Monday, August 23, 2010

Pesan buat muslimah..


بسم الله الرحمن الرحيم

SAUDARIKU Muslimah, semoga kesejahteraan dilimpahkan ke atasmu, demikian pula dengan rahmat dan keberkatan daripada Allah.

Bertepatan dengan bulan suci ini saya ingin mengucapkan selamat kepada wanita muslimah seraya berdoa semoga Allah memberikan untuk saya dan kalian semua keampunan dan taubat~Nya. Pada kesempatan ini ambillah 10 nasihat ini dengan baik dan dengan hati yang terbuka.

Pertama : Muslimah hendaknya tetap beriman kepada Allah dan mengakui bahawa Dialah tuhan yang Maha Esa, Muhammad adalah utusan~Nya, dan Islam adalah agama kita. Jika ini semua dilakukan, akan nampak keimanan dalam setiap perbuatan, amal dan keyakinan.

Kedua : Seorang muslimah hendaknya menjaga solat lima waktu, dan sentiasa khusyuk ketika melaksanakan solat. Kalian tidak boleh disibukkan dengan hal lain sehingga melupakan solat. Kalian juga tidak boleh terlena dengan perkara-perkara lain hingga lalai untuk beribadah. Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Solat adalah benteng terkuat yang dapat menjaga seseorang dari perbuatan maksiat.

Ketiga : Muslimah sekalian hendaknya memelihara diri dengan menutup aurat. Kalian tidak boleh keluar rumah kecuali dengan menutup bahagian-bahagian tubuh yang diperintahkan. Dengan menutup aurat kalian, Allah hendak menjaga dan menyucikan kaum wanita. Allah SWT berfirman, "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: 'Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." (QS al-Ahzab: 59)

Keempat : Muslimah harus selalu mentaati suami kalian, bersikap lemah-lembut, mengasihi, mengajaknya pada kebaikan, menasihati, dan selalu membuat suaminya tenang, serta tidak meninggikan suara dan berkata kasar kepadanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, dan taat terhadap suaminya, maka ia akan masuk ke dalam syurga Allah." (HR Ahmad)

Kelima : Kalian hendaklah mendidik anak-anak kalian untuk selalu taat kepada Allah. Mereka harus dididik dengan aqidah yang benar dan menanamkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul~Nya. Mereka harus dibiasakan untuk selalu menjauhi maksiat dan perbuatan hina. Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan~Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS At-Tahrim: 6)

Keenam : Jangan hendaknya kalian sampai berdua-duaan dengan seorang lelaki yang bukan mahram. Rasulullah bersabda, "Tidaklah seorang wanita berduaan dengan seorang lelaki melainkan yang ketiganya adalah syaitan."

Kalian tidak boleh melakukan perjalanan kecuali ditemani seorang mahram, tidak berjalan-jalan di pasar-pasar, di tempat keramaian umum kecuali memang ada keperluan. Auratnya wajib ditutup dan dijaga.

Ketujuh : Wanita Muslimah tidak boleh meniru penampilan lelaki. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Allah melaknat kaum lelaki yang meniru kaum wanita dan kaum wanita yang meniru kaum lelaki." (HR Bukhari)

Tidak dibenarkan bagi wanita muslimah mengikut gaya berpakaian dan penampilan wanita kafir. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang yang meniru satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka."

Kelapan : Wanita muslimah harus selalu menyeru kepada jalan Allah di antara kaum wanita yang lain. Dalam menyerukan dakwah Islam ini harus menggunakan ucapan yang baik, dengan mengunjungi tetangga dan selalu menghubungi saudara-saudara muslimah. Kalian harus menjaga diri dan saudara-saudara muslimah yang lain agar diselamatkan dari azab Allah.

"Jika Allah memberikan petunjuk kepada seseorang melalui perantara dirimu, itu lebih baik bagimu daripada limpahan kenikmatan." (HR Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : Wanita muslimah harus memelihara hatinya dari perkara-perkara yang syubhat dan nafsu syahwat. Kalian harus menjaga mata dari hal yang haram, telinga dari nyanyian yang melalaikan, menjaga diri dari perbuatan keji, menjaga rahsia tempat tidur kalian bersama suami dan menjaga seluruh anggota tubuh kalian daripada perbuatan yang bertentangan syariat Allah. Inilah yang disebut dengan ketaqwaan.

