Allah berfirman yang bermaksud,
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang,
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal. [Surah 'Ali 'Imran : 190]
Jumhur Ulama' mengatakan, sesungguhnya berfikir itu ada lima iaitu :
Pertama,
berfikir mengenai tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah,
sehingga lahir tauhid dan keyakinan kepada Allah.
Kedua,
berfikir mengenai kenikmatan-kenikmatan yang telah Allah berikan,
sehingga lahir rasa cinta dan syukur kepada Allah.
Ketiga,
berfikir tentang janji-janji Allah,
sehingga lahir rasa cinta kepada akhirat.
Keempat,
berfikir tentang ancaman Allah,
sehingga lahir rasa takut kepada Allah.
Kelima,
berfikir tentang sejauh mana ketaatannya kepada Allah,
padahal Allah selalu berbuat baik kepadanya,
sehingga lahir keghairahan dalam beribadah.
Imam Khalil Ar Rasyidi berkata, "Berfikir tidak akan berhasil, kecuali
dengan membiasakan zikir dengan lisan yang disertai kekhusyukan hati,
sehingga memungkinkan adanya zikir di dalam hatinya, sedangkan keberhasilan
ukuran ini, ditangguhkan pada adanya makrifat."
Wallahu a'lam