Thursday, April 17, 2025

Ziarah Kubur



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين

والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين

 

 Seorang bertanya kepada al-Habib Umar bin Hafidz, dia menanyakan :

Kenapa ziarah maqam Aulia..??!!! Sedangkan mereka tiada memberi kuasa atau

manfaat apa-apa dan tempat meminta hanya pada Allah…??!”

 

Al-Habib Umar bin Hafidz lantas menjawab :

“Benar wahai saudaraku, aku juga berpendapat sama denganmu, bahwa mereka tiada

mempunyai kekuasaan dan manfaat apa-apa. Tetapi sedikit perbezaan ku dengan dirimu,

kerana aku lebih senang menziarahi mereka kerana bagiku mereka tetap hidup dalam

membangkitkan jiwa yang mati ini untuk cinta kepada Allah...!!!

 

Tapi aku sangat heran, kenapa engkau tiada melarang aku menziarahi ahli dunia,

mereka juga tiada kuasa dan manfaat apa-apa. Bahkan duduk dengan mereka mematikan

hati dan membuat lupa pada Allah. Yang mana kehidupan mereka bagiku seperti mayat yang

berjalan. Rumah dan tempat tinggal mereka adalah tempat yang tiada membangkitkan

jiwa untuk cinta pada Allah.

 

Hakekat kematian dan kehidupan di sisi Allah adalah jiwa. Banyak mereka yang

dilihat hidup tapi sebenarnya mati, banyak mereka yang dilihat mati tapi sebenarnya hidup,

banyak yang menziarahi pusara terdiri dari orang yang mati, sedangkan dalam pusara

itulah orang yang hidup. Aku lebih senang menziarahi maqam kekasih Allah dan para syuhada'

walaupun hanya pusara, tetapi ia mengingatkan aku akan kematian, kerana ia mengingatkan aku

bahwa hidup adalah perjuangan, kerana aku dapat melihat jiwa mereka ada perjuangan

cinta yang hebat sehingga mereka dicintai oleh Tuhannya lantaran kebenaran cinta mereka.

Wahai saudaraku, ku ziarah maqam Aulia, kerana pada maqam mereka ada cinta, lantaran

Cinta Allah pada mereka, seluruh tempat bersimpuh mereka dicintai Allah. Cinta tiada

mengalami kematian, ia tetap hidup dan terus hidup dan akan melimpah kepada para pencintanya.

 

Aku berziarah kerana sebuah cinta, juga kerana ingin mengambil semangat mereka, agar

aku dapat mengikuti mereka dalam mujahadahku. Aku mengangkat tangan di sisi maqam

mereka,bukan meminta kuasa/manfaat dari mereka, akan tapi memohon kepada Allah agar

aku juga dicintai Allah, sebagaimana mereka dicintai Allah.




Sunday, March 30, 2025

Idul Fitri Mubarak


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين

 

 Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin

 Kullu 'amm wa antum wa ahlikum bi khair. TaqabbalAllahu minna wa minkum.

 

Hiasilah malam raya ini dengan takbir, tahmid dan sholawat atas Junjungan.

Hidupkanlah malam dengan beribadah dan berdoa. Dalam hadits ada dinyatakan

bahawa "Sesiapa yang menghidupkan malam dua hari raya, nescaya dihidupkan

Allah hatinya pada hari matinya segala hati."

 

Ulama menyatakan bahawa maksudnya ialah kinayah bahawa orang itu akan

mendapat kejayaan di akhirat nanti dan dia akan terpelihara dari suul khatimah.

Dalam hadits juga dinyatakan bahawa "5 malam doa di dalamnya tidak akan ditolak:

malam awal bulan Rajab; malam Nishfu Sya'baan; malam Jumaat dan malam 2 hari raya."

 

Di samping bergembira dan mensyukuri nikmat kehidupan, jangan lupa pada yang telah pergi.

Hadiahkanlah sedekah, doa, istighfar, tasbih dan tahlil buat mereka. Syaikh Abdul Hamid Qudus

dalam kitab "Kanzun-Najah was Surur" mukasurat 113 menyatakan antara hadiah yang

elok diberi kepada mereka yang berada di sana antaranya:-

 

Sesiapa yang membaca tasbih "SubhanAllahi wa bihamdih" 100 kali pada hari raya, kemudian

berdoa "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku beri pahalanya kepada ahli kubur", maka tidak tinggal

seorang pun ahli kubur melainkan akan membalasnya dengan mendoakannya pada hari kiamat

dengan doa: "Ya Rahim, rahmatilah hambaMu itu dan jadikanlah pahalanya syurga."

 

Sesiapa yang membaca tasbih "SubhanAllahi wa bi hamdih" 300 kali dan menghadiahkan

pahalanya untuk orang Islam yang telah mati, dimasukkan Allah dalam setiap kubur mereka

1000 nur dan Allah akan menjadikan bagi si pembacanya apabila dia mati 1000 nur di kuburnya.

 

Ikhwah, ramai ulama kita berpesan dengan amalan-amalan ini. Mantan Mufti Negeri Sembilan,

Datuk Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id, sebut dalam "Tuhfatul Awthan"nya dan mantan

Mufti Betawi, Habib Uthman bin Aqil BinYahya sebut dalam "Maslakul Akhyar"nya.

Jadi sesiapa yang nak beramal, buatlah. Sesiapa yang tidak berhajat, tak mengapa.

Sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diusahakannya.

 

Dikutip dari Blog Bahrus Sofa


Thursday, March 20, 2025

10 Malam Terakhir Ramadhan



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين

 

 10 amalan sederhana agar terhitung mendapatkan malam Al Qadr

 

 1) Berdoa kepada Allah agar mendapatkan Lailatul Qadar setiap

bulan Ramadhan sepanjang usia yang Allah berikan :

 “Ya Allah, berikan pada diri-ku kesempatan mendapatkan malam Lailatul Qadar

pada setiap Ramadhan sepanjang usia yang Engkau berikan kepada-ku..”

 

2) Beri'tikaf di Masjid selama 10 Ramadhan terakhir dimulai dari petang

tanggal 20 Ramadhan.

 

3) Melaksanakan Solat Fardhu Maghrib, Isya dan Subuh secara berjamaah dengan

kaum muslimin di Masjid.

 

4) Menjaga Shalat Tarawih dan Witir bersama Imam sampai selesai salam terakhir.

 

5) Memperbanyak doa berikut dalam setiap sujud Solat di malam-malam 10 terakhir Ramadhan.

 اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ ؛ فَاعْفُ عَنِّي

 “Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pemaaf mencintai permaafan, maka maafkan aku.”

 

6) Membaca 2 ayat terakhir surat Al-Baqarah di setiap malam yang ada dari selepas

Solat Maghrib, ataupun memperhatikan bacaan zikir petang dari selepas Solat Asar.

 

7) Mengadakan sahur di setiap hari-hari ganjil akhir Ramadhan dengan

Memperbanyak istighfar dan shalawat Nabi ﷺ di waktu sahur.

 

8) Memperbanyak tilawah Al-Quran di setiap malam-malam akhir Ramadhan.

 

9) Fokus untuk memperhatikan Ibadah di malam 27 dan 29 Ramadhan dengan

mengajak keluarga juga.

 

10) Menunggu waktu syuruq selepas Solat Subuh dengan memperbanyak

tasbih di posisi duduk Solat Subuh.

 

Moga manfaat