Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, October 27, 2017

Jangan hantar saudaramu ke Neraka


Syeikh Muhammad Mutawalli al Sya'rawi (1911-1998 M, Tokoh Tasfir Mesir) ada menceritakan;

Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim, aku bertanya kepada dia:

"Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?"

Pemuda: "Sudah tentu halal dan di bolehkan membunuh mereka."

Syeikh Sya'rawi: "Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah,
apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?"

Pemuda: "Sudah tentu masuk neraka."

Syeikh: "Ke mana syaitan ingin membawa mereka?"

Pemuda: "Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan."

Syeikh: "Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka."

Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadis Rasulullah s.a.w.:

Ketika mana lalu jenazah yahudi di hadapan baginda, baginda bangun dan menangis, sahabat bertanya,

"Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah?"
Baginda berkata: "Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!"

Syeikh: "Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah s.a.w. yang inginkan hidayah buat semua manusia
dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan baginda di lembah yang lain!"

Semoga Allah merahmati Syeikh Sya'rawi.

Wallahua'lam...

# Muhasabah diri:
Jangan biarkan saudara kita lalai dan menuju neraka, tugas kita membawa mereka kembali ke jalan kebenaran
secara berakhlak. Jangan sesekali meninggalkan mereka dan akhlak adalah pintu dakwah.

Friday, June 17, 2016

Bab mengumpat dalam bulan Ramadhan


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Ketahuilah kiranya, ya saudaraku! Bahawasanya mengumpat itu berdosa besar sehingga
membatal ia akan pahala puasa. Bermula dalil yang menunjukkan atas yang demikian
itu ialah hadith yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa At-Tirmidzi dengan katanya,

"Diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda ia:
Barangsiapa tiada meninggalkan perkataan sia-sia dan meninggalkan ber'amal
dengan dia, maka tiada baginya Allah itu hajat dengan bahawa meninggal ia
akan makannya dan minumannya."

Yakni, tiada diterima Allah puasanya, kerana maksud Allah Ta'ala membersihkan
seorang yang puasa itu daripada dosa, tiba-tiba diperbuat barang yang salah,
seperti mengumpat dan lainnya daripada yang ditegah Allah.
Maka apalah guna puasanya.

Kata Abu 'Isa At-Tirmidzi:
Bermula hadith Abu Hurairah itu ialah hadith hasan lagi shahih.

Bermula yang mengtamamkan (menyempurnakan) bagi puasa, enam perkara:

1. Memejamkan mata daripada berbuat maksiat.

2. Memeliharakan lidah daripada berbuat maksiat.

3. Menjauhkan telinga daripada mendengar maksiat.

4. Menegahkan anggota kaki tangan daripada berbuat dosa.

5. Jangan banyak makan waktu berbuka.

6. Biarlah hati itu kemudian daripada berbuka puasanya
bergantung antara takut dan harap.

Rujukan: Kitab Bahrul Al-Madzi susunan Muhammad Idris Al-Marbawi

Friday, June 03, 2016

Bulan Ramadhan, puasa dan ...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap amalan anak adam, pahalanya akan digandakan
sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku.
Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya. Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu
syahwat dan makan minum kerana Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka
puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi
daripada wangian kasturi. [Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Fadhilat Puasa, hadis no:1952]

Allah SWT berfirman, Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan
pahala mereka tanpa batas. [Surah az-Zumar 39:10]

Huraian

1. Persamaan yang ada pada hadis qudsi dan ayat di atas ialah ganjaran pahala puasa sama seperti ganjaran sifat sabar,
iaitu pahala tanpa batas. Terdapat banyak penafsiran ulama kenapa pahala puasa itu wujud tanpa batas. Disebut dalam
hadith Rasulullah s.a.w. Seorang lelaki daripada Bani Sulaim berkata: Rasulullah s.a.w. mengira-ngira dengan tangannya;
Tasbih (Subhanallah) itu separuh daripada timbangan mizan, Alhamdulillah pula memenuhi timbangan itu, Takbir (Allahuakbar)
pula mengisi apa yang ada antara langit dan bumi. Puasa itu separuh daripada kesabaran. Bersuci itu separuh keimanan.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab ad-Daawat (Doa), hadis no: 3465, hadis hasan]

2. Sabar itu ada tiga jenis: (Pertama) Sabar dalam mentaati Allah. (Kedua) Sabar daripada melakukan perkara yang
Allah haramkan. (Ketiga) Sabar atas segala musibah yang mendatang. Ketiga-tiga jenis sabar ini berkumpul dalam
ibadah puasa. Dalam ibadah puasa terdapat kesabaran dalam mentaati Allah, sabar dalam menghadapi perkara yang
Allah haramkan ke atas orang berpuasa daripada nafsu syahwatnya, dan bersabar atas apa yang akan menimpa seseorang
yang berpuasa seperti kelaparan, dahaga, lemahnya tubuh badan. Semua penderitaan ini yang berpunca daripada
ketaatan kepada Allah akan membuahkan pahala kepada pelakunya.

