بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Kenapa ziarah
maqam Aulia..??!!! Sedangkan mereka tiada memberi kuasa atau
manfaat apa-apa
dan tempat meminta hanya pada Allah…??!”
Al-Habib Umar bin
Hafidz lantas menjawab :
“Benar wahai
saudaraku, aku juga berpendapat sama denganmu, bahwa mereka tiada
mempunyai
kekuasaan dan manfaat apa-apa. Tetapi sedikit perbezaan ku dengan dirimu,
kerana aku lebih
senang menziarahi mereka kerana bagiku mereka tetap hidup dalam
membangkitkan jiwa
yang mati ini untuk cinta kepada Allah...!!!
Tapi aku sangat
heran, kenapa engkau tiada melarang aku menziarahi ahli dunia,
mereka juga tiada
kuasa dan manfaat apa-apa. Bahkan duduk dengan mereka mematikan
hati dan membuat
lupa pada Allah. Yang mana kehidupan mereka bagiku seperti mayat yang
berjalan. Rumah
dan tempat tinggal mereka adalah tempat yang tiada membangkitkan
jiwa untuk cinta
pada Allah.
Hakekat kematian
dan kehidupan di sisi Allah adalah jiwa. Banyak mereka yang
dilihat hidup tapi
sebenarnya mati, banyak mereka yang dilihat mati tapi sebenarnya hidup,
banyak yang
menziarahi pusara terdiri dari orang yang mati, sedangkan dalam pusara
itulah orang yang
hidup. Aku lebih senang menziarahi maqam kekasih Allah dan para syuhada'
walaupun hanya
pusara, tetapi ia mengingatkan aku akan kematian, kerana ia mengingatkan aku
bahwa hidup adalah
perjuangan, kerana aku dapat melihat jiwa mereka ada perjuangan
cinta yang hebat
sehingga mereka dicintai oleh Tuhannya lantaran kebenaran cinta mereka.
Wahai saudaraku,
ku ziarah maqam Aulia, kerana pada maqam mereka ada cinta, lantaran
Cinta Allah pada
mereka, seluruh tempat bersimpuh mereka dicintai Allah. Cinta tiada
mengalami
kematian, ia tetap hidup dan terus hidup dan akan melimpah kepada para
pencintanya.
Aku berziarah
kerana sebuah cinta, juga kerana ingin mengambil semangat mereka, agar
aku dapat
mengikuti mereka dalam mujahadahku. Aku mengangkat tangan di sisi maqam
mereka,bukan
meminta kuasa/manfaat dari mereka, akan tapi memohon kepada Allah agar
aku juga dicintai
Allah, sebagaimana mereka dicintai Allah.