Sunday, May 16, 2010

Hanya Terima Kasih..


بسم الله الرحمن الرحيم

Terima kasih...


Hanya terima kasih...

Untuk jasa yang kau taburkan.

Biar jasadmu reput, kau tetap disebut

Semestinya keranamu...



Kami masih ada di sini...

Teruji kesabaran, terusik perasaan

Namun, kami masih teguh di sini

Biar ribut merempuh...

Genggaman janji yang termetrai...

Tak akan kami lepaskan

Sepertimana dirimu teguh, begitu jua kami utuh,

Terima kasih lagi...



Dengan langkah yang penuh yakin...

Dengan limpahan ilmu yang mencurah...

Kini, anak-anak tidak lagi kelaparan

Tidak lagi menagih di tepi-tepi jalan

Tidak lagi meraung minta didodoikan

Tidak lagi angkuh bersama bahtera pemberontakan

Tidak lagi prejudis dengan kehidupan...

Kerana, tertegaknya undang-undang

Lahirnya golongan cendiakiawan

Drastiknya pertumbuhan kehidupan,

Ada pemerintah, ada yang diperintah

Hanya olehmu...



Terima kasih...

Kerana kami masih di sini, belajar berkorban

Pastinya, namamu keramat GURU

Tak akan tenggelam ditelan zaman

Tak akan ranap dibanjiri lautan

Tegasnya, kau tetapi suci

Kau tetap kukuh, disanubari

Moga nanti akan ada penyambung warisan

Dengan itu, kamilah yang pertama menyambut cabaran


~SELAMAT HARI GURU BUAT~
~TEMAN-TEMAN DI SINI~

Cikgu Kartini, Cikgu Normah, Cikgu Cik Amy,
Ustazah Ros Illiyyun, Cikgu Izzah, Cikgu Fadzilah,
Cikgu Asyiq, Cikgu Etuza, Ustaz Hassan Basri,
Cikgu Aidil Fadzil, Cikgu Mazidah, Cikgu Jinggo,
Cikgu Nursyura, Cikgu Zulhelmi, Ustaz Saifun,
Cikgu Werdah, Cikgu Rash dan lain-lain yang
tidak dapat saya sebut di sini.

Sabda Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya Allah dan seluruh MalaikatNya
serta penghuni langit dan bumi,
sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu,
semuanya memohon kerahmatan ke atas orang
yang mengajarkan kebaikan kepada manusia."
(Hadis Riwayat Al Imam At Tirmizi)


Ya Allah, kurniakan kesabaran, ketenangan serta ketulusan kepada
guru-guru yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam menjalankan
amanah dan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak bangsa.
Berikan kebaikan yang banyak kepada mereka, tetapkan iman mereka,
lapangkan hati mereka dan cukupkan rezeki mereka dan ampuni dosa-dosa
mereka, baik yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia
...ameen...


54 comments:

  1. Salam..:):)

    Baris-baris puisi yang puitis...:)

    Tksh atas ingatan ,penghargaan dan ucapan..
    Semoga ia bisa menjadi tiupan semangat yag kental utk semua insan yang bergelar GURU..:)

    Tksh..:)
    Semoga ktk diberkatiNya selalu..:)

    ReplyDelete
  2. --> Pn Kartini

    Salam..:):)

    Moga kitak sentiasa tabah dan dalam rahmat Allah..

    Mudah-mudahan Allah kurniakan kitak dan juga keluarga kitak kebaikan yang banyak serta keberkahan dalam kehidupan.

    Selamat Hari Guru

    Terima kasih kitak kerana sering hadir ke sini...:):):)

    ReplyDelete
  3. Salam saudara abdul razak..

    bait-bait puisi yang sangat indah...
    Selamat hari guru buat semua guru2 di dunia...

    moga Allah sentiasa merahmati mereka..dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Terima kasih kitak atas ingatan :). Moga ianya menjadi pembakar semangat kepada seorang guru seperti saya untuk terus maju dan berjaya di dunia dan akhirat. Ameen

    ReplyDelete
  5. --> Afida Anuar

    Salam saudari Afida..

    Terima kasih...ingatan kita kepada guru-guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada kita tetap jadi ingatan.

    Moga mereka semua dalam rahmat Allah dan dikurniakan kehidupan yang penuh dgn keberkatan...ameen

    ReplyDelete
  6. --> Ros Illiyyuun

    Salam,

    Moga kitak sihat dan semoga Allah kurniakan kitak ketenangan dan ketabahan dalam menjalankan tugas dan amanah untuk menyampaikan kebaikan kepada manusia yang bergelar pelajar.

    Selamat Hari Guru..:)

    ReplyDelete
  7. Salam Abd Razak.