3. Puasa itu adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya. Tiada seorang pun tahu yang dia berpuasa atau
tidak kerana ia bergantung kepada niat hatinya. Tiada yang mengetahui kecuali Allah. Seorang hamba itu
(apabila berpuasa) dia meninggalkan kehendak nafsu syahwatnya yang mana kebiasaannya dia secara
sembunyi-sembunyi melakukannya.

4. Pengecualian puasa daripada ibadah-ibadah lain adalah berbalik kepada persoalan kafarah kepada
dosa-dosa yang dilakukan.

Seorang lelaki telah bertanya kepada al-Imam Sufyan bin ‘Uyainah:،

Wahai Abu Muhammad! Terangkan kepada aku tentang hadis nabi sallallahu ‘alaihi wasallam daripada Allah:
Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik aku dan akulah yang akan membalasnya.

Al-Imam Ibn ‘Uyainah menjawab: Ini merupakan hadis yang paling pemurah isi kandungannya. Apabila berlakunya
hari kiamat, Allah akan menghisab amalan hambanya. Kezaliman akan dihukum dengan semua amalan pelakunya
dijadikan kafarah kepada dosa kezaliman tersebut tanpa tinggal sedikit pun kecuali puasa. Lalu Allah bertolak
ansur dengan pahala puasa yang berbaki daripada kezaliman tersebut. Lalu pelaku kezaliman itu dimasukkan
ke dalam syurga kerana pahala puasa tadi.

Ramadhan Kareem, selamat berpuasa semua... :-)

Wallahu a'lam


Friday, April 22, 2016

Teruskan ketaatan...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Assalamualaikum... :-)

Melakukan amal ibadah, amal soleh dan seluruh perbuatan baik secara terus menerus,
setahap demi setahap, ibarat membangun benteng diri yang kukuh.

Mengurus batu-bata satu persatu secara terus menerus hingga akhirnya
berdirilah sebuah bangunan yang megah. Inilah amal yang dicintai Allah,
yakni melakukan kebaikan dan ibadah tanpa henti meskipun hanya sedikit.

Beramal sedikit demi sedikit tetapi terus menerus juga ibarat :

* Menanam benih pohon.
* Memberinya baja.
* Menyiraminya dengan air.

Pohon itu adalah jiwa kita sendiri.
Baja dan airnya adalah amal-amal ibadah dan keimanan.
Sedikit dalam beramal yang dilakukan terus-menerus juga
sama dengan memupuk dan menyiram pohon iman sehingga
ia akan tetap tumbuh segar dan tidak layu. Hasilnya,
jiwa terus terangkat menuju darjat yang lebih baik
serta menjejaki tangga-tangga ke arah kesempurnaan.

Wallahu a'lam

Friday, March 18, 2016

Umrah ke umrah...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Daripada Abi Hurairah r.a., katanya:


Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
'Umrah kepada 'umrah mengkafaratkan dosa antara keduanya,
dan haji yang mabrur tiada baginya balasan melainkan syurga.
(Hasan Shahih)


Ketahuilah kiranya, ya saudaraku!
Telah dikeluarkan oleh Abu 'Isa At-Tirmidzi akan satu hadith, insya' Allah Ta'ala.
Bermula hadith yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa itu begini, katanya:
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi s.a.w. yang masyhur 'alimnya dan
menanggung banyak hadith daripada Nabi s.a.w. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
Bermula 'umrah kepada satu 'umrah itu mengkafaratkan dosa antara keduanya.


Maka barangsiapa mengerjakan dua 'umrah, seperti dikerjakannya tiap-tiap
tahun itu satu 'umrah. Maka 'umrahnya itu menjadikan terampun dosa yang
ada terbuat di antara dua 'umrahnya itu.


Wallahu a'lam


Friday, November 13, 2015

Rezeki itu jaminan Allah...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Syekh Ahmad ibnu Muhammad Ibnu Atha’illah As-Sakandari menasihatkan,
“Kesungguhanmu mengejar apa yang sudah dijamin untukmu (oleh Allah)
dan kelalaianmu melaksanakan apa yang dibebankan kepadamu,
itu merupakan tanda butanya bashirah (mata batin).”

