Friday, March 05, 2010

Menahan marah...


بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah kisah seorang yang meminta nasihat dari Imam Al Harits Al Muhasibi, kerana tidak boleh sabar menahan amarah kerana perkara yang remeh.

"Aku tidak kuat menahan amarah ketika dicela dan disakiti," kata si sakit.

"Engkau sukar untuk menahan marah dan mudah membalas, sebab engkau menganggap bahawa menahan marah itu adalah perbuatan hina dan keserampangan sebagai kehormatan.” kata Al Muhasibi.

"Lalu dengan apa aku dapat menahan amarah yang besar?” kata si sakit.

"Dengan kesabaran jiwa dan menahan anggota badan.” jawab Al Muhasibi.

"Dengan apa aku boleh mendapatkan kesabaran jiwa dan mengekang anggota badan?" tanya si sakit.

"Dengan mengetahui dan menyedari bahawa menahan marah itu adalah kemuliaan dan keindahan sedangkan keserampangan adalah kehinaan dan corengan.” jawab Al Muhasibi.

"Bagaimana aku dapat menyedari itu sementara dalam hatiku telah bertapak lawannya? Dan bagaimana pula aku dapat menyedarinya sementara dalam diriku telah timbul suatu perasaan bahawa jika aku tidak membalas, aku merasa terhina di hadapan orang yang memarahiku? Selain itu, dalam hatiku timbul perasaan bahawa orang yang memarahiku adalah telah menginjak-injak harga diriku, dan jika aku tidak membalasnya, aku merasa dianggap sangat lemah dan tidak berdaya?” tanya si sakit.

"Hatimu terus menerus memiliki perasaaan seperti itu, kerana engkau tidak mengetahui bentuk lahir keburukan sikap seseorang yang suka marah. Selain itu engkau tidak mengetahui rahsia menahan marah dan keagungan pahala dari Allah Subhanahu wa Taala untukmu di akhirat kelak." jawab Al Muhasibi.

 "Bagaimana caranya supaya aku mengetahui kedua hal tersebut (rahsia menahan marah dan pahala agung)?" tanya si sakit.

"Adapun keburukan dari suka marah dan tidak boleh menahan marah dapat engkau lihat dari keadaan orang yang memarahi dan mencela dirimu ketika marah dan emosi. Perhatikan raut mukanya, kelopak kedua matanya, warna merah mukanya, sinaran kedua matanya, ketidakelokan penampilannya, kerendahan dirinya dan hilangnya ketenangan dan ketenteraman dari dirinya."

"Engkau melihat dengan jelas keadaan itu dari orang permarah dan tampak nyata oleh setiap orang yang berakal. Jika engkau mendapat ujian dari Allah Subhanahu wa Taala, dengan sikap suka marah, ingatlah pahala yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Taala kepada orang-orang yang menahan marah, iaitu mendapatkan cinta dan pahalanya yang agung. Sesungguhnya sikap suka membalas menimbulkan kegelisahan dan akibat buruk yang akan terus abadi sampai di akhiratmu. Sedangkan menahan marah menimbulkan ketenangan dan dapat menabung pahala Allah Subhanahu wa Taala di akhirat kelak."

"Tidaklah pantas seseorang yang berakal rela atas kehinaan dari akibat dirinya suka dengan kepuasan sekejap, seperti ia marah-marah hanya kerana satu perkataan saja, bertindak melampaui batas, sedang anggota badannya tak terkendali, padahal perkataan tersebut tidak mengharuskan si pengucapnya untuk dimarahi. Dan orang yang mendengarnyapun tidak akan rugi, baik secara keagamaan ataupun keduniaan, bahkan sebenarnya si pengucap itu mesti disayangi, kerana ia telah menjatuhkan harga diri dan martabatnya serta masuk ke dalam kehinaan. Sementara bagi yang dimarahi dan dihina, haruslah bersyukur sebab ia sesungguhnya tidak dijatuhkan martabatnya, tidak seperti yang menghinanya." jawab Al Muhasibi.

Demikian semoga menjadi bahan renungan.

Empat perkara yang barangsiapa ada pada diri seseorang, Allah jaga dirinya dari syaitan dan
diharamkan dari siksa api neraka : barangsiapa mampu menahan dirinya saat dalam
keadaan menginginkan dan membenci sesuatu, nafsu dan rasa marah.
~Sayyidina Hassan Al-Bashri~

32 comments:

  1. Salam...:):)

    Andailah dapat mengurus kemarahan , mengikut pertimbangan akal dan agama, marah tanpa menyebabkan orang lain sakit hati atau rasa dianiaya, sedia menerima kekurangan orang lain dan memaafkan kesilapan orang lain, sememangnya..hati akan tenang dan bahagia.......

