Thursday, April 01, 2010

Hanya dua...

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah, salah seorang penguasa Yahudi, menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu perkara. Iaitu apabila jumlah jemaah solat Subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat."

Apakah yang dapat kita petik dari pernyataan di atas? Ternyata, orang Yahudi lebih peka dengan keadaan kita dari diri kita sendiri.

Betapa, selama ini banyak kaum Muslimin terlena dalam malam yang panjang sehingga yang tersisa hanyalah segelintir yang membentuk sederet dua saf pada solat Subuh. Mereka tidak menyedari, ada nilai keagamaan dan falsafah yang kuat dalam pelaksanaan solat Subuh. Namun, itu semua disedari oleh golongan Yahudi.

Memang, kalau kita huraikan, permasalahannya akan lebih rumit. Pemahaman dan kesedaran kebanyakan kaum Muslimin masih lemah. Dengan berbagai alasan, akhirnya mereka lebih memilih solat di rumah. Suatu fenomena yang jika terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w, mereka akan diancam dengan dibakar rumah mereka. Bahkan, bagi sebahagian Muslimin, kewajipan solat dikesampingkan oleh berbagai kepentingan dunia dan tentunya, bisikan syaitan...Na'udzubillah!

Memang mudah lidah mengatakan kalimat 'Islam,' namun begitu susah untuk menanamkan 'iman' di dalam hati manusia.

قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Orang-orang 'A'raab berkata : 'Kami telah beriman.' Katakanlah (kepada mereka) : 'Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian) tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja : 'Kami telah Islam.' Dan (ingatlah) jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Al-Hujurat : 14)

Kebanyakan ungkapan lidah tidak selari dengan keyakinan hati. Begitu juga, beribu ungkapan lisan tidak sesuai dengan amalan. Mukmin yang benar dan jujur adalah mereka yang sama antara perkataan dengan perbuatannya. Perkataanya seiring dengan apa yang ada di dalam hati. Sedangkan orang munafik, secara zahir kelihatan baik dan bersih, namun hatinya keras bagaikan batu (atau lebih keras lagi).

Allah mengetahui setiap sesuatu yang ada di dalam hati. Mengetahui mata tidak jujur dan segala yang tersembunyi di dalam dada. Mengetahui orang yang munafik dari yang mukmin, serta mengetahui pendusta dari yang jujur. Namun, terserah pada kehendakNya untuk memberikan ujian-ujian tertentu, demi mengetahui, serta menunjukkan siapa yang hanya pandai berbicara tetapi tidak pernah melakukan atau meyakini sesuatu, namun tidak merealisasikannya.

Tujuan ditampakkan rahsia hati itu kerana Allah SWT ingin menegakkan hujah (alasan) atas manusia, agar di hari akhirat kelak tidak ada seorang pun merasa dizalimi dan teraniaya. Mereka diberi ujian akan tetapi sebahagian besar darinya gagal dalam ujian tersebut.

Ujian memiliki ciri-ciri khusus. Pertama, ujian mestilah susah. Sebab, jika ia senang dan mudah, maka semua akan lulus, baik mukmin mahupun munafik. Akhirnya, ia tidak dapat membezakan antara mukmin dan munafik.

Kedua, ujian itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Sebab, kalau ia sesuatu yang mustahil, maka kedua-duanya akan gagal, baik mukmin mahupun munafik.

Ketiga, ujian ini mestilah seimbang. Ertinya, orang munafik sukar melepasinya. Namun, bukan bererti ia mustahil dilakukan sehingga terbuka kesempatan bagi mukmin untuk lulus dalam ujian tersebut.

Ujian Allah SWT untuk hambaNya bukan sedikit, bahkan ia berterusan sejak manusia mula mukallaf sehingga datangnya kematian. Jihad di jalan Allah merupakan ujian. Bahkan jihad merupakan ujian yang berat, namun bukan mustahil dilakukan. Sebab, orang-orang mukmin boleh lulus dalam ujian ini, sedangkan orang munafik tidak akan dapat melepasinya.

Ujian itu ada pelbagai peringkat kesusahan. Ujian yang sukar, namun bukan sesuatu yang mustahil. Nilai tertinggi dalam ujian ini (bagi seorang lelaki) adalah solat Subuh secara rutin berjemaah di masjid. Bagi perempuan pula, solat subuh tepat pada waktunya di rumah. Manusia dianggap gagal dalam ujian penting ini apabila mereka solat tidak tepat pada waktu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun merangkak.