Penjelasan :

Nasihat bijak ini memberikan pemahaman kepada kita, bahawa sebaiknya jangan
memaksakan diri untuk mengejar apa yang sesungguhnya telah dijamin oleh Allah Ta’ala
atas seluruh makhluk ciptaan~Nya.

Sebagaimana disebut oleh Allah Ta’ala dalam sebuah firman-Nya,
“Dan berapa banyak binatang melata yang tidak (mampu) membawa (mengurus)
rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberikan rezeki kepadanya dan kepadamu,
juga Dia Mahamendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Ankabuut : 60)

Juga firman Allah Ta’ala yang lain,
“Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.
Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa.” (Surah Thaahaa : 132)

Seorang bijak yang bernama Ibrahim al-Khawwash pernah berkata,
“Janganlah memaksakan diri untuk mencapai apa yang telah dijamin (untuk dicukupi),
dan jangan menyia-nyiakan (mengabaikan) apa yang telah diamanahkan (diwajibkan)
kepadamu untuk memenuhinya.”

Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w., bersabda,
“Sesungguhnya Allah sangat mencintai seorang hamba yang apabila melakukan suatu pekerjaan,
maka ia melakukannya dengan sebaik-baiknya.” (HR Abu Ya’la dan al-Asykari)

Wallahu a'lam..

Friday, October 30, 2015

Harga diri..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Berkata Imam al-Harits al-Muhasibi Rahimahullahu Taala :

"Orang yang benar ialah orang yang tidak peduli dengan runtuhnya

harga dirinya pada pandangan makhluk asal ia dapat membaikkan hatinya.

Dan ia tidak suka terhadap penglihatan manusia kepada amalan-amalannya

yang baik. Dan ia tidak benci bahawa manusia mengetahui apa jua yang

jahat daripada perbuatannya. Kerana kebencian terhadap perkara tersebut

adalah sebagai bukti bahawa ia menghendaki suatu yang lebih daripada

harga dirinya yang sebenar. Maka hal yang seperti ini bukan termasuk

di dalam ikhlasnya para shiddiqin."




Friday, October 23, 2015

Petunjuk jalan..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:
“Wahai saudaraku, jika engkau berada dalam kejayaan, maka manfaatkanlah kejayaanmu
itu untuk bekal amal taat kepada-Nya. Gunakanlah kejayaan itu untuk mencari jalan
menuju kepada jalan-Nya. Wahai saudaraku, ingatlah bahawa harta yang engkau miliki
itu dapat membakar dan menghanguskan kulitmu di akhirat nanti. Maka belanjakanlah hartamu
sesuai dengan ketentuan Al-Qur’an dan sunah Rasulmu. Agar engkau menjadi sejahtera, dunia dan akhirat.


Wahai saudaraku, cepat-cepatlah engkau menuju kepada Allah. Berlarilah kepada Allah.
Gunakanlah harta yang ada di tanganmu untuk alat menuju kepada-Nya, untuk menegakkan syariat-Nya,
untuk taat kepada-Nya dan untuk mencari ridha-Nya. Seorang mukmin itu harus tahu bahwa Al-Qur’an
adalah roh hidayah yang ada di alam ini, oleh karena itu, antara orang muslim dan Al-Qur’an harus
ada hubungan yang erat. Sebab Al-Qur’an adalah tali Allah yang kuat dan jalan yang lurus.
Al-Qur’an sebagai rahmat untuk alam semesta dan sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia.
Dalam Al-Qur’an telah terhimpun dasar-dasar kebaikan dan petunjuk untuk membangun kehidupan
dan meletakkan landasan ketenteraman di muka bumi ini.


Allah SWT. berfirman:“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang
lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal
shalih bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (QS Al-Isrâ’ [17] :9)”


Wallahu a'lam


Thursday, September 24, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Hari Raya Korban adalah lebih baik daripada
Hari Raya Fitrah kerana Allah SWT menyebut dalam al-Quran.


Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata,
dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Surah al-Kauthar 108 : 2)

Manakala bertakbir pada Hari Raya Fitrah adalah lebih baik daripada bertakbir pada
Hari Raya Korban kerana Allah SWT berfirman :


..dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Surah al-Baqarah 2 : 185)

Adapun solat sunat Hari Raya Korban adalah lebih baik walaupun (dalam hadis Rasulullah s.a.w.)
mendahulukan sebutan solat sunat Hari Raya Fitrah kerana mengikut fakta sejarah,
Rasulullah s.a.w. memulakan solat sunat Hari Raya Fitrah dan selepas itu baru solat sunat
Hari Raya Korban. Oleh itu, kebanyakan para ulama mendahulukan dengan menyebut Hari Raya Fitrah.

