بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, segala puji dan syukur untuk Allah Azza wa Jalla kerana telah mentakdirkan kita masih lagi hidup sebagai seorang muslim mukmin, dan mudah-mudahan Allah kurniakan kepada kita dengan limpah rahmat kasih sayang dan redha~Nya akan sifat-sifat taqwallah dan mengurniakan kepada kita bantuan dan pertolongan untuk menjauhi segala perbuatan derhaka kepada Allah SWT dan juga terhadap Nabi s.a.w. zahir dan batin, kerana orang-orang yang soleh dan hampir kepada Allah SWT mengatakan bahawa kebaikan dunia dan akhirat ini disebabkan oleh taqwallah.
Jika kita mahu kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, satu sahaja jalannya iaitu taqwa kepada Allah SWT. Maknanya melaksanakan setiap titah perintah Allah Taala baik perintah itu merupakan yang wajib ataupun sunnah dan menjauhi segala larangan Allah baik merupakan yang haram ataupun makruh dan berhati-hati mengambil atau melakukan perkara yang harus kerana boleh jadi perkara harus itu adakala ia boleh berubah menjadi haram atau makruh. Selain daripada itu berusaha sedaya mungkin sambil memohon pertolongan daripada Allah Taala untuk menjaga adab dan akhlak nabawiyah solehah seperti yang Rasulullah s.a.w. ajar kepada kita.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Hanyasanya aku ini diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." [HR Thabrani] Itulah sebenarnya Rasulullah s.a.w. dan juga para nabi diutuskan di dunia ini. Sehebat mana manusia di dunia ini di sudut pembangunan materialnya tetapi dari sudut adab dan akhlaknya rosak, kita akan melihat orang ini bermasalah dari watak, karakter dan sebagainya dan akan mendatangkan masalah kehidupan kepada manusia lain. Bila wujud ramainya orang seperti ini maka keadaan kehidupan kita dalam lingkungan mereka akan tergugat kerana bilangan orang yang berakhlak amat sedikit sehingga tiada contoh yang baik dapat dilihat oleh sebahagian daripada kita.
Islam datang hanya menyempurnakan ketinggian akhlak dari segi meletakkan asas yang bertunjangkan aqidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta mengajar manusia bagaimana cara perlaksanaan yang betul kepada nilai akhlaq tersebut. Semuanya terkumpul di dalam Iman, Islam, Taqwa dan Ihsan yang pada teorinya keempat-empat perkara ini boleh disusun tertibkan antara satu sama lain tetapi pada hakikatnya ia terjelma dalam bentuk satu adunan di alam praktikal dalam peribadi seseorang.
Jika sekiranya umat Islam menghiasi diri mereka dengan ketinggian akhlak serta diasaskan di atas asas Iman, Islam, Taqwa dan Ihsan, sudah tentu mereka akan mendahului umat lain di dunia ini kerana akhlaq mereka pasti lebih kuat dengan asas-asas tadi jika dibandingkan dengan umat lain dan perlaksanaan akhlak mereka untuk mendapat balasan akhirat yang akan menggamit pertolongan Allah dan keberkatan daripada~Nya.
Tiada lain caranya untuk menerapkan adab dan akhlak yang mulia dalam diri manusia, iaitu dengan melakukan dakwah dalam keluarga diri kita dahulu. Bentuk dan didiklah anak-anak kita beradab dan berakhlak sedari kecil lagi. Andaikata kita berjaya mendidik lima orang anak, pasti kita telah menyelamat lima bakal pelaku kerosakan dan melahirkan lima orang pencetus kebaikan dan kebajikan di atas muka bumi penyebab kepada turunnya redha dan rahmat Allah SWT. Jika 10 juta pasangan membaiki zuriat keturunannya sendiri, bayangkan berapa juta akan adanya orang-orang baik atas muka bumi ini. Orang-orang inilah yang akan menukarkan segala-galanya tanpa kita perlu penat, tanpa perlu permusuhan, tanpa perlu menyakiti sesiapa pun di atas muka bumi ini. Inilah yang Rasulullah s.a.w. ajarkan kepada kita.
Dan pastilah hasilnya nanti kita tidak akan melihat dan mendengar lagi pelajar menumbuk guru, takkan ada lagi penagih dadah, takkan ada yang sewenang-wenangnya membuka aurat dan berpakaian ketat ketika keluar rumah, takkan ada lagi yang berani keluar berdua-duaan dengan yang bukan mahramnya, mereka jauh dari segala maksiat kerana sudah terbit dalam hati anak-anak kita akan kecintaan kepada Allah dan Rasul.