    ReplyDelete
  2. salam...

    ketika terasa nk marah banyak2 beristighfar dan cepat2 berwuduk

    ReplyDelete
  3. --> Pn Kartini

    Salam..:):)

    Sungguh benar kata Pn Kartini, marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yg diluar batasan.

    Kemaafan itu adalah sebaik-baiknya

    TQ kitak..:):)

    ReplyDelete
  4. --> Ummi Humaira

    Salam kak ummi..:)

    Saya tambah ya kak, Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api. maka yg demikian, yang dpt memadamkan api adalah air yg dapat diperolehi daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dapat meredakan kemarahan.

    Nabi SAW bersabda maksudnya:
    “sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk” (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

    ReplyDelete
  5. salam,

    dalam konteks pendidikan mungkin marahnye seorg guru & ibu bapa tu utk peringatan kpd anak2 tp biarla berpada2 jgn jadi keterlaluan pulak yg pentingnye usah biar nafsu amarah tu menguasai diri...

    ReplyDelete
  6. --> insan pendidik

    Salam..

    Iyer betul kata cikgu, marah utk membaiki itu tidak menjadi masalah asalkan tahu caranya supaya ia mendatangkan kesan yang positif

    ReplyDelete
  7. Salam Abd Razak.

    Manusia ini, marahnya selalunya tidak bertempat.. yang patut marah tidak pula dimarahnya, yang dia nak marah selalunya seperti yang Razak katakan bila dia rasa tercabar, terasa ada orang menginjak-injak dirinya walhal jika dia sabar tentu dia dimuliakan. Nak dapat sifat sabar ni memang susah, manakan tidak di sekleiling kita ni banyak perkara yang boleh buat kita tak sabar. kena banyak-banyak berlatih..

    ReplyDelete
  8. --> Werdah

    Salam Kak..

    Biarlah kemarahan seseorang itu kita tangani dengan kelembutan seperti air yang mengalir di atas batu menghasilkan bentuk yang sangat cantik..

    ReplyDelete
  9. sy sorang yg cpt mrh, tp skrg bila sy naik mrh sy akan beristighfar byk2.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. Untuk menahan kemarahan, perlukan kepada latihan. Latihan mengawal diri dan emosi... Ramai di antara manusia sekarang ni dah tak pandai mengawal kemarahan sebab tu la ada yang mati kena dera, ada yang mati kena bunuh dan macam-macam lagi. Paksi kepada latihan dan kawalan itu ialah iman..di bawah paksi itu letaknya kemahiran ->kemahiran mengawal emosi dan tindakan.

    ReplyDelete
  11. salam...

    "Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah."

    *** nasihat saudara yg masih saya ikuti...insyaALLAH...TQ ^_^***

    ReplyDelete
  12. --> maiyah

    Itulah sebaiknya agar kita tidak terjerumus dlm kancah dosa

    ReplyDelete
  13. --> Tirana

    Tidak pandai mengawal kemarahan itu adalah kerana dikuasai dan hamba kepada hawa nafsu. Andaikata kita berjaya menguasai hawa nafsu, kemarahan itu bisa dikawal dan dijinak.

    ReplyDelete
  14. --> cun09

    Salam...

    Berdiam diri sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

    *** Alhamdulillah ^_^***

    Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

    ReplyDelete
  15. Salam ziarah petang ini.
    nampaknya Allah menemukan saya dengan anda / laman yang indah bahasa, menegur dan menginsafkan. Betulla amarah sifat yanhg x baik. Saya jenis orang yang mudah memaafkan, suka berterus terang, kalau tidak hati bengkak memendam rasa. Pada saya lagi banyak dosa jika marah orang di belakang, sedangkan org tu x tahu. Lagi bahaya buruk sangka.
    Abdul razak..tq menasihati..saya dalam ulasan di laman etuza tu. Semoga sahabat saya yang jauh itu bahagia dan aman bersama keluarganya. Saya dah lama memaafkan dia..seolah saya yakin kami akan bertemu suatu masa, buktinya sukar nak padam namanya dalam ingatan. namun mengingati Allah adalah sebaik-baik perbuatan. Salam

    ReplyDelete
  16. Salam..

    Sekarang ni kalau nak cari org yg begitu penyabar cukup susah, tapi kalau nak jumpa org yg suka marah2..memang ramai..

    ReplyDelete
  17. Salam Abd Razak.