Sesungguhnya, aku ingin menyuruh melaksanakan solat lalu ia didirikan, kemudian aku perintahkan orang lain untuk solat bersama dengan orang ramai. Kemudian beberapa lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu, pergi ke suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah sehingga aku berazam mahu membakar rumah mereka." (HR Al- Bukhari dan Muslim)

Cuba kita bayangkan. Betapa besar masalah ini dan betapa besar bala yang akan menimpa sehingga Rasulullah s.a.w (pemimpin yang dikenali dengan sikap kasih sayang dan kelembutan) berazam mahu membakar rumah mereka.

Namun, saya melihat pancaran kasih sayang dan kelembutan dalam kalimat tersebut. Dengan ungkapan lain, baginda sebenarnya ingin menyelamatkan umat dari api akhirat dan menakutkan mereka dengan api dunia. Meskipun antara api akhirat dan api dunia amat jauh perbezaannya.

Alangkah baiknya kalau ada seorang lelaki yang tidak mampu berjalan dan tiada orang yang membantunya bergerak, namun dia tetap berkeras mahu pergi ke masjid. Dia merangkak dan merayap di atas tanah untuk mendapatkan kebaikan solat Subuh berjemaah. Sekiranya kita mengetahui betapa besar nilai solat ini, kemudian kita saksikan ada orang yang meninggalkan solat Subuh berjemaah di masjid, maka kita akan mengetahui betapa besar musibah yang telah menimpa mereka.

Kalau seseorang meninggalkan solat ini dengan sengaja, maka kesengajaan tersebut adalah bukti nyata dari sifat kemunafikan. Barang siapa yang ada pada dirinya sifat ini, hendaklah dia segera bermuhasabah. Ini untuk mengelakkan hayat kita diakhiri dengan su'ul khatimah

Oleh itu, marilah kita memohon kepada Allah agar mengurniakan kepada kita kekuatan untuk melaksanakan perintahNya serta kesihatan, keselamatan dan husnul khatimah

P/S: Article ini pernah saya terbitkan dulu, namun kita manusia sering lupa dan lalai. Oleh itu, saya utarakan semula agar ianya dapat memberi peringatan buat kita semua. Semoga ianya mendatangkan pengajaran dan manfaat yang banyak.

Nasihat itu bagaikan zakat sedangkan nisabnya adalah mengambil pelajaran darinya.
~Sebahagian Kaum Shalihin~

40 comments:

  1. Salam Abd Razak.

    Nasihat yang perlu diambil pengajaran oleh semua yang mengaku beriman.

    Sungguh takut tergolong dalam golongan munafik yang hanya pandai bercakap tapi tak melaksanakan..

    Mudah2an kita terpelihara daripada bersifat demikian.

    ReplyDelete
  2. --> Werdah

    Salam Kak Werdah..:)

    Moga kakak sihat..

    Terima kasih atas pandangan kakak, moga kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain dan melaksanakan setiap perkara kebaikan agar kita tidak tergolong dalam orang-orang munafik.

    ReplyDelete
  3. Salam Abd Razak,

    Terima kasih sudi memberi ingatan.

    Satu taskirah yang baik.

    ReplyDelete
  4. Salam Araz.
    Amin ya rabbal alamin pada doa Werdah.
    Pcik amat bersyukur dapat mengenali laman "perjalanan yang singkat"

    mengetuk pintu laman Araz, kita bagaikan menerima ilmu yang segar menyejukkan jiwa. Benarlah apa semua yang di kata. Pada saya sendiri marilah berjuang menegakkan solat 5 waktu, dan mengamalkan perkara yang baik untuk diri menerangi pula jiwa orang lain. InsyaAllah.Tahniah n3 sangat bagus kali ini.

    ReplyDelete
  5. Salam Razak.

    "mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu perkara. Iaitu apabila jumlah jemaah solat Subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat."

    Samalah kita beringat Razak. Saya sendiri Alhamdulillah, subuh masih dapat berjamaah..

    ReplyDelete
  6. Salam razak ...

    terima kasih berkongsi peringatan.... kekadang tak kejut suami sembahyang subuh berjemaah... lepas nie nak baiki diri supaya dia buat banyak kebaikan...

