بسم الله الرحمن الرحيم
SAUDAGAR MINYAK DAN BURUNG NURI
Seorang saudagar minyak atar memelihara seekor burung nuri untuk berkawan, menyahut sapa dan menjaga kedai semasa ketiadaannya.
Pada suatu hari semasa saudagar keluar berdagang, seekor kucing menendang botol minyak atar lalu tumpah.
Sekembali saudagar ke kedai ia menjadi berang kerana marah tumpahnya minyak wangi; lalu dijentiknya kepala nuri akibat sangkanya nuri yang empunya kerenah angkara. Lalu gugurlah bulu-bulu dari kepala si nuri hingga menjadi botak seluruhnya. Hilanglah riangnya si nuri itu tidak mahu bernyanyi dan bersapa lagi; walau dipujuk atau dirayu si saudagar.
Pada suatu hari seorang pembeli masuk ke kedai membeli atar dan kepalanya juga botak licin seperti si nuri.
Maka bersuaralah akan si nuri tadi berkatanya, "Wahai tuan yang budiman, minyak siapakah yang tuan tumpahkan hingga gugur bulu di kepala seperti hamba?" Si pembeli tersenyum saja tahu ia si nuri melihat bentuk zahir rupa tanpa mengerti sebab dan punca.
ORANG TUA DENGAN TABIB
Seorang tua berjumpa dengan tabib, "Kenapa badanku terasa sakit?" Jawab tabib, "Kerana usiamu." "Kenapa perutku sakit selalu?" "Kerana usia tuamu." "Kenapa kaki juga tanganku terasa sakit?" "Kerana usiamu," kata tabib. Orang tua menjadi berang, "Bukankah kau tabib? Tidak adakah jawapan lain ibarat burung kakak tua yang tahu berkata hanya usia tua?" Kata tabib, "tahukah kamu mengapa kau berang?; kerana usiamu!"
MERAK YANG TAATKAN TUANNYA
Seekor merak dilihat petani
Mencarik ekor membinasa diri
Mengapa demikian engkau perlaku
Apa sudah akalmu buntu?
Aduhai petani dengar cerita
Akan ekorku indah mulia
Kerana indahnya menjadi punca
Diburu pemburu ke sini ke sana
Menjadi tuanku gundah gulana
Biar binasa akan diri
Agar tuanku senanglah hati
Apa guna cendana peri
Jika ia disalah erti
Demikianlah kecantikan, kekayaan dan pangkat itu adalah ujian kehidupan dunia sahaja. Ia dijadikan untuk kita mengenal erti sebenar ketulusan dan penyerahan.
Dikutip dari Rangkaian SASTERA SUFI

Bentuk yang sama tetapi maknanya berbeza di antara yang mengerti dan yang tidak mengerti.
ORANG TUA DENGAN TABIB
Seorang tua berjumpa dengan tabib, "Kenapa badanku terasa sakit?" Jawab tabib, "Kerana usiamu." "Kenapa perutku sakit selalu?" "Kerana usia tuamu." "Kenapa kaki juga tanganku terasa sakit?" "Kerana usiamu," kata tabib. Orang tua menjadi berang, "Bukankah kau tabib? Tidak adakah jawapan lain ibarat burung kakak tua yang tahu berkata hanya usia tua?" Kata tabib, "tahukah kamu mengapa kau berang?; kerana usiamu!"
Bagi si jahil setiap penjelasan tidak dapat diterima.
MERAK YANG TAATKAN TUANNYA
Seekor merak dilihat petani
Mencarik ekor membinasa diri
Mengapa demikian engkau perlaku
Apa sudah akalmu buntu?
Aduhai petani dengar cerita
Akan ekorku indah mulia
Kerana indahnya menjadi punca
Diburu pemburu ke sini ke sana
Menjadi tuanku gundah gulana
Biar binasa akan diri
Agar tuanku senanglah hati
Apa guna cendana peri
Jika ia disalah erti
Demikianlah kecantikan, kekayaan dan pangkat itu adalah ujian kehidupan dunia sahaja. Ia dijadikan untuk kita mengenal erti sebenar ketulusan dan penyerahan.
Kasih dan taat adalah asas penghidupan; pentingnya perhambaan yang sebenar berlandaskan UBUDIYYAH.
Dikutip dari Rangkaian SASTERA SUFI
Assalamu'alaikum Abd Razak
ReplyDeleteSemoga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT..Aamiin
Mencari erti sebenar sesuatu perkara memerlukan pertimbangan yang wajar. 'Aqal diberi menjadikan kita ditaklifkan. Benarlah itu menjadi ujian yang sangat besar kepada kita. Semoga kisah tuan punya nuri, nuri sendiri dan pesakit mahupun si merak diambil iktibar..
Tak jemu ulang-ulang membacanya.. :))))
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteSemoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan sentiasa dalam redha Allah SWT...aamiin
Bersalahan dalam pengertian sesuatu akan memudaratkan dan akan melahirkan kepercayaan yang menyimpang. Tegasnya perlu didorongi oleh ilmu yang diredhai.
