Friday, October 27, 2017

Jangan hantar saudaramu ke Neraka


Syeikh Muhammad Mutawalli al Sya'rawi (1911-1998 M, Tokoh Tasfir Mesir) ada menceritakan;

Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim, aku bertanya kepada dia:

"Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?"

Pemuda: "Sudah tentu halal dan di bolehkan membunuh mereka."

Syeikh Sya'rawi: "Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah,
apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?"

Pemuda: "Sudah tentu masuk neraka."

Syeikh: "Ke mana syaitan ingin membawa mereka?"

Pemuda: "Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan."

Syeikh: "Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka."

Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadis Rasulullah s.a.w.:

Ketika mana lalu jenazah yahudi di hadapan baginda, baginda bangun dan menangis, sahabat bertanya,

"Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah?"
Baginda berkata: "Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!"

Syeikh: "Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah s.a.w. yang inginkan hidayah buat semua manusia
dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan baginda di lembah yang lain!"

Semoga Allah merahmati Syeikh Sya'rawi.

Wallahua'lam...

# Muhasabah diri:
Jangan biarkan saudara kita lalai dan menuju neraka, tugas kita membawa mereka kembali ke jalan kebenaran
secara berakhlak. Jangan sesekali meninggalkan mereka dan akhlak adalah pintu dakwah.

2 comments:

  1. assalamualaikum ustazm bagus sekali entri ini sebagai peringatan sebelum mengambil sesuatu tindakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Abg Haji,

      Betul tu bang, haruslah difikirkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil sesuatu tindakan agar tidak menyesal di kemudian hari.

      Terima kasih Bang Haji

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.