Tuesday, August 18, 2026

Mohon Cinta


Tuhan jika Kauizinkan

Ingin sahaja kulayar zikir seribu malam

Dan bertahajjud memohon cinta

Setiap detik malam syahdu



Tuhan jika Kauizinkan

Ingin kusemai benih-benih haruman di taman

Dan kucorakkan kuntuman mawar mekar

Manfaat buat kumbang bertandang



Namun Tuhan aku sebenarnya hamba yang mencari

Dan dalam jahil aku cuba melihat erti cinta

Dari bawah batu bukit di lembahMu



Tuhan munajat ini

Kulafaz sedih bertapak di bibir mulut

Mengharap dapat memungut cinta di jalanMu

Moga zikirku adalah rindu

Dan kumbang di taman mendapat madu



1 comment:

  1. MashaAllah Tabarakallah, indah sggh kata2 itu, semoga sahabat sentiasa dlm rahmat kasih syg ALLAh S.W.T. dunia dan akhirat 🤲🏼

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.