الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Seluruh zikir yang dibaca pada hari lain juga dibaca hari Jumaat.
Anjuran supaya banyak berzikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
menjadi lebih kuat pada hari Jumaat berbanding dengan hari yang lain.
Dalam Kitab Ibnu Sunni, Anas r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda,
مَنْ قَالَ صَبِيحَةَ يَوْمِ الْجُمُعَةِ قَبْلَ صَلَاةِ الْغَدَاةِ
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِي لَا اِلَهَ إِلَا الله هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ غَفَرَ اللهُ ذُنُوبَهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Siapa yang pada pagi Jumaat sebelum solat subuh mengucapkan,
"Aku memohon keampunan Allah yang tiada tuhan yang patut disembah
selain Dia yang Maha Hidup lagi Maha Menghidupkan dan aku bertaubat
kepada~Nya" sebanyak tiga kali, pasti Allah mengampuni dosa-dosanya
walaupun sebanyak buih di lautan.
Dianjurkan membanyakkan doa pada hari Jumaat bermula dari terbit fajar
sehingga tenggelam matahari dengan harapan dapat menepati waktu dimakbulkan
doa. Ada banyak perbezaan pendapat mengenai waktu doa dimakbulkan pada
hari Jumaat. Satu pendapat mengatakan, selepas terbit fajar dan sebelum
terbit matahari. Pendapat lain mengatakan, selepas terbit matahari. Pendapat
lain mengatakan, selepas gelincir matahari. Pendapat lain lagi mengatakan,
selepas waktu asar. Ada pendapat lagi mengatakan, selain waktu-waktu itu.
Yang benar malah paling benar daripada yang lain adalah apa yang disampaikan
dalam Sahih Muslim daripada Abu Musa al-Asy'ari, daripada Rasulullah s.a.w.
bahawa waktu itu ialah waktu di antara duduknya imam di atas mimbar sehingga
salam dalam solat.
Wallahu a'lam
Rujukan Kitab Keagungan Zikir dan Doa Harian Rasulullah karangan Imam Nawawi.

Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.
Dengan sentiasa berzikir insyaAllah hati sentiasa tenteram. Doa pula membuatkan kita rasa sangat berhajat kepadaNya. Tiada siapa yang boleh menunaikan hajat dan menolong kecuali Allah.
Wa'alaikumusalam Kak Werdah..
DeleteSemoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT...aamiin
Zikir bisa menjadi hati terisi dengan iman, yakin, ikhlas, redha, sabar, syukur, tawakal, takut dan berharap dengan Allah SWT. Hati yang mampu merasa sihat dalam sakit, kaya dalam miskin, ramai dalam keseorangan, lapang dalam kesempitan dan terhibur dengan ujian dan mehnah dari Tuhan.
Assalamualaikum sahabatku..
ReplyDeleteBerkata Syaidina Ali bin Abu Thalib r.a.
" Zikir kepada Allah itu adalah makanan bagi jiwa (ruh) dan memuji Allah itu menjadi minuman jiwa, sedang malu kepada Allah pula menjadi pakaian bagi jiwa. Tidak ada lagi kelazatan yg lebih utama daripada berzikir hanya kepada Allah dan tidak ada lagi nikmat yang lebih utama daripada berhubung dan bermesra dengan Allah "
Dlm zikir itu ada rasa ketenangan, keindahan, kemesraan, rindu, cinta dan kelazatan andainya dilakukan dengan keikhlasan..Insya Allah.
Moga Allah redha..
Wa'alaikumusalam sahabat...
DeleteBenar, zikir itu menenangkan jiwa, mendekatkan diri kepada Allah SWT. Biarpun jiwa bergolak namun Allah hilangkan segala keluh kesah.
Terima kasih sahabat, moga dirimu sentiasa dalam redha Allah..