Friday, November 10, 2017

Menipu terang-terang mengambil hak orang...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Mencari kenikmatan dunia bukanlah suatu hal yang terlarang, malah kita diperintahkan supaya bertebaran
di permukaan bumi ini mencari karunia Allah. Namun, dalam mencari karunia-Nya tentu saja dengan jalan yang
diredhai-Nya yakni cara atau jalan yang halal. Bukan dengan cara yang tidak dibenarkan, apalagi sampai
menghalalkan berbagai macam cara.

Allah S.W.T berfirman:

ولا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل وتدلوا بها إلى الحكام لتأكلوا فريقا من أموال الناس بالإثم وأنتم تعلمون

"Dan janganlah kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil, dan (janganlah)
kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan harta sebahagian yang lain itu dengan
(jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya (QS. Al-Baqoroh:188)

Larangan terhadap perilaku dan sikap demikian bertujuan agar terhindar dari perbuatan zalim.
Dalam Hadith Qudsi Allah swt berfirman:

ياعبادى إنى حرمت الظلم على نفسى وجعلته بينكم محرما فلا تظالموا

"Wahai hamba-Ku, Aku haramkan aniaya atas diri-Ku dan Ku jadikan ia larangan bagimu,
maka janganlah saling menganiaya.

Untuk itu, perbuatan zalim adalah sesuatu yang dimurkai oleh Allah. Apakah itu zalim terhadap diri sendiri
terlebih zalim terhadap sesama makhluk. Rezeki Allah itu teramat luas dan sudah dijamin oleh Allah maka
seharusnya kita terus berusaha dan berdo'a.

اللهم اكفنى بحلالك عن حرمك وأغننى بفضلك عمن سواك

"Ya Allah cukupkanlah aku dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu, dan cukupkanlah aku dari anugrah-Mu dari selain-Mu".

Semoga Allah senantiasa memberikan kelapangan dan keluasan rezeki dan menghindarkan diri kita dari
berbagai bentuk kezaliman. Aamiiin ya rabbal'alamiin

Wallahu a'lam

7 comments:

  1. Assalamualaikum
    Apa khabar kita tek? Masih ingat kamek kah? kwn babur kitak dolok ria! Harap kitak masih ingat dgn kamek.Ya lah sistem sekarang telah byk menyisihkan ke haluan yang sebenar ke jalan Allah SWT.
    Zaman yang semakin maju kini sehingga menyebabkan manusia terkejar2 masa, tanpa disedari banyak perkara yang tidak mengambil berat soal agama dan kehidupan. Mereka yang banyak pengetahuan agama pun masing2 memikirkan kehidupan sendiri sehingga tidak mengambil tahu hal2 masyarakat apa tah lagi untuk menegur perkara2 kemungkaran.
    حَدَّثَنَا آدَمُ، حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ الْمَقْبُرِيُّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ ‏"‏‏.‏
    Dari Abi Hurairah dan telah bersabda Rasulullah s.a.w. ,` Sesungguhnya pasti akan datang satu zaman dimana manusia tidak ambil peduli dimanakah datangnya harta samada dari sumber halal mahupun haram.
    Reference : Sahih al-Bukhari 2083
    In-book reference : Book 34, Hadith 36
    Keadaaan ini bertambah buruk jika sekiranya keadaan masyarakat/negara mengamalkan `sistem pejam mata` dimana manusia mempunyai kuasa dan bebas membuat sesuka hati. Apabila kuasa dah ada di tangan mrk, tak perlu ckplah krn boleh menghuru-harakan keadaan ekonomi negara.
    وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ إِلَّا أَن تُغْمِضُوا فِيهِ
    Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Surah AlBaqara;267
    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Alhamdulillah sihat jak tok, kitak tek apa khabar?

      Benar kata kitak ya, urang kinek tok fikir duit jak sik kira camni nak dapatkannya. Orang yang berilmu agama pun dah nampak sama jak caranya tapi tidaklah semua.

      Delete
  2. Assalamualaikum
    Apa yang boleh kita buat sekarang adalah sentiasa teguh dan beristiqamah dalam segala hal hidup. Semua itu akan disoal dan minta dipertanggung-jawabkan . Bermakna, kita mesti kuat utk menghadapi mehnah hidup seperti mana sabda Rasulullah saw.
    Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported:
    Messenger of Allah (ﷺ) said, "A strong believer is better and dearer to Allah than a weak one, and both are good. Adhere to that which is beneficial for you. Keep asking Allah for help and do not refrain from it. If you are afflicted in any way, do not say: 'If I had taken this or that step, it would have resulted into such and such,' but say only: 'Allah so determined and did as He willed.' The word 'if' opens the gates of satanic thoughts".[Muslim].

    السادس‏:‏ عن أبي هريرة رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ ‏ "‏ المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف وفي كل خير‏.‏ احرص على ما ينفعك، واستعن بالله ولا تعجز‏.‏ وإن أصابك شيء فلا تقل‏:‏ لو أني فعلت كان كذا وكذا، ولكن قل‏:‏ قدر الله، وما شاء فعل؛ فإن لو تفتح عمل الشيطان‏"‏ ‏(‏‏(‏ رواه مسلم‏)‏‏)‏‏.‏
    Arabic/English book reference : Book 1, Hadith 100
    Mungkin ada yang bertanya, sampai bilakah kita mesti dalam keadaan begini? Jawab Allah SWT
    مَّا كَانَ اللَّـهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ
    Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Surah Ali Imran:179

    Maaf jak, mun kamek biar kitak translate hadis ya dlm English sbb language kitak lebih baik dari kamek empon! Auk sama2lah kita saling menasihati antara kita sbb mcm ne kuat kita, masih byk kelemahan nok diperbaiki. Ya dinamakan `islah` sentiasa perbaiki diri dari masa ke semasa. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum bang.. dah lama adk tak jenguk blog abg ni..
    Jika mengambil hak org lain, di akhirat nnti segala pahala amalannya akan digunakan utk membayar milik org lain yg diambil secara penipuan. Dosa org yg dizalimi akan diberikan kpd org yg melakukan penipuan ... jadilah ia seorang yg muflis di akhirat nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam dik,

      Terima kasih jengok blog abg yang dah bersawan ni..:-)

      Benar dik, hendaknya diselesaikan segala di dunia ini agar tidak menyesal di akhirat kelak. Muflis di akhirat tiada siapa boleh menolong

      Delete


  4. توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
    احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
    تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
    العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
    تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
    مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
    شركة تنظيف بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تنظيف شقق بالجبيل
    شركة تنظيف فلل بالجبيل


    شركة تنظيف مجالس بالجبيل
    شركة تنظيف منازل بالقطيف
    شركة تنظيف مجالس بالقطيف
    شركة تنظيف سجاد بالقطيف
    شركة تنظيف شقق بالقطيف

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.