Friday, October 31, 2014

Bersiwak..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebut di dalam kitab Nashaihul Ibad,

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, mesti bagimu bersiwak/menggosok gigi
karena di dalamnya terdapat 10 perkara yang terpuji, iaitu :

a. Membersihkan mulut.

b. Menyenangkan Tuhan. (Allah suka)

c. Dibenci syaitan.

d. Dicintai Allah dan malaikat hafadhah.

e. Menguatkan gusi dan gigi.

f. Menghilangkan bulgom dan kahak.

g. Menyegarkan nafas.

h. Mencegah penyakit komplikasi.

i. Menguatkan mata.

j. Menghilang bau busuk

Adalah sunat bersugi pada bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah
bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran,
selepas makan dan ketika berubah bau mulut.

Dari Syaidatina Aisyah r.ha.: “Sesungguhnya Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

السِّوَاكَ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِّ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ

“Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya.” (Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi)


Pentingnya bersiwak sebagaimana sabda Nabi s.a.w. sebagai berikut,

"Sholat dengan bersiwak lebih utama daripada 70 sholat tanpa bersiwak."


Wallahu a'lam


6 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Islam sangat beratkan kebersihan terutama jika hendak beribadat, bersolat, sampai ke tahap wajib..Islam itu indah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Benar apa yang dikatakan, sehingga di luar daripada solat kita terdidik dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan keadaan sekeliling kita.

      Delete
  2. lama akak tak berkunjung kesini..diharapkan tuan rumah dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungan..

      Alhamdulillah atas kurniaan~Nya..

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

    Dengan menjaga kebersihan diharapkan kita semua mendapat keredhaan Allah SWT. Menjaga kebersihan mulut amat diberatkan begitu juga menjaga hati dan lidah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah,

      Terima kasih mendoakan saya...

      Benar kak, bila kebersihan itu dijaga dengan rapi, keadaan kesihatan kita pun terjaga sama.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.