Friday, August 01, 2014

Qada' puasa..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari
pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.”
(Riwayat Muslim)


Seseorang yang ingin melakukan puasa qada’ dan puasa enam dalam bulan Syawal,
para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;


1. Berniat puasa qada’ Ramadhan dan sunat Syawal, akan perolehi dua ganjaran, dengan syarat
mendahulukan niat puasa qada’ kerana puasa qada’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.


2. Berpuasa qada’ sekalipun tanpa berniat menggabungkannya, ganjaran puasa enam tetap akan
diperolehi, namun pahalanya kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.


3. Berpuasa qada’ wajib atau sunat pada bulan Syawal akan tetap dapat pahala puasa enam,
sekalipun ia tidak berniat dan tidak mengetahui tentang puasa enam. Ini kerana ia telah
mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa pada bulan Syawal.


4. Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat enam diperolehi juga dengan niat
puasa qada’ atau puasa nazar. Maka sesiapa yang uzur atau tertinggal puasa Ramadhan,
lalu digantikan pada Syawal, maka pahala sunat puasa Syawal turut diperolehnya.


Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada’
akan dinilai bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara
berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang lebih banyak di sisi Allah SWT.


Menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk
berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadhan, maka dia boleh mengqadanya
dalam bulan Zulkaedah.


Wallahu a'lam


6 comments:

  1. aiwah.. terima kasih ilmu bermanfaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afwan ya akhi..

      Terima kasih kembali..:)

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahateraan dan dalam redha Allah SWT..aamiin

    Sesiapa yang perlu qadha puasa bolehlah pilih yang tidak memberati dirinya yakni sesuai dengan panduan yang diberikan ini. Di samping tidak meninggalkan puasa 6..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahateraan dan dalam redha Allah SWT..aamiin

      Benar kak, ambillah cara yang paling afdhal dalam melaksanakan ibadah puasa qada' dan puasa enam.

      Delete
  3. Syukran brother. Kadang2 naik confius kita
    Dgn penerangan dr info2 yg lain.

    Selamat hari raya brother. Maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sis...

      Selamat hari raya maaf zahir batin

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.