(Mengikut sejarah) solat sunat Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Korban mula disyariatkan
pada tahun kedua selepas hijrah. Pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah, Allah SWT memerintahkan
umat Islam supaya berpuasa pada bulan Ramadhan dan membayar zakat fitrah sepanjang bulan
Ramadhan dan diikuti dengan solat sunat Hari Raya Fitrahpada 1 Syawal iaitu pada bulan berikutnya.
Sedangkan solat sunat Hari Raya Korban dilakukan pada 10 haribulan Zulhijjah tahun yang sama.

Wallahu a'lam

Rujukan : FURU' AL-MASAIL WA USUL AL-WASAIL karangan Maulana Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN..

Friday, August 28, 2015

Ikut dan sabar dengan kehendak Allah..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ


Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun),
kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
(Surah Takwir : 29)

ULASAN AYAT:

1. Penghuni syurga ialah mereka yang hanya mengikut kehendak ALLAH dalam segala sesuatu serta
banyak dukacitanya di dunia tetapi dapat bersabar. Tidak berkumpul 2 perkara dalam 1 masa.
Barangsiapa yang terlalu gembira (sehingga lalai) dengan nikmat dunia akan berdukacita di
akhirat dan barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia tetapi dia tetap teguh imannya maka
syurga tempatnya. ALLAH maha adil, jangan kita pernah khuatir tentang segala janji-janjiNYA.
Setiap insan tidak terlepas dari dugaan dan cabaran.

2. Junjungan besar kita Nabi MUHAMMAD SAW lagi hebat dugaan dan cabarannya. Kegagalan, kesedihan,
kekecewaan dan kekalahan bukan titik akhir sebuah perjalanan dan perjuangan. Semua itu merupakan
permulaan untuk sebuah perjalanan dan kehidupan yang lebih mencabar.

3. Persoalan seterusnya bukan untuk kita terus-terusan menangisi dan menyesalinya tetapi persoalan
sebenarnya bagaimana cara untuk kita meneruskan kehidupan agar lebih baik dari semalam. Semoga dengan
keazaman, usaha dan doa kita, ALLAH SWT melimpahkan kebahagiaan kepada kita di dunia dan akhirat.

WALLAHU’ALAM


Friday, August 14, 2015

Jaga amalmu dari panahan..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Cuba perhatikanlah sedalamnya, apa yang diungkapkan Fudhail bin Iyadh,
tokoh salafussalih di zaman Tabi’in, kepada mereka yang telah beribadah dan beramal salih.

“Iblis akan unggul atas manusia bila berhasil memunculkan salah satu dari tiga sifat.
Kekaguman (ujub) seseorang pada diri sendiri, melebih-lebihkan amal sendiri, dan
kelupaannya atas dosa-dosanya.”

Itulah tiga panah syaitan untuk orang-orang yang beramal. Semuanya bermuara dari rasa ujub,
bangga, atau kagum, pada diri sendiri. Renungkanlah…

Sahabatku..

Kita boleh saja mengatakan, “Aku tak ujub dengan amal-amalku, aku tak melebihkan amal
yang kukerjakan dan aku selalu berusaha mengingat dosa-dosaku.” Tapi begitupun,
jangan lengah, kerana itu semua belum menandakan kita selamat dari perangkap ujub yang lain.
Para salafussalih yang mengerti tentang tabiat dan kecenderungan hati, tidak menghentikan
pembahasan ujub sampai di sini. Ada banyak anak panah syaitan yang harus diwaspadai.

Dalam sekali nasihat Sufyan at-Tsauri rahimahullah yang mengingatkan kita tentang hal ini.
Katanya, “Kalau engkau tidak ujub dengan dirimu, engkau mungkin saja senang dengan orang yang
memujimu dan engkau mungkin juga senang bila dengan pujian itu orang-orang memuliakanmu dengan amalmu.
Mereka melihat dirimu mulia dan engkau memiliki tempat tersendiri dalam hati mereka.”

Senang dengan pujian. Itulah yang dimaksud dalam nasihat Sufyan at-Tsauri.
Inilah anak panah syaitan berikutnya untuk merusak amal.

Wallahu a'lam..

Friday, August 07, 2015

Awas jika Allah menghendaki..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Assalamualaikum...:)

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshari Al Badri ra. berkata, Rasulullah saw telah bersabda,
“Sesungguhnya sebahagian yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah:
‘Bila kamu tidak malu, maka berbuatlah sesuka hatimu.” (HR Bukhari)

Kebinasaan seseorang dimulai dari hilangnya rasa MALU...
Bila sudah tidak ada rasa malu, maka dia menjadi manusia bebas.
Bebas tanpa aturan, dan bebas berbuat sesuai hawa nafsu.
Tuhannya hanyalah nafsunya. Sehingga hidupnya bergelimang dosa.