    ReplyDelete
  7. salam alaik akh..

    terima kasih ats perkongsian peringatan..semoga kita semua berangkat ke sana dalam keadaan husnul khotimah..amin..

    barakallahu fik..

    ReplyDelete
  8. salam seronok bertandang kesini...pelbagai ilmu yang saya dapat...

    ReplyDelete
  9. --> Kunang-Kunang

    Salam Kak Ani..

    Terima kasih kembali kerana sudi ziarah ke sini..:)

    ReplyDelete
  10. slm AR.

    "..jumlah jemaah solat Subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat."

    tkena btg idung sniri ni. g solat bjemaah subuhpun xkonsisten, apatah lagi nk cari jumlah mcm solat jumaat..

    insyaAllah akan dperbaiki. jazakallah...

    ReplyDelete
  11. --> etuza

    Salam...

    Terima kasih atas pandangan..

    Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi pernah bersabda yang maksudnya, “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama..

    ReplyDelete
  12. --> UstazCahaya

    Salam Ustaz

    Yang pastinya lom pernah gik jumlah jemaah solat subuh sama byk jumlahnya dgn solat jumaat.

    Sedih juak pagi2 bila ke masjid jemaahnya sik sampey 40 orang yang menjadi syarat membolehkan solat jumaat itu didirikan...

    ReplyDelete
  13. --> atie

    Salam...

    Lagi baiknya kejut setiap hari, kerana itu perintah Allah SWT. Biarlah penat sikit di dunia ni daripada penat yang panjang menahan seksa di akhirat...

    ReplyDelete
  14. --> melatidaisy

    wa'alaikumusalam ya ukhti...

    sama-sama..:) moga kita sentiasa istiqamah dlm beribadah kepadaNYA

    Syukran...

    ReplyDelete
  15. --> Alimaz-Kembara Terasing

    Salam...

    Terima kasih kerana selalu bertandang ke sini..:)

    ReplyDelete
  16. --> piewahid

    Salam...

    Andaikata jumlah jemaah solat subuh itu menyamai jumlah solat jumaat, Islam akan bangkit semula seperti zaman Rasulullah...

    Tapi, keadaan sekarang masih jauh dari apa yang diharapkan

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, syukur pada Allah berjumpa lagi blog yang sangat2 memberi.. terima kasih banyak...

    ReplyDelete
  18. --> ashrafi

    Terima kasih atas kesudian singgah di blog saya yang seberapa ni...

    ReplyDelete
  19. makasih sering mengingatkan..

    ReplyDelete
  20. Salam sahabatku :)

    Setuju dgn kata2 wahai sahabat.. andaikata jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah solat Jumaat, Islam akan bangkit semula spt zaman Rasulullah saw..

    Penyatuan saf dalam masyarakat adalah bermula dgn penyatuan saf didlm masjid..Falsafah solat berjemaah bertujuan menyatukan ummah..

    ReplyDelete
  21. Salam...

    Hidup ini insyaallah akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat jika kita mengerjakan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah swt.

    Allah berfirman yang maksudnya:"Maha Suci Allah yg menguasai (segala) kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".(Al-Mulk ayat 1-2)

    Menuntut ilmu adalah taqwa,
    Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
    Mengulang2kan ilmu adalah zikir dan
    Mencari ilmu adalah jihad.

    ReplyDelete
  22. --> Arianni

    Salam sahabatku :)

    Persoalannya kenapa ketika ini masjid masih sepi di waktu subuh padahal ketika solat jumaat melimpah ruah jemaahnya.

    Sukar untuk Islam bangkit semula jika keadaannya sebegini.

    Inilah yang Rasulullah sebut, Islam itu datangnya asing dan akan kembali asing.

    ReplyDelete
  23. --> sekuntum mawar berduri

    Salam...

    Benar kata saudari..hidup dalam ketaatan itu sungguh bahagia, tiada rasa bimbang kerana limpah kurnia dari Allah sentiasa disyukurinya.

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  24. Salam...:):)

    "Dengan kealpaan diri yang ada membuatkan kita terlupa akan kelebihan solat apatah lagi untuk berjemaah..
    Terkdg terus leka dalam hanyutan kesibukan duniawi...berlumba mengaut kemewahan sementara namun lupa akan kemiskinan amalan utk ke sana.....

    Moga kita sekalian tidak terus terleka..dan terbuka pintu hidayahNya utk kita semua...Amin...."