Maka apabila keadaan ini terjadi, kehidupan kita semuanya akan menjadi tenang, aman dan bahagia kerana hidup dalam lingkungan orang-orang yang baik yang menjaga hukum Allah dengan begitu berhati-hati. Namun, jika kita leka memandang perkara ini sambil lewa, sudah tentu semakin ramai orang yang derhaka kepada Allah SWT dan semakin banyaklah kerosakan yang akan berlaku di muka bumi ini. Hidup semakin sempit lantaran hidup di dalam lingkungan orang-orang yang melupakan Allah Taala dan sudah tentu rahmat kasih sayang~Nya semakin jauh.
Allah SWT telah membuka ruang ini kepada kita amat luas. Ampunan dan kasih sayang~Nya sentiasa mengiringi orang-orang yang mahu berubah dan mahu kembali kepada~Nya dengan kejayaan. Tiada lain selain mengikuti jejak dan akhlak yang telah Rasulullah s.a.w. tinggalkan kepada kita semua.
Teman, ayuh bangkitlah, berusahalah ke arah murni ini..

Assalamualaikum:)
ReplyDeleteKeperibadian yang melambangkan tingkah laku dan perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna dan bermakna...pastinya memiliki akhlak yang terpuji!
Namun,..kegusaran itu ada bila melihat akhlak sebilangan mereka seolah butanya mata hati..buntunya kewarasan akal..
Semoga diberikanNya hidayah..InsyaAllah...
--> Pn Kartini
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله..:)
Moga kitak terus dianugerahkan kesihatan yang baik..:)
Ya, siapa pun kita jika mempunyai akhlak yang buruk ianya akan tergambar pada sifat diri kita. Lihat saja pada zaman ini, banyak perkara aib terlihat di depan mata kita lantaran keruntuhan adab dan akhlak berlaku dalam diri manusia.
Kita gusar ia akan terus berlaku. Namun, kita harus bertindak pada keluarga dahulu..
Thanks kitak..:)
Assalamualaikum..saudara abdul razak...bila baca entry ni, saya terfikir...untuk bermula dari rumah, dari anak-anak.. hendaklah kita atau ibu bapa/pasangan yang belum berkahwin tu perbaiki diri sendiri dulu..dan bertaqwa sungguh-sungguh pada Allah, moga Allah akan kurniakan zuriat yang juga bertaqwa dan berakhlak dgn caara mendidik mereka dgn sempurna.... InsyaAllah...
ReplyDeletejadi takde la kan saudara kita dengar terlalu banyak kes masyarakat yang 'berpenyakit' dan tidak berakhlak spt skrg.
Allahulam.
--> Afida Anuar
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Benar apa yang saudari bicarakan tu, membaiki diri itu adalah perkara utamanya. Dan dari situlah bermulanya pendidikan kepada generasi yang dipimpin oleh seseorang. Proses awal inilah yang bakal melahirkan manusia yang berakhlak.
Jika tidak diusahakan, kita akan kerap mendengar kes masyarakat yang 'berpenyakit.'
Thanks..:)
Nak selamat...? Buat apa yang di suruh dan tinggal apa yang di larang oleh Allah.
ReplyDeleteTandas segera
--> Miecyber
ReplyDeleteYa bisa selamat. Namun, jika kita biar orang bawah pimpinan kita terumbang ambing, pasti kita juga tidak selamat...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYa Allah, ampunkanlah dosa-dosaku...doa yang tak sudah-sudah diucapkan hingga ke akhir hayat, insyaAllah.
Betapa Allah maha pengasih. Berbuat dosa besar sekalipun andai mahu bertaubat masih lagi diterima.
ReplyDeletePeluang diberi pinjaman nyawa selalu diperlekehkan diri sendiri.
Moga tidak pada diri kita.....
assalamualaikum
ReplyDeletebuat baik dibalas baik...
ada ganjaran dari NYA
buat jahat jangan sekali
tapi berkali2 kerana ada
balasan azab dari NYA...
Allah Maha Pengampun untuk segala
dosa kita... ~
--> ahmad humairi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Itulah sebaik-baik doa kerana kita tak lari dari membuat dosa...