“Sesungguhnya Allah jika menghendaki memBINASAkan seorang hamba,
maka Dia menCABUT dari orang itu rasa MALU.

Jika telah tercabut darinya rasa malu,
engkau tidak menjumpai orang itu kecuali berGELIMANG DOSA.

Jika engkau tidak menjumpai kecuali bergelimang dosa,
dicabut (pula) dari dirinya AMANAH.

Jika telah dicabut darinya amanah,
engkau tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang berKHIANAT dan diKHIANATI.

Jika engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan berkhianat dan dikhianati,
maka dicabut darinya RAHMAT (Allah).

Jika telah dicabut darinya rahmat (Allah),
engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan terKUTUK dan terLAKNAT.

Jika engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan terkutuk dan terlaknat,
maka diCABUT darinya IKATAN dengan ISLAM”.

(HR Ibnu Majah)

Wallahu a'alm

Friday, July 24, 2015

Kunjung dan ziarah...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Walaupun Syawal telah beberapa hari kita raikan, namun kemeriahannya masih lagi kita rasakan
dengan amalan ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjungi sanak saudara, sahabat handai,
jiran tetangga serta mengadakan rumah terbuka.

Amalan ziarah-menziarahi dan mengadakan rumah terbuka mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang
sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan lagi ikatan
persaudaraan sesama Islam. Agama Islam menyeru umatnya agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki
dan mempertingkatkan ikatan silaturahim dan ukhuwah sesama insan, apatah lagi sesama Islam,
sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Hujuraat ayat 10:

Tafsirnya: "Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara
dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia menyakiti jirannya.
Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya
dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Amalan ziarah-menziarahi atau kunjung mengunjungi memberi manfaat yang amat besar.
Amalan ziarah membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa
menjadi damai dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang
yang dapat mengeratkan sesama insan serta mengeratkan hubungan silaturahim. Dengan hubungan silaturahim
ini kita akan dapat saling kenal-mengenali antara satu sama lain, hormat-menghormati, saling kerjasama
dan faham-memahami sesama kita.

Agama Islam telah menggariskan beberapa peraturan dan adab ketika kita berkunjung.
Antara peraturan dan adab yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam sebagai tetamu
mestilah berniat baik di atas kunjungannya, jangan memilih tempat untuk berkunjung
seperti hanya mengunjungi rumah mereka yang memiliki harta, pangkat dan kedudukan
dalam masyarakat. Semasa berkunjung hendaklah memilih waktu yang sesuai, janganlah
berkunjung pada awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana kebiasaan pada waktu
itu pihak tuan rumah ingin beristirahat. Sebagai tetamu kita perlu memohon izin dan
memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi.

Wallahu a'lam..

Friday, July 17, 2015

Aidilfitri yang mulia..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Anas radhiyallahu ‘anhu berkata,

قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- الْمَدِينَةَ وَلأَهْلِ الْمَدِينَةِ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَقَالَ
قَدِمْتُ عَلَيْكُمْ وَلَكُمْ يَوْمَانِ تَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْراً مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

“Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang ke Madinah,
penduduk Madinah memiliki dua hari raya untuk bersenang-senang
dan bermain-main di masa jahiliyah. Maka beliau berkata,
“Aku datang kepada kalian dan kalian mempunyai dua hari raya
di masa Jahiliyah yang kalian isi dengan bermain-main.
Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik bagi kalian,
yaitu hari raya Idul Fithri dan Idul Adha (hari Nahr).”
(HR. An Nasai dan Ahmad 3: 178, sanadnya shahih sesuai syarat Bukhari-Muslim
sebagaimana kata Syaikh Syu’aib Al Arnauth).

Kalau dikatakan bahwa dua hari raya di atas (Idul Fithri dan Idul Adha)
yang lebih baik, maka selain dua hari raya tersebut tidaklah memiliki
kebaikan. Sudah seharusnya setiap muslim mencukupkan dengan ajaran Islam
yang ada, tidak perlu membuat perayaan baru selain itu. Karena Islam pun
telah dikatakan sempurna, sebagaimana dalam ayat,

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan
kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu”
(QS. Al Maidah: 3).

Kalau ajaran Islam sudah sempurna, maka tidak perlu
ada perayaan baru lagi.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Friday, July 10, 2015

Melabuh tirai..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Ramadhan sebentar lagi akan pergi meninggalkan kita. Bulan yang penuh dengan berbagai macam kebaikan.
Semoga Allah menerima amal kebaikan kita dan menjadikan kita istiqamah sampai berjumpa dengan~Nya, aamiin.
Entah, kita bisa bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan atau tidak?..Wallahu A'lam.

