Friday, September 26, 2014

Jangan bersedih..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Janganlah terus tenggelam dalam kesedihan
dan penuh penyesalan apabila Allah
mengambil semula apa yang dipinjamkan~Nya
kepada kita.

Bersyukurlah kerana kita pernah memiliknya
dan bersabarlah apabila kita terpaksa
melepaskannya.

Ingatlah, pasti ALLAH akan menggantikannya
dengan sesuatu yang lebih baik.
Jika bukan di dunia...
INSYA ALLAH..
di akhirat kelak.

Imam Syafie pernah berkata :

Sabar menghadapi MUSIBAH adalah
sebesar-besar erti SABAR di mana sabar itu
memerlukan KESABARAN pula.

Adapun BALA dan MUSIBAH, ia akan menunjukkan
adanya perhatian dan kasih sayang
ALLAH.

Oleh itu, syukuri ia kerana
SYUKUR yang sedemikian
adalah setinggi-tinggi erti
SYUKUR.


"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu,
dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami
untuk keselamatan agama kami"...aamiin

Barakallahufik...

6 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak.

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

    Setiap orang ada ujiannya dan ujian yang paling sukar ialah bersabar menghadapi ujian itu sendiri.

    Jika gagal dalam bersabar mana mungkin dapat apa yang Allah nak bagi hasil daripada ujian tersebut.

    Allahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Aamiin Ya Rabb...syukuran atas doanya, didoakan begitu juga buat kakak di sana..

      Benar kak, bila ada ujian sebenarnya Allah hendak kurniakan sesuatu yang lebih baik daripada itu ataupun pengampun dosa kita yang lalu. Hanya DIA yang Mengetahuinya..

      Delete
  2. Assalamualaikum sahabatku..

    Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan dan dikasihi Allah swt..aamiin

    Setiap kesedihan itu adalah sementara begitu juga kegembiraan..kedua duanya silih berganti tiada yang kekal abadi..Terimalah ia dengan rasa sabar, syukur dan redha serta yakinlah ada hikmah menanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabatku..

      Semoga dirimu juga sentiasa dikurniakan kesihatan dan dikasihi Allah swt..aamiin

      Ya tepat sekali, kehidupan kita diwarnai dengan suka duka silih berganti, dan merasa syukur dan sabarlah menjadi hiburannya dan sentiasa redha dengan apa yang berlaku..

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.