--> Kakzakie
ReplyDeleteSetiap orang yang mengikuti jalan ketaatan kepada Allah, ia pasti memperoleh luapan cinta~Nya.. bertaubatlah segera untuk meraih kasih sayangnya.
--> ♥ manje ♥
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya ikutilah jalan petunjuk
dan berhati-hatilah dari jalan kebinasaan..
assalamualaikum sdra..
ReplyDeletetrime kasih kerana mengingatkan kami semua itu..benar itu, jikalau hendak melakukan apa2, mulakan dengan ahli keluarga kita termasuklah bersedekah..keluargalah yang harus kita perteguhkan dahulu
--> sahromnasrudin
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali saudara. Jika semua mengambil berat tentang perkara ni seluruh masyarakat akan dapat mencetus anak-anak berakhlak yang tinggi...
Salam Ustaz
ReplyDeletedunia makin kejam!!
--> IMANSHAH
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Kejam hasil dari tangan-tangan manusia..
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sihat dan sentiasa dalam limpahan kasih sayangNya.
Singgah sekejap sebelum ke HKL buat fisioterafi lagi.
Setuju sangat dengan langkah pertama yang perlu kita ambil iaitu menjaga ahli keluarga kita terlebih dahulu insyaAllah berkembang ke peringkat masyarakat.
As-salam di Abd Razak semuga sentiasa d bawah rahmat Allah
ReplyDelete...lama kak Hazel tak berkesempatan berkunjung...
Mohon agar di beri kekuatan dan keimanan untuk memperbaikki diri ...
As Salam saudara Abd Razak....
ReplyDeleteTerima kasih untuk info yang banyak memberi pedoman dalam menjalani arus kehidupan.
Doakan cikgu Tie dapat menjadi ibu yang baik untuk membina sahsiah anak-anak.
As salam Ustaz..
ReplyDeleteSaya ade terbaca dalam novel Versus by Hlovate..
Baru saya sedar,sekadar pakai tudung x semestinya baik kalau x mengamalkan sepenuhnya tuntutan agama yg wajib...
Ramai org 'baik' di sekeliling kita tapi solatnye x terjaga...
Assalamualaikum Abd Razak,
ReplyDeleteBudi bahasa sopan santun memang perlu dalam kehidupan seseorang.
Harta menimbun pun kalau tak beradap, orang tak suka. Kalau suka pun mungkin berpura2 saja didepan kita.
--> Werdah
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Alhamdulillah saya sihat kak! Semoga kakak juga sihat dan sentiasa dalam limpahan kasih sayang~Nya.
Rawatan untuk sakit pinggang yang kakak alami erk!
Ya kak! Jika langkah ini dilaksanakan bersungguh-sungguh oleh semua umat Islam, insya Allah semua masalah bisa selesai..
--> hazeleyed lady
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Semoga kakak dikurniakan kesihatan yang baik, ditambahkan keimanan dan kekuatan untuk menjalankan kehidupan ini dengan mengikuti syariat yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Thanks kak! Dapat juga meluangkan masa ziarah ke sini..
--> Cikgu Tie
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Ya cikgu, anak itu merupakan amanah dan kelak kita akan dipersoalkan tentang tanggungjawab kita itu. Jika baik, baiklah balasannya. Namun, jika disebaliknya kesengsaraanlah bakal kita kecapi..
--> Cik SHiNJU
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Benar apa dikatakan, Islam sepatutnya diambil keseluruhannya bukan separuh-separuh, yang mana disukai diambil dan yang tidak disukai ditolak. Orang seperti ini jika tidak bertaubat, buruklah kehidupannya di akhirat kelak..
--> Kunang-Kunang
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Benar apa yang kakak katakan tu, sungguh akhlak yang baik itu sebagai pengaruh untuk kesempurnaan iman seseorang.
Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesempurna-sempurna iman seseorang di antara kamu adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR. Muslim, Ahmad, dan Abu Dawud).
salam
ReplyDeleteRasulullah contoh tauladan sepanjang zaman, tetapi umat sekarang lebih menyanjungi para artis dan penghibur yang tidak ada pegangan agama yang betul...
Assalamualaikum En Abd Razak.
ReplyDeletemoga Allah melimpahkan rasa taqwa ke dalam hati kita semua.
hakikatnya,baitulmuslim merupakan salah satu formula untuk kita menyebarlauskan dakwah malah untuk memastikan semakin banyak keluarga2 muslim terbentuk di muka bumi ini.
doakan kami2 yang bujang ini, moga2 kita semua akan terus memperbaiki mutu iman malah akan terus menerus berada dlm kemanisan iman..
terima kasih atas entri ini..
