprasangka baik kepada Allah dan tetap mencintai kekasih Allah, Rasulullah s.a.w. Di samping beliau selalu memberikan dorongan dan semangat dengan janji-janji Allah dan syurga yang telah dipersiapkan untuk mereka.
Tak sedikit sahabat muda yang tak sempat menikmati masa mudanya layaknya anak muda yang lain. Kerana mereka senantiasa ikut berperang berjihad bersama Rasulullah s.a.w., di bawah bayang-bayang kilatan pedang, demi membela keyakinan, keimanan dan kecintaan mereka yang tulus. Tentang mereka ini pernah dikatakan: “Kilatan pedang-pedang itu laksana bayangan bunga di kebun hijau, dan menebarkan bau wangi yang semerbak.”
Begitulah, pada masa itu para pemuda siap berangkat ke medan perang dan menjemput maut, yang ertinya adalah syurga dan redha Allah. Meskipun demikian, mereka tidak gentar sedikit pun dan justeru memandang perjuangan di medan perang itu laksana sebuah wisata atau pesta di malam hari raya, mengandung kesenangan dan kenikmatan tersendiri menurut pandangan mereka. Dan itu tak lain juga didorong oleh kecintaan mereka terhadap Rasulullah s.a.w.
Mereka bahagia hidup bersama beliau, walaupun kadangkali harus menahan lapar dan haus beberapa hari. Mereka merasakan nikmat dengan memandang dan berbicara dengan beliau, sekalipun kadang keluarga dan kerabat mereka tidak punya. Mereka akan menuruti dan tunduk terhadap apa yang diperintahnya. Mereka melakukan apa yang beliau lakukan, meninggalkan apa yang beliau tinggalkan, menjauhi apa yang beliau jauhi, sungguh kecintaan yang sejati yang terpatri dalam sanubari. Semoga keredhaan Allah selalu meliputi mereka.
Syahdan, seorang sahabat pernah diutus oleh beliau untuk masuk ke kandang musuh dan menghantarkan surat kepada mereka. Padahal dia sedar bahawa kemungkinan dirinya tidak selamat. Namun ternyata tugas ini tetap dikerjakannya. Ada pula seorang sahabat yang ketika diminta menjalankan suatu tugas, dia menyedari bahawa tugas itu adalah tugasnya yang terakhir. Namun dia tetap berangkat dengan gembira.
Mengapa mereka para sahabat itu, sedemikian rupa mencintai Rasulullah saw? Mengapa mereka sangat bahagia dengan Risalah yang dibawanya, merasa tenteram dengan manhaj (jalan)nya, sangat gembira menyambut kedatangannya dan mampu melupakan semua rasa sakit, kepedihan, kesulitan, tentangan dan ancaman yang dulu pernah menimpa mereka, demi mengikuti Rasulullah s.a.w.?
Jawapannya adalah kerana mereka melihat pada diri Nabi Muhammad s.a.w. terdapat semua makna kebaikan dan kebahagiaan. Juga tanda-tanda kebajikan dan kebenaran. Beliau mampu menjadi penunjuk jalan bagi siapa saja dalam pelbagai masalah besar. Bahkan dengan sentuhan lemah lembut dan kasih sayangnya beliau mampu memadamkan semua gejolak hati mereka. Dengan ucapannya, beliau mampu menyejukkan isi hati siapa saja. Dan dengan risalahnya, beliau mampu menyejukkan dan menyenangkan jiwa mereka.
Rasulullah s.a.w. juga berhasil menusukkan kerelaan pada jiwa setiap sahabatnya. Maka tidak mustahil bila mereka tidak lagi memperhitungkan pelbagai rintangan yang menghadang jalan dakwah mereka. Sebab, kukuhnya keyakinan yang ada dalam dada mereka telah melupakan semua luka, tekanan dan kesengsaraan itu.
Beliau berhasil meluruskan hati nurani mereka dengan tuntunannya, menyinari mata hati mereka dengan cahayanya, menyingkirkan belenggu-belenggu jahiliyah dan menanggalkan semua kalung kemusyrikan dari leher mereka. Dan lebih dari itu beliau berhasil menyirami hati-hati mereka dengan air iman dan keyakinan, sehingga hati dan jiwa mereka senantiasa sejuk dan damai selalu.