    Semoga sihat di sana.

    Terima kasih atas penghargaan ini. Terasa seperti baru semalam meninggalkan sekolah.

    Selamat Hari Guru juga kepada semua guru2 dan guru2 yg tersenarai di sini.

    Semoga penghargaanmu diberi Allah kebaikan yang banyak. Amiin.

    Pinjam laptop anak. PC masih belum dpt dibaiki.

    ReplyDelete
  8. --> Werdah

    Salam Kak..terima kasih atas doanya, moga kakak sihat juga di sana..:)

    Mulianya tugas guru, tanpa ilmu tiada maknanya. Iman Syafie iaitu pengasas Mazhab Syafie juga memuliakan guru-gurunya sehingga beliau tidak pernah menghalakan kaki ke arah rumah gurunya sewaktu tidur.

    Moga kakak terus dalam keadaan sihat, sentiasa Allah berikan kebaikan atas segala sumbangan yang begitu lama utk anak bangsa.

    Kak take care! :):)

    ReplyDelete
  9. salam,

    siapalah kita tanpa guru dan jasanya guru dikenang buat selamanya..

    ReplyDelete
  10. --> penjejak maya

    Salam..

    Amanah yang sangat berat, andai tidak dilaksanakan azabnya juga berat..

    ReplyDelete
  11. salam saudara ^_^

    **selamat hari guru, semoga diberkati dan dirahmati oleh ALLAH**

    terima kasih kpd saudara juga yg banyak berkongsi ilmu untuk saya ^_^

    ReplyDelete
  12. --> cun09

    Salam saudari ^_^

    *Terima kasih..*

    Semua umat manusia memerlukan ilmu, ilmu memerlukan amal, amal memerlukan akal dan akal memerlukan taufiq

    ReplyDelete
  13. Banyak doa yang dipanjatkan untuk kesejahteraan guru-guru hari ini..

    ...Walaupun ada segelintir guru yg tak komited,..kerjaya guru hanya terpaksa...ada pulak yg ibarat pagar makan padi.,...Semoga mereka diberi petunjuk kerana tugasan ini amatlah Mulia dan pahalanya dibawa sampai ke mati

    ReplyDelete
  14. menarik, buat guru2 yg begitu bernilai..

    ReplyDelete
  15. salam...
    syabas atas warkah indah utk guru-guru. memang guru adalah tunjang kemantapan generasi pelapis. selamat hari guru untuk semua guru-guru.

    ReplyDelete
  16. Salam ziarah ...

    Hampir dimata ..
    Dekat dihati .

    Guru. Tetap terbaik !

    ReplyDelete
  17. --> ikan emas

    Ya mudah-mudahan segala doa itu Allah makbulkan..

    Hakikatnya guru itu manusia biasa tidak sunyi dari kelemahan, moga semangat mereka terbina semula utk menyumbang sebaik mungkin

    ReplyDelete
  18. --> maiyah

    Moga mereka terus maju dan tabah..

    ReplyDelete
  19. --> nahmy

    salam...

    Terima kasih...moga mereka terus bersemangat dan terus istiqamah dlm tugas mereka..

    ReplyDelete
  20. --> LiNda

    Salam...

    Terima kasih ziarah ke sini..

    Guru merubah segalanya..

    ReplyDelete
  21. puisi yg cantik..

    selamat hr guru :)

    ReplyDelete
  22. --> deena farhana

    Thanks..:)

    Moga guru-guru yang sudah pergi tenang dan damai di sana

    ReplyDelete
  23. salam..
    Cantik kata semanis bahasa
    disusun indah mengambarkan rasa
    khidmat guru tak mengenal masa
    sanggup berkorban harta dan nyawa..

    " Selamat Buat semua Guru"

    ReplyDelete
  24. Selamat Hari Guru...ibu juga guru pertama..

    ReplyDelete
  25. salam alaik akh :))

    subhanallah, bait2 puisi yg sangat indah..

    semoga mereka terus diberikan kekuatan olehNya utk mendidik anak bangsa..ameen..

    ReplyDelete
  26. yuhhu..selamat hari guru juga saudara!Jzkk kerana menjadi guru sy selama ini..(guru secara tak lgsung la)hehe

    ReplyDelete
  27. salam kitak..

    apa khabar kitak tek?
    kamek bsru jak bait dari ulser tok..

    adohehh...nang pandey kitak nulis puisi..nang hebat kitak oow..kelak kitak nulis lagi puisi yang best2 oow.. :)

    terima kasik sama kitak..atas ingatan sempena hari guru ritok..ada juak nama kamek di ingatan kitak eeh..syukrannn..

    moga kitak ceria saja lah..kelak kamek berambeh lg mouk baca puisi kitak agi..hehe..