Kesepuluh : Wanita muslimah harus sentiasa menjaga waktu kalian dari perbuatan sia-sia dan hari-hari kalian daripada perbuatan yang merosakkan. Kalian tidak boleh menjadi orang yang lalai, terlena, selalu bergurau senda, dan berada dalam perbuatan sia-sia. Simpanlah aib kalian seteguh-teguhnya usah disiarkan gambar kalian yang tidak menutup aurat kerana itu adalah perbuatan dosa membuka aib sendiri. Lihat - Promosi maksiat dan buka aib sendiri - Ustaz Zaharuddin

Allah SWT berfirman, "Dan tinggalkan orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurauan dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia." (QS Al-An'am: 70)

Allah sudah sediakan banyak peluang dan tawaran yang lumayan kepada umat Islam terutamanya di bulan Ramadhan. Andaikata ada di antara kalangan umat Islam tidak mahu menerima tawaran Allah itu, sesungguhnya kalian memang tidak berminat dengan Allah, tak minat dengan nasihat dan kasih sayang Rasulullah dan tidak minat dengan janji syurga~Nya. Kalian lebih meminati neraka~Nya dan sangat berminat untuk diazab~Nya. Kembalilah wahai kalian yang tidak berminat itu.

Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada wanita muslimah agar mereka sentiasa melaksanakan yang Engkau cintai dan redhai. Makmurkanlah hati mereka dengan keimanan. Saya mohon maaf jika ada silap dan salah daripada apa yang saya muatkan di sini.

Wassalam..

74 comments:

  1. Salam Razak...

    Kudapan pagi yang cukup bermanfaat.. terima kasih atas peringatan

    Mohon share...

    Salam Ramadhan...

    ReplyDelete
  2. subhanallah,

    Akan saya panjangkan pesanan yang penuh hikmah ini kepada khususnya ibu tercinta,Isteri ,adik perempuan,anak-anak perempuan dan kepada semua teman amnya.semoga usaha murni saudara sentiasa diberkati Allah.

    ReplyDelete
  3. Salam:)

    Tksh utk pesanan yang bermakna buat diri ini dan jua utk muslimah sekalian...
    Semoga menjadi panduan ke arah membentuk keperibadian muslimah sejati yang terpelihara dari kesesatan .......InsyaAllah.

    ..moga ktk diberkatiNya..:):)

    ReplyDelete
  4. salam,

    moga para muslimah dapat mengambilnya sebagai peringatan dan menjadikannya juga sebagai panduan hidup yang berguna..

    ReplyDelete
  5. salam,

    terima kasih bebanyak ..
    elok dipanjang-panjangkan.

    Insyallah mudah-mudahan sy tergolong dalam golongan yg :
    beriman
    solat yg cukup
    aurat dijaga
    taatkan suami
    anak yg soleh
    .....


    ....

    ReplyDelete
  6. Salam saudara..
    semoga selalu sihat dan di rahmati
    Allah jua hendaknya.Kaum wanita sewajibnya mengcontohi Siti Khadijah. Kita lihat bagaimana Siti Khadijah menjadi wanita pertama yang beriman, dan terus berjuang dengan seluruh jiwa raga dan harta bendanya demi Islam yang dibawa oleh Rasulullah.Tiada pengorbanan semulia wanita sepertinya..wallahualam.

    ReplyDelete
  7. --> Ruby

    Salam Cikgu..

    Ya teruskan, panjang-panjangkan kepada teman-teman dan moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat mereka..

    Salam Ramadhan...

    ReplyDelete
  8. --> alehkayong

    Salam...

    Aok, teruskan usaha kitak agarnya mendatangkan manfaat buat mereka yang kitak sebut ya...

    ReplyDelete
  9. --> Pn Kartini

    Salam kitak..:):)

    Terima kasih kembali kitak, semoga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kitak dan muslimah yang lainnya..

    Semoga ianya menjadi pembentukan keperibadian wanita dalam bentuk yang sempurna dan menyeluruh dalam setiap sudut keperibadian diri, keluarga dan masyarakat sehingga pembentukan ini mencapai kemuncaknya yang tinggi yang tidak pernah dicapai oleh wanita kecuali dalam Islam.

    Thanks utk doanya..:):)

    ReplyDelete
  10. Salam saudara abdul razak...

    terima kasih atas peringatan dan nasihat buat kami. Terharu pula saya membacanya di pagi hari ni....

    Disebabkan saya masih lagi bujang, berada di perantauan,seorang diri.. selalu saja saya ke mana2 seorangan, tanpa mahram...hurmm...

    ReplyDelete
  11. --> penjejak maya

    Salam..

    Agar kesempatan yang Allah berikan di dunia ini diambil sebanyak mungkin amalan baik untuk meraih keredhaan~Nya..

    ReplyDelete
  12. --> ikan emas

    Salam..