    Melihat realiti hidup yang semakin menekan sekarang, kita patut lebih mampu menahan kemarahan.

    Dua kes pembunuhan dan dera yang berlaku dalam seminggu ini adalah contoh bahaya kemarahan yang tidak dikawal. Sehingga diri manusia menjadi tunggangan syaitan.

    ReplyDelete
  18. --> etuza

    Salam sahabatku..

    Terima kasih sdra..:)

    Nabi mengajar kita byk perkara seperti sifat marah yang berkait rapat dgn nafsu. Jangan jadikan hawa nafsu itu menguasai kita hingga ianya boleh mengundang byk perkara mungkar umpamanya marah yang tidak mengikuti syariat.

    Moga sahabat sdra itu bahagia dan semoga suatu hari nanti dia akan kembali kepada sdra.

    ReplyDelete
  19. --> Azmiezas

    Salam..

    Persoalannya kini iman yg dibinakan itu tidak membolehkan ianya mengatasi sifat buruk itu, maka ada kemungkinan ada kesilapan dari ibadahnya.

    ReplyDelete
  20. --> UstazCahaya

    Salam ya ustaz...

    Tuntutan ilmu dan akhlak wajib disempurnakan agar ianya membolehkan melembutkan jiwa dan paling penting ialah kena jaga sumber makanan agar ianya tidak datang daripada sumber yang haram. Maka barulah kita boleh menjauhkan diri dari perkara yang mungkar.

    ReplyDelete
  21. asalmualaikum...
    mmg menahan marah itu amat dituntut...cuma bila kita menahan kekadang ianya jd tak tertahan maka 'meletop' lah dia. mungkin elok dr menahan marah...kita tukar pada 'menghilangkan marah'...wallahualam

    ReplyDelete
  22. Banyak-banyak perasaan, amarah tok paling susah dikontrol urang (nok ditanggar kameklah). Patutlah ria Rasulullah SAW penah nasihat, "Jangan marah" sampei tiga kali...

    ReplyDelete
  23. Orang yg sering marah tak brtmpt sebenarnya mnghdpi masalah mengawal emosi.Hatt ibubapa atau guru pun perlu menegur kesalahan dgn cara yg betul dn tdk mnybbkn mereka semakin mmberontak.

    ReplyDelete
  24. --> nahmy

    Wa'alaikumusalam...

    Yakinlah akan sunnah Nabi yang ditinggalkannya agar apabila marah dlm keadaan berdiri, hendaklah duduk, jika tidak reda pergilah berwudhuk, insya Allah akan terhindarlah segala yang buruk

    ReplyDelete
  25. --> adoheh

    Aok nang jak susah tapi mun nafsu kita tok udah kita kontrol siknya susah ni. Masalahnya tek nafsu ya kontrol kita arus jak kita jadi singa mun meradang.

    ReplyDelete
  26. --> ummi ida

    Puncanya tidak boleh mengawal emosi tidak lain kerana mempunyai penyakit dalam hati, membiarkan syaitan berada di situ hingga iman menjadi sangat nipis dan bila emosi tersentuh mudah marah.

    ReplyDelete
  27. memang sukar untuk menahan nafsu amarah dan mengawal 10 sifat-sifat yang membuat kita sentiasa dikawal oleh nafsu tersebut.

    Bila seseorang telah mempunyai salah satu dari sifat-sifat tersebut, maka jin dan syaitan senanglah menundukkan iman kita - nauzubillah, doakan semoga kita semua sentiasa mengingat dan mengawal nafsu amarah.

    ReplyDelete
  28. --> DrSam

    Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)

    ReplyDelete
  29. salam. saya juga kadang2 cepat rasa marah...bila ada yang tak kena...terutama bila balik kerja ...penat anak2 pulak bergaduh...merenget-renget nak itu dan ini....

    ReplyDelete
  30. --> Alimaz-Kembara terasing

    Salam...

    Anak-anak pun sebahagian dari ujian dari Allah kepada kita. Susah mahupun senang, semuanya adalah ujian. Kerana apabila Allah mengasihi seseorang, diuji dengan kesenangan supaya dia bersyukur dan diuji dengan kesusahan supaya dia bersabar.

    ReplyDelete
  31. Dulu pun saya biasa marah2,, cepat hilang sabar ,, alhamdullilah,, apabila kita semakin mengenali kehidupan dan matang,, marah itu bukan lagi sesuatu yang perlu di fikirkan. Biasanya bila saya marah,, cepat2 istighfar dan berlalu pergi.. * smile

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, maknanya awak dah berjaya jinakkan nafsu marah..

      :-)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.