الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين
Daripada Abi Hurairah r.a., katanya:
Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
'Umrah kepada 'umrah mengkafaratkan dosa antara keduanya,
dan haji yang mabrur tiada baginya balasan melainkan syurga.
(Hasan Shahih)
Ketahuilah kiranya, ya saudaraku!
Telah dikeluarkan oleh Abu 'Isa At-Tirmidzi akan satu hadith, insya' Allah Ta'ala.
Bermula hadith yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa itu begini, katanya:
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi s.a.w. yang masyhur 'alimnya dan
menanggung banyak hadith daripada Nabi s.a.w. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
Bermula 'umrah kepada satu 'umrah itu mengkafaratkan dosa antara keduanya.
Maka barangsiapa mengerjakan dua 'umrah, seperti dikerjakannya tiap-tiap
tahun itu satu 'umrah. Maka 'umrahnya itu menjadikan terampun dosa yang
ada terbuat di antara dua 'umrahnya itu.
Wallahu a'lam
Alhamdulillah, baru sekali buat umrah..maknanya lebih afdal buat dua kali umrah..
ReplyDeleteUmrah ke umrah... amalan salleh yang dapat menghapuskan dosa dosa kecil... niat kerana Allah moga mendapat redhaNya agar dosa terampun.
ReplyDeleteAssalamualaikum Sahabat Razak... semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT..... lama tak up date N3 baru ye saya tunggu 2 je... semoga sahabat sihat selalu
ReplyDelete