Friday, April 22, 2016

Teruskan ketaatan...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


Assalamualaikum... :-)

Melakukan amal ibadah, amal soleh dan seluruh perbuatan baik secara terus menerus,
setahap demi setahap, ibarat membangun benteng diri yang kukuh.

Mengurus batu-bata satu persatu secara terus menerus hingga akhirnya
berdirilah sebuah bangunan yang megah. Inilah amal yang dicintai Allah,
yakni melakukan kebaikan dan ibadah tanpa henti meskipun hanya sedikit.

Beramal sedikit demi sedikit tetapi terus menerus juga ibarat :

* Menanam benih pohon.
* Memberinya baja.
* Menyiraminya dengan air.

Pohon itu adalah jiwa kita sendiri.
Baja dan airnya adalah amal-amal ibadah dan keimanan.
Sedikit dalam beramal yang dilakukan terus-menerus juga
sama dengan memupuk dan menyiram pohon iman sehingga
ia akan tetap tumbuh segar dan tidak layu. Hasilnya,
jiwa terus terangkat menuju darjat yang lebih baik
serta menjejaki tangga-tangga ke arah kesempurnaan.

Wallahu a'lam

4 comments:

  1. istiqomah dlm mengerjakan ibadah, amal soleh & kebaikan..

    ReplyDelete
  2. Komitmen yang berterusan dalam menjalankan ibadah dengan niat yg ikhlas kerana Allah dan mengharapkan redhaNya. Semoga Allah memberi kekuatan dlm diri untuk selalu istiqamah dalam melakukan amalan salleh.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sahabat :)

    Semoga sahabat sentiasa sihat dlm rahmat kasih sayang Allah swt..

    Teruskan ketaatan kerana iman dalam diri seringkali ada naik turunnya. Sentiasa istiqamah dalam beramal dan ketaatan kerana istiqamah itu menyertai keimanan.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum wbt..

    SubhanAllah..Semoga pohon iman terus bercambah, redha Allah S.W.T sentiasa memayungi diri.. in Shaa Allah.. Allahumma Aamiin.

    Jazaakallahu Khayran atas perkongsian yang bermanfaat,,barakallahu fiq,,:)



    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.