Ada banyak faktor yang membuat kecintaan sahabat begitu besar terhadap Rasulullah s.a.w. Di antaranya, saat bersama beliau mereka selalu merasakan kenikmatan hidup yang sejati, saat berada dekat dengannya mereka merasakan hangatnya kasih sayang dan ketulusan hati, saat berada di bawah payung ajaran dan dakwahnya mereka merasakan ketenteraman dan kedamaian, dengan mematuhi perintahnya mereka mendapatkan keselamatan dan dengan meneladani sunnah-sunnahnya mereka mendapatkan kekayaan batin.
Allah SWT berfirman dalam Al Qur’an (yang ertinya): “Dan tidaklah Kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai Rahmat untuk sekalian alam” (QS. Al Anbiyaa’:107)
Sungguh, mereka para sahabat, pencinta Nabi Muhammad yang sejati benar-benar menjadi orang yang bahagia dalam erti yang sebenarnya. Mereka menyaksikan semua yang dilakukan oleh kekasih mereka dan meneladaninya. Maka, sangatlah pantas mereka berbahagia dan bergembira. Sekian...
[ Salam dari Shah Alam 14/11/11 ]
Sumber : Ustaz Al Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim Al Aydrus

Assalamualaikum wbt... saudara abdul razak... moga saudara dan keluarga sentiasa dikurnia kesihatan dan kasih sayang dari Allah, insyaAllah
ReplyDeleteAllahuakbar,kalau hati dah penuh rasa cinta pada Allah dan Rasul... harta sekalipun nyawa sanggup di korbankan... bisakah kita mengikut jejak sahabat-sahabat ya saudara?
Saya pernah juga terfikir, jikakalau Rasulullah hidup di zaman kita ni, mampukah kita mengasihi Baginda sebagaimana sahabat-sahabat sebelum yang begitu kasih dan cintakan Baginda... Allahualam..
assalamualaikum ustaz,
ReplyDeletebesar sekali aura Rasulullah
semoga dapat menuruti segala
ajarannya
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKepimpinan melalui teladan....setiap pemimpin semestinya meneladani kepimpinan Rasulullah agar diteladanini pula oleh pengikut-pengikutnya.
Assalamualaikum:)
ReplyDeleteMoga kitak sihat2 di sinun dan dirahmatiNya selalu
Betapa teguhnya kecintaan & kasihsayang sahabat Baginda..
Taat setia para sahabat kepada baginda SAW,biar apa sekalipun situasi dan keadaan yang menimpa mereka, ia sama sekali tidak mengeluarkan para sahabat dari landasan keredaan Allah SWT....
:)
Tksh utk pengkongsian ilmu tuk!:)
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa sihat dan dalam redha Allah SWT.
Baru membeli buku Sekolah Cinta Rasulullah, kisah suka duka generasi Muslim Pertama dan sedang mengahabisi membacanya. Di sana terdapat kisah-kisah bagaimana didikan Rasulullah SAW kepada generasi pertama bersama baginda dan melahirkan pemimpin besar selepas kewafatannya.
Andainya apa yang dipublish dalam N3 ini dihayati oleh generasi masa kini barangkali dapat mengelakkan huru hara fitnah yang banyak berleluasa sekarang ini.
assalamualaikum sdra..
ReplyDeletetrime kasih atas peringatan dan penceritaan ini...nabi Muhammad SAW adalah rahmat bagi kita semua...
semoga kita mampu mendapat syafaat baginda kelak...
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Moga saudari begitu juga sentiasa dikurnia kesihatan dan kasih sayang dari Allah, insyaAllah
Jika jejak sahabat-sahabat dulu sangat hebat, kita pun bisa sama hebat seperti mereka dengan rasa Cinta dan Kasih kepada Baginda Rasul direalisasikan di dalam kehidupan kita seharian.
Jika sahabat-sahabat Rasulullah dapat hidup bersama baginda, lain pula kita sekali pun Rasulullah tidak hidup di zaman kita tapi kita sangat beruntung punya iman yang tinggi percaya akan risalah yang beliau bawa walaupun tidak melihat baginda..