    Moga kitak sentiasa dirahmatiNya selalu..:):)

    ReplyDelete
  25. Salam sahabatku :)

    Begitulah seterusnya nasib Islam di akhir zaman..Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yg mengaku sbg umat Islam..

    ReplyDelete
  26. --> Pn Kartini

    Salam..:):)

    Begitulah kita sering lupa hanyut dek dunia yang fana ini hingga lupa akan perintah solat berjemaah.

    Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

    RASULULLAH SAW bersabda, “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

    TQ kitak..:):)

    ReplyDelete
  27. --> Arianni

    Salam sahabatku :)

    Islam di akhir zaman dipandang sepi, kebanyakan ulama disisih, pandangan mereka semuanya sudah tidak dipedulikan, namun kita kena terima hakikat bahawa di akhir zaman Islam akan kembali asing.

    ReplyDelete
  28. assalmualaikum abd razak..
    syukran jazilan atas perkongsian ilmu dan atas ingat-mengingatkan. jgnlah kita jd spt yang Rasullulah pernah katakan...'umatku diakhir zaman adalah spt buih-buih dilautan - mereka ramai ttp mereka mudah 'lenyap'..lemah & tiada kekuatan..

    ReplyDelete
  29. --> nahmy

    Wa'alaikumusalam..

    ...'umatku diakhir zaman adalah spt buih-buih dilautan - mereka ramai ttp mereka mudah 'lenyap'..lemah & tiada kekuatan'...adakah kita kini berada di zaman yang telah Rasulullah sebut seribu empat ratus tahun yang lalu, umatnya ramai tapi tidak boleh apa-apa apabila Islam itu dipermainkan oleh golongan kuffar?

    Sememangnya kita lemah..

    ReplyDelete
  30. Salam,
    Realiti yang tak boleh disangkal lagi. Bukan solat berjemaah di masjid/surau, solat di awal waktu pun sukar untuk dilaksanakan. Itulah sebesar-besar ujian yang perlu ditangani oleh kita semua.

    Kita perlu bermujahadah menentang nafsu (dalam hal ini pastinya 'nafsu tidur')agar kehidupan kita berjalan dengan baik di bawah pengawasan Allah. Ini kerana solat merupakan parkara pertama yang akan dinilai di akhirat kelak. Solat juga yang mampu mencegah diri kita dari perkara-perkara yang buruk dan kemungkaran.

    Semoga kita semua mampu menjalani 'ujian' ini dengan penuh istiqamah.

    ReplyDelete
  31. --> Ros Illiyyuun

    Salam...

    Realitinya umat di zaman ini sering diperingatkan tentang pentingnya solat berjemaah dan solat di awal waktu, namun masjid tetap juga sepi di setiap waktu terutamanya di waktu subuh.

    Sungguh memelihara Allah bererti memelihara agamanya. Memelihara agama bererti menjadi orang yang menuruti hukumnya dan mengikuti peraturannya. Dan itu tidak mungkin dapat dilakukan tanpa amal bakti, usaha dan ikhtiar. Melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.

    Terima kasih kitak...:)

    ReplyDelete
  32. Assalamu'alaikum,

    Teruskan beri peringatan walaupun kita masih belum tahu bilakan dipetik hasilnya...

    ReplyDelete
  33. malangnya...amat susah mahu melihat kite sesama muslim berkumpul di subuh hari














    ;(

    ReplyDelete
  34. ckg rash

    Wa'alaikumusalam...

    Insya Allah...moga Allah memberi kekuatan untuk terus berada di sini

    ReplyDelete
  35. --> jane

    Sedih tgk masjid sentiasa sepi di waktu subuh











    :(

    ReplyDelete
  36. salam ^_^

    perkongsian ilmu yang 'menarik' ...terima kasih...

    Tidak turut serta solat berjamaah?? saya kan perempuan...adakah boleh diterima alasan spt itu???

    ReplyDelete
  37. --> cun09

    Salam ^_^

    ya..sama-sama..

    Solat berjemaah..untuk perempuan..lebih afdalnya solat di rumah dan solat di awal waktunya.

    ReplyDelete
  38. " Solat berjemaah..untuk perempuan..lebih afdalnya solat di rumah dan solat di awal waktunya."

    tq jawapan ini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekalinya jika suami ajak pergi masjid, ikutlah ya..

      Ataupun jika suami tidak berkesempatan ke masjid, ajak dia berjemaah..

      :-)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.