Terima kasih, kak! :)
Assalammualaikum wbt Ustaz.
ReplyDeletePerkongsian ilmu yang amat bermanfaat dunia akhirat. Terima kasih. Boleh tak copy-paste kat blog saya untuk dipanjang-panjangkan. Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteYa, silakan cikgu, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak..
:)
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBelajar untuk mengerti apa itu kehidupan melalui jalan kehidupan.
Walau sependek mana jalan, ia masih sebuah jalan pada sebuah kehidupan. Dalam memaknakan harapan untuk terus hidup di sisi Tuhan.
(^__^)y
Moga Allah kasih.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteBenar..
Hidup adalah proses pembelajaran dan memaknakan ia atas jalan syariat yang sudah ditentukan. Harapan dan pergantungan hanyalah tertuju kepada Yang Maha Pencipta.
Moga Allah kasihkan dirimu..
:)
salam ustaz.. dah lama tidak ke mari..
ReplyDeletehanya yang mengerti erti akan memahami siratan sesuatu erti.. :)
suke entry ini ustaz.. :) mendalam bagi yg mengerti..
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteTerima kasih sudi singgah di sini..
:)
Assalamualaikum:)
ReplyDeleteMoga ktk sihat dan sentiasa dilindungiNya biar mana jua ktk berada..Amin..
Menarik sekali rangkaian sastera Sufi tukk..
setiap penceritaan..setiap penulisan...ada pengajaran yang tersirat..ada peringatannya..semua ada manfaat pada mereka yang mengerti..
:)
Tksh ktk..:)
Wa'alaikumusalam..:)
DeleteTerima kasih atas doa kitak, moga nikmat yang sama Allah kurniakan juga buat kitak dan selamat dalam percutian kitak...aamiin :)
Tegasnya orang-orang pilihan Allah sentiasa dalam bimbingan~Nya dalam menyampaikan risalah yang Nabi s.a.w. bawa melalui berbagai kaedah dan cara umpamanya tulisan sastera yang bisa menbangun jiwa manusia untuk taat kepada Allah.
Terima kasih juak buat kitak..:)
Ustaz..
ReplyDeletecerita yang mempunyai banyak maksud yang tersirat....saya tertarik dengan cerita si Nuri...selalu kita manusia ni macam tulah..selalu melulu menuduh sebelum memastikan kebenaran tuduhan itu....TQ sudi kongsi cerita yang menarik ni...
Puan Azi..
DeleteKesimpulannya, berhati-hatilah dan jangan menuduh seseorang secara melulu tanpa sebarang periksa.
Terima kasih kembali..
Assalamualaikum...
ReplyDelete"Bagi si jahil setiap penjelasan tidak dapat diterima."
Tersentuh dengan kenyataan di atas..
Moga diri dijauhkan dari bersifat begini.
Syukran.
السلم عليكم ورحمة الله
DeleteOrang yang tidak memiliki sesuatu tidak dapat memberikan sesuatu apatah lagi untuk memahami..
Afwan...:)
Ilmu di dada akan hilang
ReplyDeleteBila tidak di sampai2kan.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
Delete“Sesiapa ditanya tentang ilmu yang dia ketahui, kemudian dia menyembunyikannya, dia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat.”
(HR Abu Daud dan at-Tirmizi)
mendalam ni.hehehe
ReplyDeletePerlu digali..:)
Deleteالسلام عليكم ورحمة الله
ReplyDeletebelajar, belajar dan masih belajar untuk memaknai erti.
kita cuba mengerti sesuatu yang berlaku pada hari ini, adakalanya ertinya akan berbeza bila kita cuba memahaminya kembali keesokan harinya.
hidup dipenuhi dengan segala rahsia, beruntunglah mereka yang mampu memahaminya dengan benar, melalui jiwa yang penuh sedar sebagai hamba.
syukran atas perkongsian.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteBenar, jangan hendaknya pengertian itu disalah ertikan hingga membawa ke jalan yang tidak redhai..
Afwan..:)
salam sahabat ^_^
ReplyDeleteerti dan mengerti..."terasa"
**moge sihat**
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteMohon kepada~Nya memberi bimbingan...
Moga dirimu sihat juga..:)
erti dan mengerti sangat menyetuh tadz, jazakallah atas pencerahanya
ReplyDeleteSyukran..:)
DeleteSalam saudara Abd Razak
ReplyDeleteSemoga sihat hendaknya.
Dalam mengambil tindakan jangan terburu2. Kaji dan siasat dengan baik untuk mengelakkan kita menyesal dikemudian hari.
وعليكم السلام ورحة الله
DeleteMoga kakak sihat juga hendaknya..
Ya kak, begitulah hendaknya kerana dalam terburu-buru, syaitan bisa masuk campur dan mempergaruhi.
buat diri saYA..
ReplyDeleteSyukran....
Delete