--> Mohamadazhan hjDesa
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Berbahagialah orang-orang yang mengikuti jejak Rasulullah dan rugilah orang-orang yang meninggal segala ajarannya..
--> Mutiara Bernilai
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih mendoakan, moga Allah terus mengetuk hati kita dengan limpahan rasa taqwa ke dalam hati kita semua...
Ya saudari, formula itulah yang paling berkesan kerana rumahtangga yang dibina bertunjangkan iman dan taqwa, serta bersungguh-sungguh dalam menjalankan amanah Allah, mendidik anak-anak ke arah kesempurnaan, keberkatan sebagai tanda rahmat dari Allah akan melimpah-limpah.
Afwan..
assalamualaikum Ustaz,
ReplyDeletenampak sangat keruntuhan moral dan akhlak generasi muda sekarang berpunca dari rumah sendiri... bila ibu bapa lalai menerapkan nilai2 murni yang dituntut agama
Assalamualaikum
ReplyDeleteRumahtangga merupakan tapak asas dalam membina ummah yang bahagia. Runtuh tapak, runtuhlah segalanya.
Terima kasih.
P/S:Selamat mengundi, semoga Sarawak akan mula membina tapak yang kuat dalam membina ummah bahagia.InsyaAllah.
--> ibuintan
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Benar apa dikatakan. Pendidikan awal adalah datangnya dari rumah, ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya mendidik anak-anak mereka sebelum mereka mengenal dunia luar. Baik didikannya baiklah mereka di luar.
--> Ros Illiyyuun
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Benar apa kitak padah. Mun asasnya sik ada lihatlah kelak keruntuhannya. Namun jika mereka sedar awal akan kepincangan ini dan membinanya semula dengan bersungguh-sungguh, insya Allah bantuan dari Allah akan menyusul.
Ya, itulah yang sangat diharapkan.
Terima kasih kitak..
ya allah kau peliharalah akhlak aku dan juga keturunan ku....
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteteringat kat nasyid
hamba-Mu rasa berputus asa
siapakah dapat bersihkan diri
dari segala
dosa yang ada...
moga Allah pandu kami atas jalan kebenaran sepanjang kehidupan ini
--> Alimaz-Kembara Terasing
ReplyDeleteMoga Allah limpah perkenankan doa saudara suami isteri...amin
--> cemomoi
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Saya pun tak tahu nasyid tu..
Cari kat google
Barulah tahu nasyid Nazri Johani
Moga Allah memandu kita di atas jalan yang benar..amin
InsyaAllah...sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz
ReplyDeleteterima kash atas ingatan yang ustaz berikan.
yelah teringat kat nasyid seperti yang saudara cemomoi sebutkan...
...putus asa ku tiada lag..
terasa diri kurang bersyukur...
--> Sitie BUm BUm
ReplyDeleteMoga Allah kurniakan petunjuk jalan menuju~Nya..
--> ummu
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih kembali ummu..:)
Jangan hendaknya kita berputus asa dalam mencari redha~Nya...moga Allah beri kurnia~Nya
Assalamualaikum EN Abdul Razak.
ReplyDeleteLawatan pertama
--> Ibnu Mutalib>
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Syukran kerana sudi singgah di sini
Salam Tn. Razak,
ReplyDeletesesungguhnya hanya Akhlak yang ditunjukkan Oleh Rasulullah s.a.w yang terbaik...moga kita semua dan generasi muda sekarang dapat mengikutnya....
salam ziarah en razak.semoga sihat hendaknya.maaf lama x jejak di sini
ReplyDelete--> Norsha
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
KELAHIRAN Rasulullah adalah umpama cahaya bulan yang menyinari kegelapan malam.
Oleh itu, segala contoh ikutan yang ingin diambil oleh umat Islam sama ada sebagai pemimpin, ketua keluarga, majikan, pendidik, pelajar, tokoh korporat dan sebagainya semuanya ada di dalam diri Rasulullah.
--> Pacifist
ReplyDeleteوعليكم السلام ورحة الله
Terima kasih saudara, berkunjung di sini. Saya pun dah lama juga tak ke tempat saudara...insya Allah akan saya cuba usahakan ke sana..