    Sama-sama..
    Sila panjang-panjangkan..

    Itulah hasrat Rasulullah s.a.w. kepada semua muslimah..
    Tetap dalam ketaatan kepada Allah dan Rasul..

    ReplyDelete
  13. --> zulkbo

    Salam saudara..

    Semalam saya kurang sihat sakit perut dari petangnya hingga pagi tadi..alhamdulillah dah rasa kurang sakitnya..

    Hendaknya muslimah sekalian, jadilah muslimah yang terbaik seperti isteri-isteri Rasulullah s.a.w. dan wanita-wanita yang setaraf dengan mereka..

    ReplyDelete
  14. --> Afida Anuar

    Salam saudari Afida...

    Terima kasih kembali saudari..

    Sebahagian ulamak mengeluarkan hukum yang menyatakan kebenaran kepada wanita untuk bermusafir tanpa mahram. Syaratnya ialah, ada keperluan yang hampir sama hukumnya seperti haji, atau sekurang-kurangnya keperluan mendesak untuk berjalan tanpa mahram, dan terjamin keselamatan semasa di dalam perjalanan dan di destinasi permusafirannya.

    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  15. Salam Abd Razak.

    Semoga sihat dan ceria selalu.

    Pertama, kak nak ucapkan terima kasih kerana mendoakan kami wanita dan kita semua agar mendapat keampunan Allah SWT. Ya Allah makbulkanlah doa ini.

    Kedua, nak nyatakan betapa terharunya membaca pesanan ini, betapa tidak, banyak sungguh tawaran Allah kepada kaum wanita dan rasa seperti mudah untuk mendapatkannya, namun kerana sering tergelincir ramai kaum wanita tak dapat nak meraihnya.

    InsyaAllah kak akan mencuba sedaya upaya menjaga perbuatan hati, lidah dan anggota dalam menjalani kehidupan bersma suami dan keluarga, mudah2an Allah membantu kak mendidik anak-anak dan cucu-cucu untuk mengambil perhatian dalam perkara ini. Bimbang sungguh akan perkara ini.

    ReplyDelete
  16. salam ustaz..sy cume nak wanita pakai tudung tue biarlah tutup dada, pakai seluarlah biarlah jgn pinggul terkeluar coz byk sgt berlaku kat sana sini..semoga ada kesedaran

    ReplyDelete
  17. salam sahabat,
    semoga kita beroleh keberkatan, keampunan dan ketaqwaann.

    w/pun sy bukan muslimah :),
    sesungguhnya ingatan penuh ikhlas sahabat sentiasa menyentuh dan meresap ke hati.

    sbagai lelaki @ pemimpin, kaum lelaki sgt berperanan dalam membentuk keluarga mencari keredhaan Ilahi tetapi alangkah beruntungnya bila memiliki isteri atau muslimah sehebat Khadijah, Aisyah dan lain2 ummu mukminat.

    t kasih & jazakallah...

    ReplyDelete
  18. --> Werdah

    Salam Kak Werdah..

    Alhamdulillah saya sihat, moga kakak sihat dan ceria juga di sana..

    Terima kasih atas respond dan ulasan kak...moga kita terpelihara dari perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan berfaedah

    ReplyDelete
  19. --> sahromnasrudin

    Salam...

    Ya sdra, menutup aurat itu ada syarat tertentunya bukan sekadar bertudung tapi ada di bahagian lainnya yang tidak tertutup dengan sempurna..

    ReplyDelete
  20. --> piewahid

    Salam sahabat..

    Amin, moga Allah perkenankan permintaan sdra..

    Ya kita lelaki sebagai pemimpin, tugas kita merupakan satu dari kepelbagaian tanggungjawab yang telah digariskan secara jelas oleh Islam untuk menjadi panduan melayari bahtera kehidupan di dunia bertujuan menjamin kebahagiaan abadi di akhirat. Sebagai ketua dalam keluarga yang dipertanggungjawabkan memastikan ahli keluarga terelak daripada memasuki api neraka, tanggungjawab tersebut adalah amanah berat yang menjadi fitrah keinsanan.

    ReplyDelete
  21. salam saudara razak...

    terima kasih atas peringatan dan hadiah utuk kami ......

    ReplyDelete
  22. --> atie

    Salam...

    Terima kasih kembali..

    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  23. Syukran...

    Kmk attach dalam FB... untuk perhatian dan dimanfaatkan bersama ngan rakan2 yang lain...

    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  24. Syukran...

    Kmk attach dalam FB... untuk perhatian dan dimanfaatkan bersama ngan rakan2 yang lain...

    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  25. Syukran...