Namun, walaupun Ramadhan akan pergi tetapi amal seorang mukmin tidak terputus begitu saja sehingga
datang padanya kematian. Allah Ta'ala berfirman: Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang
diyakini (ajal). (QS. Al-Hijr: 99)

Apabila puasa Ramadhan telah meninggalkan kita maka ibadah puasa yang lain tetap disyariatkan sepanjang tahun:
Abu Said Al-Khudri r.a. meriwayatkan, bahawsanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian
mengikutinya dengan (puasa) enam hari pada bulan Syawal, maka hal itu laksana puasa setahun. (Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Kekasihku Rasulullah s.a.w. mewasiatkan kepadaku dengan tiga perkara:
Puasa tiga hari setiap bulan, sholat Dhuha dua rakaat dan supaya aku sholat witir sebelum tidur.
(HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Qatadah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang puasa Arafah,
lalu Beliau s.a.w. menjawab: Menghapus dosa tahun lalu dan tahun mendatang. (Riwayat Muslim)

Dari Abu Qatadah r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa pada hari Asyura,
lalu Beliau s.a.w. menjawab: Menghapus dosa tahun lalu. (Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah s.a.w. bersabda: Amalan-amalan dihadapkan (kepada Allah)
pada hari Isnin dan Khamis, maka aku suka apabila dihadapkan amalanku ketika aku sedang puasa.
(HR At-Tirmidzi dengan sanad shahih)

Apabila Qiyam Ramadhan (Tarawih) telah meninggalkan kita maka ibadah Qiyamullail (sholat malam)
tetap disyariatkan setiap malam.

Dari Aisyah r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. sholat malam sampai bengkak kakinya.
Lalu akupun bertanya kepada beliau: Mengapa engkau lakukan ini -wahai Rasulullah- padahal telah
diampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang Beliau menjawab: “Apakah tidak sepatutnya aku
menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur!” (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sholat yang paling afdhal
setelah sholat fardhu adalah sholat malam. (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Rabb kita Tabaraka wa Taala-
turun setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Dia (Allah) berfirman:
Siapa yang berdoa kepadaKu, Aku kabulkan doanya, Siapa yang meminta kepadaKu, Aku beri permintaannya,
Siapa yang memohon ampunan kepadaKu, pasti Aku ampuni dia. (HR Bukhari dan Muslim)

Masih banyak amal-amal kebaikan lainnya yang bisa kita kerjakan sepanjang tahun. Allah yang kita sembah pada
bulan Ramadhan adalah juga Allah yang kita sembah pada bulan Syawal dan bulan-bulan lainnya. Hendaklah kita
kembali bersemangat untuk mengerjakan ketaatan-ketaatan dan menjauhi dosa-dosa dan keburukan-keburukan agar
kita mendapatkan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga Allah menerima semua amal ibadah
kita dan menjadikan kita semua istiqamah sampai berjumpa dengan~Nya.

Catatan : Al Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim Al Aydrus

Wallahu a'lam

Friday, July 03, 2015

Keberhasilan setelah berpuasa Ramadhan..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Berkata Guru Mulia Al-'Allamah Al-Faqih Az-Zahid Al-'Arif Billah
Al-Habib Zein Bin Sumaith Hafidzahullah (Imam asy-Syafi'e Soghir):

Barangsiapa yang Sebelum Ramadhan suka tidur setelah Subuh, Maka sekarang ia tidak lagi suka
tidur setelah subuh, melainkan Berzikir kepada Allah sampai Matahari terbit.

Barangsiapa yang sebelum Ramadhan tidak Bangun malam untuk beribadah,
maka setelah Ramadhan ia menjadi orang yang suka menghidupkan malam.

Barangsiapa yang sebelum ramadhan tidak mengindahkan Shalat berjemaah,
maka setelah Ramadhan ia selalu menjaga shalat Berjamaah.

Barangsiapa yang sebelum Ramadhan Tidak menyukai Ilmu dan ulama'
Maka setelah Ramadhan ia menjadi Orang yang suka Kepada Ilmu dan Ulama'.

Barangsiapa yang sebelum ramadhan tidak mengindahkan Shalat Duha dan Shalat witir, dan Shalat
sunnah Rawatib, maka setelah Ramadhan ia senantiasa menjaga untuk melakukan Shalat-sahalat tersebut.

Barangsiapa yang sebelum Ramadhan suka melihat Perkara-perkara Haram
maka setelah Ramadhan ia menjadi Orang yang Takut kepada Allah, dan memelihara Pandangannya.

