الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata,
"Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami
dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah,
Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami."
Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah
dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang
hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat
perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah
para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan
mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham
dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya
tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat." (H.R. Abu Daud dan Tirmizi)
KETERANGAN
Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah s.a.w.
bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau
dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa
yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w. dalam hadis, iaitu:
Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan
segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan~Nya.
Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya
mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al-Quran dan sunnah
Nabi s.a.w. dan sunnah-sunnah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai
sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.
Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin
(Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala,
iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman
ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga
pada hari kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah
kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama.
Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut
pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat
atau bahasa sahaja (iaitulah bid'ah hasanah).
Wallahu a'lam..
Diambil dari Kitab Hadis Akhir Zaman

Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.
Benarlah kata-kata nasihat di sini. Dalam keadaan sekarang ini banyak yang menjadi ujian/cabaran/dugaan dan fitnah kita eloklah berhati-hati. Awasilah diri agar terus terhindar daripada terlibat. Mudah-mudahan hati terdidik untuk sentiasa memerhatikan diri.
Wa'alaikumusalam Kak Werdah..
DeleteSemoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT...aamiin
Ya kak, dunia kini kian mencabar kehidupan kita. Hanya dengan ilmu yang Nabi s.a.w. tinggalkan bisa menjaga diri kita dari terjebak dalam perkara yang terlarang.