    Kmk attach dalam FB... untuk perhatian dan dimanfaatkan bersama ngan rakan2 yang lain...

    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  26. --> Ruby

    Afwan...

    Ok sik hal...teruskan untuk peringatan sidak kawan-kawan kitak..

    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  27. salam,

    mudah-mudahan muslimah yang membaca dapat memanfaatkannya.

    selamat menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
  28. wanita tiang seri kehidupan, menjadi perhiasan agama bangsa dan negara, kalau rosak ia, musnahlah sebuah kehormatan agama bangsa dan negara

    ReplyDelete
  29. Terimakasih atas pesanan. InsyaAllah akan selalu ingat..

    ReplyDelete
  30. salam...

    satu peringatan yg bagus buat kami kaum muslimah..

    ReplyDelete
  31. Saya suka gaya Ustaz menyampaikan dakwah melalui tulisan. Tiada langsung terkesan unsur ujub, ria' atau takbur, menyebabkan hati yang dangkal dan hitam ingin lari dari membacanya (ada sesetengah penulis begitu-sungguh!).

    Sekali membacanya, terasa ingin membaca lagi, hingga usai...terima kasih.


    Teuskan ustaz.

    ReplyDelete
  32. --> ahmad humairi

    Salam..

    Begitulah harapan kita semua cikgu..

    Selamat menjalani ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain..

    ReplyDelete
  33. --> cemomoi

    Sesungguhnya wanita muslimah memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam dan pengaruh yang besar dalam kehidupan setiap muslim. Dia akan menjadi madrasah pertama dalam membangun masyarakat yang shaleh, tatkala dia berjalan di atas petunjuk Al-Qur’an dan sunnah Nabi.

    ReplyDelete
  34. --> Tirana

    Alhamdulillah, semoga tercurah pancaran iman ke dalam diri kakak dan muslimah yang lain...

    ReplyDelete
  35. --> ckLah@xiiinam

    Maha Suci Allah, terpelihara dari segala sifat kekurangan...

    Sama-sama cikgu..

    ReplyDelete
  36. --> fadzilah

    Salam...

    Itulah hadiah saya buat semua muslimah sekalian..

    ReplyDelete
  37. --->ckLah@xiiinam

    Subhanallah, Maha Suci Allah dari sifat-sifat kekurangan, Dialah memelihara kita dari sebarang sifat mazmumah dan mengilhamkan apa terbaik untuk kita semua..

    Moga Allah limpahkan kekuatan buat saya untuk terus berada di sini..

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum tuan, peringatan yg baik bukan saja utk kaum muslimah...bahkan kpd muslimin juga.

    ReplyDelete
  39. --> nahmy

    Wa'alaikumusalam tuan..

    Benar, kerana muslimin adalah pemimpin kepada muslimah.

    ReplyDelete
  40. salam pakcik ABD. RAZAK...
    info & tazkirah yg sangat menarik...

    terima kasih kerana khas kan entry ni buat muslimah seperti saya...

    mudan2 bertambah keberkatan dibulan ramadhan ni...

    ReplyDelete
  41. --> white rose

    Salam makcik USTAZAH...

    Saya rasa ustazah takder masalah, ilmunya lebih daripada apa yang ada pada saya...

    ReplyDelete
  42. --> b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Thanks singgah sini...

    ReplyDelete
  43. Salam sahabatku..

    Syukran atas pesanan yg begitu ikhlas lagi bermanfaat..
    Semoga Allah swt sentiasa merahmatimu..
    Selamat menjalani ibadah puasa..

    ReplyDelete
  44. --> Arianni

    Salam sahabatku..

    Afwan ya sahabat dan semoga juga Allah SWT sentiasa merahmatimu..

    Selamat berpuasa sahabat..:)

    ReplyDelete
  45. salam en razak...
    terima kasih en razak...saye suke membacenye...dapt pelajari yg mane ter dpt kekurang pada diri saye ni...

    ReplyDelete
  46. --> ainnoraini

    Salam...

    Sama-sama puan ain..
    Berusahalah memperbaiki kekurangan yang ada dan moga Allah permudahkan!

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum wbt
    Pernah dizaman Rasulullah saw. diajukan soalan oleh kaum muslimah iaitu kenapakah didalam AlQuran byk terdpt lafaz lelaki dan membincangkan mengenai kaum muslimin sahaja. Maka turunlah Surah AliImran:195 فَٱسۡتَجَابَ لَهُمۡ رَبُّهُمۡ أَنِّى لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَـٰمِلٍ۬ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ‌ۖ بَعۡضُكُم مِّنۢ بَعۡضٍ۬ Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain,
    Maknanya, janganlah kaum muslimah rasa rendah diri krn Allah SWT tidak akan mensia-siakan amalan mrk sama sahaja disisi Allah SWT malah dlm ayat yg seterusnya jika mrk sabar menerima gangguan2 maka ALlah SWT akan menghapuskan dosa2 mrk. Subhanallah!

