Friday, July 31, 2015

Luahan rasa..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan.
Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa
yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain,
berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali
kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain
yang dibukakan bagi kita.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk
mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon
kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Wallahu a'lam..


3 comments:

  1. assalamualaikum ustaz. setiap ayat yg dinukilkan terkandung hikmah yg amat bernilai. terima kasih kerana telah mengungkapkannya dengan susunan bahasa yg sungguh indah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, sdr...manusia ialah makhluk sosial ciptaan Allah SWT, hablumminnas perlu jg dijaga..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Hidup menuju Allah... hati kena bersih.
    Setiap 'pintu'... ada ujianNya.
    Redha... puas hati dengan ketentuan Allah walaupun pahit :-)

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.