Barangsiapa yang sebelum ramadan suka mengunjing,
maka setelah ramadhan ia tidak melakukannya lagi.

Barangsiapa yang sebelum Ramadhan suka Durhaka kepada kedua Orang tuanya, maka setelah Ramadhan
ia menjadi orang yang berbuat kebajikan kepada kedua orang tuanya, melayani dengan hak-haknya.

Barangsiapa yang sebelum Ramadhan suka memutuskan talian keluarga,
maka setelah Ramadhan ia menjadi orang yang menjalin Siltarrahim kepada sanak kerabat.

Beginilah dalam Hal kebaikan ia menjadi lebih baik.

Inilah tanda-tanda diterimanya Amalan Ibadah di bulan ramadhan,
dan tanda-tanda di bebaskannya dari api neraka.

Wallahu a'lam..

Friday, June 26, 2015

Perisai...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


"Puasa itu adalah perisai yang dengannya seorang hamba terlindung dari panahan api neraka,
dan puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya."
(Hadis Qudsi riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Jabir bin Abdillah r.a.)

Hal itu kerana puasa mengekang syahwat dan hawa nafsu, sedangkan neraka itu diliputi oleh hal-hal
yang menarik syahwat dan hawa nafsu. Ketika syahwat dan hawa nafsu itu dikekang oleh puasa,
maka itu telah membentengi atau melindungi orang yang berpuasa dari neraka.

Puasa ibarat perisai, dinding dan benteng, kerana dapat melindungi pelakunya dari panahan api neraka.
Betapa hebatnya perintah Allah ini jika dilakukan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah anugerahkan
orang yang berpuasa satu hari saja di jalan Allah akan dijauhkan dari api neraka sejauh perjalanan 70 tahun.

Diriwayatkan dari Abu Sa'id al-Khudri r.a. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Barang siapa berpuasa satu hari di jalan Allah akan dijauhkan Allah dirinya dari neraka sejauh
perjalanan tujuh puluh tahun." (HR Muslim)

Puasa merupakan perisai, mengekang syahwat dan hawa nafsu, penebus dosa-dosa, dan pemberi syafaat
kepada pelakunya pada Hari Kiamat kelak. Bagi orang yang berpuasa terdapat pintu khusus di Syurga,
iaitu pintu ar-Rayân, siapa yang memasukinya tidak haus selamanya.

Pasti setiap orang Islam yang berpuasa merasa selamat kerana dengan berpuasa ia adalah perisai
bagi panahan api neraka. Apakah benar ini semua? Apakah perisai itu boleh menangkis panahan
api neraka sedangkan solat diabaikan? Puasa dilaksanakan bersungguh-sungguh, menjauhi segala
perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa apatah lagi dengan perkara-perkara yang
boleh membatalkan puasa. Dijaganya puasa itu amat teliti agar ianya tiada cacat celanya.

Tapi bagaimana dengan solat terabai itu, perintah Allah yang Rasulullah sendiri dijemput oleh
Allah SWT untuk menerimanya di Sidratul Muntaha, lalu Dia sampaikan kepada kita dengan peringatannya,
"Solat itu tiang agama, barangsiapa mendirikan solat sesungguhnya mereka telah mendirikan agama dan
barangsiapa meninggalkan solat sesungguhnya mereka telah meruntuhkan agama." (HR Baihaqi)

Lalu bagaimana kita boleh selamat dari panahan api neraka dengan hanya berpuasa sedangkan solat
jarang kita laksanakan sepenuhnya. Ingatlah sabda Nabi Muhammad SAW: "Barang siapa meninggalkan
sembahyang dengan sengaja, maka kafirlah ia dengan nyata.” Satu lagi sabda baginda:
“Perbezaan antara orang mukmin dan kafir adalah meninggalkan solatnya.”

Ingatlah saudara saudariku sekalian, solat adalah merupakan salah satu dari rukun Islam dan
ianya merupakan ibu ibadat dan perkara pertama yang akan dituntut apabila kita mati dan berada
di Padang Masyar. Maka tunaikan solat itu sebaik mungkin serta dengan kita melaksanakan ibadah
puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Moga Allah berikan kita kejayaan di dunia serta kejayaan di akhirat.

Wallahu a'lam

Friday, June 19, 2015

Ramadhan Kareem


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Puasa dan (rajin membaca) al-Qur’an, kelak pada hari Kiamat
dapat memberikan syafaat (pertolongan) kepada hamba.


Puasa kelak akan berkata: “Ya Allah, ia telah menahan dirinya dari
makanan dan hawa nafsunya, maka jadikanlah saya sebagai penolongnya.”