    ReplyDelete
  28. --> Acik

    Salam..

    Guru ceria selalu..
    Menjadi inspirasiku..
    Dekat di hatiku..

    Thank you

    ReplyDelete
  29. --> nohas

    Selamat Hari Guru...ya betul ibu pendidik seawalnya

    ReplyDelete
  30. --> melatidaisy

    Wa'alaiki salam ukhti..:)

    Begitulah harapan kita selalu, moga semangat dan kekuatan itu tidak akan luntur..

    Syukran ya ukhti

    ReplyDelete
  31. --> iqbalsyarie

    Saya pun masih belajar juga sdra, takkan pernah berakhir hinggalah Allah jemput saya kembali kepadaNya..

    ReplyDelete
  32. --> Cik Amy Sensei

    Salam kitak..

    alhamdulillah bait jak kamek tok & moga kitak sihat juak

    adohehh...sik pandey gilak kamek tok bok nok belajar.. :)

    sama-sama kitak..mestilah ingat kitak yang salu dtg berambeh sitok nulis komen..:)

    makaseh kitak..:)

    ReplyDelete
  33. assalammualaikum razak

    agak lewat saya ke sini.
    apa pun, terimakasih atas ingatan

    dan ameen untuk doa tersebut.

    ReplyDelete
  34. salam..

    tersentuh hati saya membaca puisi ini..terima kasih bro Razak!

    ReplyDelete
  35. Salam Razak...

    Selamat Hari Guru...

    Didikan mereka menempatkan kita di tempat sekarang...

    Bimbingana mereka membentuk peribadi kita sekarang...

    Kasih sayang mereka menjadikan kita insan bersyukur sekarang...

    Semoga perkongsian ini kan diberkati dan dirahmati Allah sentiasa hendaknya...

    Teruskan perjuangan ...

    Syukran...

    ReplyDelete
  36. --> a kl citizen

    wa'alaikumusalam..

    ...sama-sama cikgu, mudah-mudahan cikgu dilimpahi keberkatan yang banyak.

    ReplyDelete
  37. --> fadzilah

    Salam..

    Menghargai atas pengorbanan guru selama ini..terima kasih kepada semua guru..:)

    ReplyDelete
  38. --> Ruby

    Salam cikgu

    Selamat Hari Guru juak utk kitak..

    Pengorbananmu tetap jadi kenangan..

    Teruskan perjuangan ...

    afwan..

    ReplyDelete
  39. --> sahromnasrudin

    Terima kasih dtg ziarah saya!

    ReplyDelete
  40. salam abd razak,
    a very beautiful poem.
    saya lost contact dgn sume cikgu2 saya.
    ~ sigh ~

    ReplyDelete
  41. --> makcik.shima

    Salam makcik

    thanks..:)
    sukar utk menjejaki mereka erk!

    ReplyDelete
  42. slmat hari guru brooo buat bro n teman2 guru bro semua



    smua kita adalah 'guru' based on
    "ballighu anni walau ayah =)"

    ReplyDelete
  43. --> jane

    Thanks sis..:)

    Sampaikan walaupun sepotong ayat

    ReplyDelete
  44. tidak lupa kepada tok2 guru di surau & masjid kita :)

    ReplyDelete
  45. --> piewahid

    Ya..merekalah yang banyak mendidik kita merintis ke jalan yang diredhaiNYA

    ReplyDelete
  46. subhanallah...tenang hati membaca..:)

    ReplyDelete
  47. --> Sufy

    Alhamdulillah.. moga Allah sentiasa memberikan ketenangan kepada kita semua..

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  48. Salam,

    T/kasih atas do'a, ucapan & 'halwa' yg diberikan...Moga sihat untuk meneruskan amanah & t/jwb kita...

    ReplyDelete
  49. --> ckg rash

    Salam..

    Sama-sama cikgu..moga cikgu sihat di sana.

    ReplyDelete
  50. Salam bro;
    'Guru… dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa,
    dalam marahnya ada sayang,
    dalam tawanya ada mesra,
    dalam diam ada bijaksana,
    dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru "

    Puisi yang menyntuh jiwa dan akal....Terima kasih

    ReplyDelete
  51. --> qaseh mas

    Salam sis..

    Indah bait-baitnya..:)

    Thanks sis

    ReplyDelete
  52. salam brother Razak
    selamat hari guru
    semoga jasa2 guru2 dapat dibalas dgn
    hadirnya anak murid yang pintar dan berdedikasi..

    insyaAllah...

    ReplyDelete
  53. Nur Misnan

    Salam sis nur...

    Thanks...:)

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.