Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki berpesan bahawa manusia
diciptakan Allah sebaik-baik kejadian, dibekalkan dengan akal, nafsu dan iman.
Maka wajarlah kita sentiasa melakukan kebaikan dalam kehidupan yang sementara ini.
Lihat sahaja manusia merekacipta kereta mewah seperti Mercedes, BMW, Volvo,
dan sebagainya. Kenderaannya serba canggih. Mana mungkin manusia bisa menggunakannya
untuk mengangkut kelapa sawit, simen, pasir dan sebagainya. Sudah pasti digunakan
untuk perkara baik-baik sahaja.
Begitulah juga kita manusia, seharusnya kita tidak mengisi kehidupan kita dengan
maksiat dan dosa kerana Allah telah mencipta kita sebaik-baik makhluk di alam ini.
Hatta Allah cipta makhluk lain semuanya untuk manfaat kepada manusia.
Orang yang beriman bila mana ia terjebak dengan dosa hatinya menjadi gundah, runsing,
bimbang akan kemurkaan Allah SWT. Biarpun pintu keampunan terbuka luas namun dirasakan
ia manusia yang paling hina ketika itu kerana dosa yang dilakukan.
Sesungguhnya Allah menyembunyikan 3 hal dalam 3 hal iaitu menyembunyikan keredhaan~Nya
dalam ketaatan kepada~Nya maka janganlah meremehkan kebaikan sekecil apapun sebab
bisa jadi redha~Nya ada di dalam kebaikan itu.
Menyembunyi murka~Nya dalam kemaksiatan kepada~Nya, maka jangalah meremehkan kemaksiatan
sekecil apapun sebab bisa jadi di dalamnya ada murka~Nya.
Dan Allah menyembunyikan kewalian~Nya pada makhluk~Nya maka janganlah meremehkan siapapun
dari makhluk~Nya sebab bisa makhluk tersebut adalah walinya Allah SWT.
Perkara yang sangat beliau sentuh adalah handfon. Biarpun ianya merupakan alat komunikasi
yang sangat diperlukan masa kini namun penggunaannya perlu pada tempatnya yang betul.
Sebagai contohnya, perhatikan pemain bolasepak. Takkan ada dalam kalangan 22 pemain itu
membawa handfon ketika mereka sedang bermain. Jika mereka sanggup meninggalkan handfon,
apakah kita umat Islam ketika sedang beribadah tidak sanggup berbuat demikian.
Setiap bunyi mesej atau deringan dari handfon merupakan pencemaran yang dahsyat ketika umat
Islam sedang solat berjemaah kerana ia merosakkan kekhusyukan seluruh jemaah. Apakah ada
yang lebih berkuasa dari Allah SWT sehingga kita tidak sanggup meninggalkan handfon atau
mematikannya atau sekurang-kurangnya mematikan suaranya ketika mengerjakan solat.
Wallahu a'lam