Al-Qur’an juga kelak akan berkata: “Ya Allah, ia telah rela
meluangkan waktunya untuk tidak tidur pada malam hari
(kerana membaca al-Qur’an), maka jadikanlah saya sebagai
penolongnya (pemberi syafa’at).”


Lalu puasa dan al-Qur’an pun, berkat izin~Nya,
menjadi penolong bagi hamba tersebut.”


(HR. Ahmad dan Hakim)


SELAMAT BERPUASA MOGA TERHASIL TAQWA..


Friday, June 12, 2015

Wasiat..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Jika hendak hidup beriman
Serta mulia di sisi Tuhan
Marilah kita hendak ingatkan
Wasiat Nabi di akhir zaman


Wajiblah kita menjaga diri
Cabaran hidup banyak sekali
Janganlah kita lupakan diri
Hidup ini menuju mati


Bila melihat mungkar yang nyata
Maka janganlah hanya mengata
Tapi bangkitlah menabur jasa
Membimbing umat jadi pelita


Umat Islam perlu didakwah
Nasihat baik serta berhikmah
Dengan semangat serta ukhuwah
Hubungan kita tambah meriah


[ Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki ]


Friday, May 22, 2015

Indahnya menahan sabar...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


"Siapa yang menahan marah, padahal ia dapat (kuasa) untuk memuaskan marahnya itu, tetapi tidak dipuaskan
bahkan tetap ditahan/disabarkan, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian
makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (Riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

Tingkat keteguhan seseorang dalam menghadapi kesulitan hidup memang berbeza-beza. Ada yang mampu menghadapi
persoalan yang sedemikian sulit dengan perasaan tenang. Namun, ada pula orang yang menghadapi persoalan kecil
saja ditanggapinya dengan begitu berat. Semuanya bergantung pada kekuatan ma'nawiyah (keimananan) seseorang.

Pada dasarnya, tabiat manusia yang beragam: keras dan tenang, cepat dan lambat, bersih dan kotor,
berhubungan erat dengan keteguhan dan kesabarannya saat berinteraksi dengan orang lain. Orang yang
memiliki keteguhan iman akan menyelurusi lorong-lorong hati orang lain dengan respon pemaaf,
tenang dan lapang dada.

Adakalanya, kita boleh merasa begitu marah dengan seseorang yang menghina diri kita. Kemarahan kita
begitu memuncak seolah jiwa kita terlempar dari kesedaran. Kita begitu merasa tidak mampu menerima
penghinaan itu. Kecuali, dengan marah atau bahkan dengan cara menumpahkan darah. Na'udzubillah .

Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi s.a.w. Dengan maksud ingin meminta sesuatu
pada beliau. Beliau memberinya, lalu bersabda, "Aku berbuat baik padamu."Orang Badwi itu berkata,
"Pemberianmu tidak bagus." Para sahabat merasa tersinggung, lalu dingerumuninya dengan kemarahan.
Namun, Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.

Kemudian, Nabi s.a.w pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa Barang tambahan untuk diberikan
ke Badwi. Nabi bersabda pada orang Badwi itu, "Aku berbuat baik padamu?" Badwi itu berkata,
"Ya, semoga Allah membalas kebaikan Tuan, keluarga dan kerabat."

Keesokan harinya, Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabat, "Nah, kalau pada waktu Badwi itu
berkata yang sekasar engkau dengar, kemudian engkau tidak bersabar lalu membunuhnya. Maka, ia pasti
masuk neraka. Namun, kerana saya binanya dengan baik, maka ia selamat." Beberapa hari setelah itu,
si Badwi mahu diperintah untuk melaksanakan tugas penting yang berat sekalipun. Dia juga turut dalam
medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redha.

Rasulullah s.a.w memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak panik menghadapi
kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah sifatnya. Kalau pun saat itu, dilakukan hukuman
terhadap si Badwi, tentu hal itu bukan kezaliman. Namun, Rasulullah s.a.w tidak berbuat demikian.

Beliau tetap sabar menghadapinya dan memberikan sikap yang ramah dan lemah lembut. Pada saat itulah,
beliau s.a.w ingin menunjukkan pada kita bahawa kesabaran dan lapang dada lebih tinggi nilainya
daripada harta benda apa pun. Harta, saat itu, ibarat sampah yang bertumpuk yang dipakai untuk
suguhan unta yang ngamuk. Tentu saja, unta yang telah mendapatkan keperluannya akan dengan mudah
dapat dijinakkan dan boleh digunakan untuk menempuh perjalanan jauh.

Wallahu a'lam, moga ada manfaatnya buat kita semua..