--> Ati Masrif
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya, dia adalah nur pembawa cahaya dan penyuluh jalan untuk kita menempuh perjalanan kita menuju~Nya..
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terlalu banyak contoh teladan yang ada pada diri Rasulullah itu untuk kita ikuti sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 21:
“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang).”
--> Pn Kartini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله kitak..:)
Alhamdulillah kamek sihat sitok, moga kitak sihat-sihat juak di sinun dan sentiasa dirahmati~Nya..:)
Sahabat-sahabat dahulu, mereka menjadi sebaik-baik umat adalah kerana besarnya kasih mereka kepada Rasulullah saw. Mereka intizam dengan syarak, mereka merasa hidup senang atau susah bersama-sama Rasulullah saw. Kehidupan mereka semua sekali mengikut contoh Rasulullah saw.
Oleh itu kita juga boleh mendapat kasih yang sebegitu sekiranya kita lihat contoh para sahabat, bagaimana mereka hidup bersama-sama Rasullullah saw.
Terima kasih buat kitak juak..:):)
Allahuakbar...
ReplyDeletemenitis air mata disaat mengetahui betapa manisnya perjuangan yg dirasakan apabila bersama Rasulullah s.a.w.
--> Werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak juga sentiasa sihat dan dalam redha Allah SWT.
Ya kak! Kita begitu mengharapkan generasi masa kini terpaut dengan Rasulullah s.a.w. dan mencintai Baginda sepenuh hati dengan mengikuti segala ajarannya dan jauh dari segala macam maksiat...
--> sahromnasrudin
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali ya saudara. Nabi SAW terpuji di sisi Allah SWT, terpuji di sisi para Malaikat, terpuji di sisi saudara-saudaranya para nabi dan terpuji di kalangan penduduk bumi semua, dan semua sifat sifat beliau sempurna dan terpuji di mata orang orang berakal.
--> Jie(",)v
ReplyDeleteYa saat ini kita sebagai muslim agar sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang permasalahan sebagai seorang muslim. Kerana itu Allah memperingatkan kita agar tidak putus asa sebagai seorang muslim. Allah berfirman yang ertinya:
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman (QS 3:139)
seorang penceramah bagitau, kita lebih beruntung berbanding para sahabat kerana kita digelar 'saudaraku' oleh rasulullah. sahabat terkejut dengan pengakuan tu yang antara lain dijelaskan bahawa umat akhir zaman tak pernah melihat rasulullah, melihat mukjizat, melihat kebaikan dan sebagainya tetapi mereka tetap mencintai rasulullah dengan cinta yang sebenarnya.. wallahu a'lam
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz. Semoga ustaz senantiasa dibawah lindunganNya.
ReplyDeleteMencintai Rasulullah adalah sebuah prinsip dan kewajiban dalam agama Islam, bukan sebuah pilihan. Sebagai seorang Muslim yang beriman kepada nabi dan rasulnya kita sememangyalah wajib mempunyai perasaan cinta yang melebihi segalanya di duniawi ini. cuma berbeza dengan para sahabat di zaman Rasulullah S.A.W, dugaan umat di alaf ini ialah kerana Baginda Rasulullah sudah tidak ada di depan mata, maka itulah dugaan dan cabaran untuk orang-orang yang beriman.
Wallahuaklam.
--> cemomoi
ReplyDeleteSesungguhnya Allah Maha Adil, limpahan kurnianya amat luas. Biarpun kita tak tidak melihat Rasulullah tapi kita tetap dalam rahmat kasih sayang Allah dan Rasul~Nya
--> DrSam
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga sahabat sentiasa dibawah lindungan~Nya.
Cinta kepada Rasulullah s.a.w dengan sebenar-benarnya cinta, merupakan asas aqidah seorang muslim. Cinta adalah sebuah ungkapan yang sangat indah dalam kehidupan manusia, dengan cinta manusia bisa sengsara dan dengan cinta pula manusia bisa bahagia, bahkan syurga bisa diraih dengan cinta, iaitu cinta yang hakiki kepada manusia terpilih Muhammad s.a.w.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteKita pula sudah sangat jauh dari Rasulullah,berbanding para sahabat.Mana mungkin mampu mengecapi semua itu.
Cukuplah rasanya kita menghidupkan sunnah baginda di samping berpegang teguh terhadap dua harta pusaka yang ditinggalkan - al-Qur'an dan al-Sunnah,insyaAllah.
P/S: mohon diperbesarkan saiz fon entri,supaya lebih 'rajin' saya menghayatinya :)
--> Ros Illiyyuun
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya, menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. itu sebaik-baiknya tanda kita mencintai Baginda.
P/S : Jika kitak nak besarkan font dalam entri ni, kaedahnya boleh saya syorkan dengan menekan CTRL dan ALT kat keyboard serentak dan tahan, kemudian tekan butang scroll kat mouse tu turun naik. Boleh adjust font tu kecik atau besar...harap ia membantu.
sekarang ni sesama sahabat pun sling dengki mendengki..moga dijauhi
ReplyDelete--> IMANSHAH
ReplyDeleteYa, begitulah jika sudah dikuasai hawa nafsu dan syaitan. Maka perlulah sentiasa muhasabah diri dan mohon pertolongan Allah akan kemantapan iman dan jauh dari sifat mazmumah..
assalamualaikum. semoga kita semua mampu mencontohi para sahabat dlm 'kesetiaan' mrk kpd Rasulullah....wlupun kita di zaman yg berbeza.
ReplyDelete--> nahmy
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Tiada lain yang mampu kita lakukan pada masa kini selain terus menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. di samping terus teguh dalam pegangan iaitu al-Quran dan As-sunnah..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ReplyDeleteMoga sahabat sekeluarga terus dalam naungan rahmat kasihNya..Ameen
Allahu Akbar!
Para ulama menulis bahawa terdapat berbagai-bagai tanda dalam mencintai Rasulullah S.A.W. Qadhi Iyadh rah. berkata, "Sesiapa yang mengasihi sesuatu maka dia akan mengutamakan kekasihnya lebih dari segala seseuatu yang lain." Inilah makna cinta yang sebenarnya, yg ada dalam diri para sahabat Nabi S.A.W.
Oleh itu, tanda yg paling penting dlm mencintai Rasulullah S.A.W ialah mengikuti Baginda S.A.W, memilih jalan hidup Baginda S.A.W, mencontohi kata2 dan perlakuan Baginda S.A.W, mematuhi perintah2 Baginda S.A.W, menjauhkan diri drpd perkara yang telah dilarang oleh Baginda S.A.W dan berjln diatas jln Baginda S.A.W samada dlm gembira atau duka, sempit atau lapang, malah dlm setiap keadaan. Insya'ALLAH
Wallahua'lam
syukran :-)
--> hamba ALLAH
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan dari~Nya, moga sahabat sekeluarga juga sedemikian rupa terus dalam naungan rahmat kasih sayang~Nya..
Sungguh mengutamakan apa yang telah disyariatkan Allah Taala dan Rasulullah s.a.w. dan yang digalakkannya untuk dilakukan daripada mengikuti hawa nafsu dan syahwat adalah tandanya kita mencintai Allah dan Rasul.
Afwan ya sahabat..:)
tkasih atas dakwah fillah..
ReplyDelete--> Insan Marhaen
ReplyDeleteSyukran atas sokongan saudara
assalamualaikum brother Razak
ReplyDeletetidak dapat membayangkan jika
Rasulullah SAW masih lg ada
bersama2 dgn kita.. pastinya
kehidupan dan ISLAM tidak
akan berlaku seperti sekarang....
--> Nur Misnan
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Allah SWT Maha Mengetahui segala-galanya yang terbaik untuk hambanya. Sudah mencukupi segala apa Rasulullah curahkan untuk kita renungi akan tujuan kehidupan ini, namun ramai tidak mengerti dan tidak mahu mengerti..
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteRasulullah saw dgn berkat kesabarannya telah mendidik para sahabatnya dengan meransangkan keimanan mrk dimana kekuatan adalah berkadar 1:10. Had keimanan yang tidak mungkin dicapai oleh mana2 tamaddun manusia selepas itu. Surah AlAnfaal:65 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ حَرِّضِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ عَلَى ٱلۡقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمۡ عِشۡرُونَ صَـٰبِرُونَ يَغۡلِبُواْ مِاْئَتَيۡنِۚ Wahai Nabi, rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang(pihak musuh yang kafir itu).
Bagaimana Rasulullah saw mentarbiahkan para sahabat telah tercatat dan digambarkan didalam Taurat, Injil dan AlQuran dlm Surah AlFath:29 سِيمَاهُمۡ فِى وُجُوهِهِم مِّنۡ أَثَرِ ٱلسُّجُودِۚ ذَٲلِكَ مَثَلُهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِۚ وَمَثَلُهُمۡ فِى ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُ ۥ فَـَٔازَرَهُ ۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِہِمُ ٱلۡكُفَّارَTanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu.
Kalau seseorang pernah memindahkan tunas atau bijibenih melalui pembiakan tisu didik atau pembiakan tampang, dapat mengetahui bagaimana kesan pokok tersebut apabila sudah membesar. Inilah diantara peristiwa2 dimana Rasulullah saw pernah ketawa besar kerana bermimpi bahawa umatnya diakhir zaman akan menjadi `Raja Bahtera diLautan` yg menguasai diantara benua2! Mereka berjaya menawan Afrika Utara, melebar ke Asia dan mengufuk ke Cyprus, Cordova, Greece dan sebahagian besar Eropah. Subhanallah.
p/s lamak kamek sik ngabas bl0og kitak eh! Sik, kamek slalu juak ikuti perkembangan tulisan kitak.
SubhanaAllah,
ReplyDeletetersentuh hati membaca entri ini, kita mengaku sayang dan cintakan nabi, tapi sebenarnya kita tak berusahapun utk ikut jejak langkahnya.....
salam saudara Abdul Razak..
ReplyDeletesemoga sihat dan di lindungi
Allah selalu hendaknya..
tiada insan lain semulia junjungan nabi Mohammad SAW..bertuah mereka yang menjadi di kalangan sahabat Baginda..semoga kita semua mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak..amin.
salam
ReplyDeleteminta jasa baik ustaz utk memberi jawapan pada permasalahan sahabat saya ni Tulisan syira--hukum pegang arak dan babi.. |penjelasan diperlukan. terima kasih =)
assalamualaikum saudra.apa khabar saudara?semoga sihat sejahtera hendaknya.
ReplyDeletesungguh mulianya hati para sahabat Nabi SAW yang sentiasa sedia bekorban bersama Nabi SAW. Terasa diri ini kerdil...
--> Tajnur
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Subhanallah! Betapa indahnya, betapa halusnya cara Rasulullah s.a.w dalam mentarbiyah para sahabat. Maka, sewajarnya kita menjadikan baginda sebagai ikon, contoh ikutan sepanjang zaman dalam membawa masyarakat pada masa kini terutamanya golongan belia ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
--> Norsha
ReplyDeleteCinta para sahabat kepada Allah dan Rasul~Nya sangat menebal kerana keyakinan mereka terhadap kebenaran yang disampaikan oleh Baginda s.a.w. Tarbiyah yang diterima oleh para sahabat daripada Rasulullah s.a.w benar-benar menusuk ke dalam hati sanubari mereka. Moga hati-hati kita pun sedemikian juga..
--> zulkbo
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Cinta sahabat Rasulullah di jalan Allah. Benci mereka kerana Allah. Mereka memberi kerana Allah. Tidak memberi, juga kerana Allah. Lalu terceluplah kehidupan mereka dengan cinta dan dengan cinta itu pula mereka mendakwahi manusia. Begitulah mereka ditarbiyah.
--> sissyira
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya saya dah jawap persoalan saudari itu, moga ia boleh menyelesaikan masalah yang berbangkit..
--> ummu
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya sihat, moga ummu sihat sejahtera hendaknya.
Ya, mereka keluar dari kehinaan menuju kejayaan, dari keterasingan menuju kesatuan, dan dari kebodohan menuju ilmu. Merekalah pembangun peradaban dan pemberi petunjuk kepada manusia dalam erti yang sesungguhnya. Dan semua itu mereka peroleh dari pensucian (tazkiyah) yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.