    ReplyDelete
  48. salam..

    bingkisan yg baik dan harus jdkan amalan..

    ReplyDelete
  49. --> tajnur

    Wa'alaikumusalam...

    Terima kasih ulasan dan tambahan kitak kepada N3 kamek kali tok..

    Moga ianya mendapat manfaat yang banyak buat muslimah..

    ReplyDelete
  50. --> maiyah

    Salam..

    Begitulah hendaknya yang sering saya harap utk kebaikan muslimah di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  51. banyak lagi yang saya perlu perbaik....

    ReplyDelete
  52. salam kitak...

    apa khabar tek..
    moga bait jak kitak oowh..
    mek bait juak...

    sungkey pa kitak ritok?
    hehe...

    tok pesanan nang bagus utk muslimah..moga dijadikan panduan dalam melayari kehidupan...insyaallah...

    selamat berposa kitak ...

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum wbt
    Apa khabar kitak tek? Apa jak sungkey kitak ari tok? Buah tamar jak! Sik cukup bah, nang ada perintah dlm Quran, nyuruh kita makan benda bait2 terutama mknn dan daging yang fresh (lahman tariyan). Barulah buleh amalkan `malam menjadi rohban dan siang menjadi singa` utk mengerjakan ibadah nak! Apa2 pun jaga kesihatan kitak supaya dpt terus amalkan ibadah sbg hamba solihin, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  54. --> a kl citizen

    Salam..

    Walaupun banyak tapi ada usaha takper lama-lama semuanya lengkap..

    ReplyDelete
  55. --> Cik Amy Sensei

    Salam kitak...

    alhamdulillah mek bait
    harap kitak bait juak..

    mek biasa jak sungkey
    makan bihun goreng jak..

    moga pesanan kamek sitok dapat merik manfaat ngan semua sidak muslimah semua..

    Sselamat berposa kitak..

    ReplyDelete
  56. --> tajnur

    Wa'alaikumusalam..

    alhamdulillah kamek bait jak. kamek sungkey di masjid jadi makanan nang banyak tapi kamek prefer ambik sikit jak, control dirik bah ujung kekenyangan alu sik pat nak terawih

    ReplyDelete
  57. salam.

    saya akan suruh anak2 perempuan saya baca tulisan ust. ini. terima kasih kerana ust. telah memudahkan saya untuk mengingat dan menasihati anak saya.

    ReplyDelete
  58. --> al-lavendari

    Salam...

    Suatu usaha yang baik..
    Terima kasih tuan haji..

    ReplyDelete
  59. Salam Araz..
    Apa khabar..syukran alhamdulilah mendapat tazkirah..10 perkara.
    Sesungguhnya pesan buat muslimah ini sangat sesuai agar ramai kalangan mulimah mendapat ilmu pengetahuan dan tangungjawab sebagai hambaNya perlu menjaga maruah ..semoga ada yang sedar.

    ReplyDelete
  60. --> etuza

    Salam cikgu...

    Alhamdulillah sihat, moga cikgu sihat juga di sana..

    Berpesan-pesan untuk kebaikan..

    ReplyDelete
  61. salam kitak...

    apa khabar tek..
    moga bait jak..

    apa polah kitak nektok..
    blogwalking oowhh...
    hehe

    ReplyDelete
  62. --> Cik Amy Sensei

    Salam kitak..

    alhamdulillah bait..
    harap kitak bait juak..

    sik ada polah apa-apa..
    bok balit dari pasar tek..
    kepak juak rasanya tok..

    ReplyDelete
  63. salam pakcik abd.razak...

    saya dah bertukar link baru...terima kasih ya...

    http://bungarosputih.blogspot.com/

    ReplyDelete
  64. --> white rose

    Salam makcik ustazah..

    Insya Allah nanti saya tukar link baru tu kat blog list saya tu..

    ReplyDelete
  65. Salam bertandang lagi..
    semoga sihat orang disini.
    selamat menyambut Nuzul Quran..
    sesamalah kita mengimarahkan
    malam penuh penampunan ni..
    .جزاك اللهُ خيراً

    ReplyDelete
  66. --> zulkbo

    Salam sdra..

    Terima kasih bertandang ke sini..
    Selamat menyambut Nuzul Quran dan selamat memenuh malam-malam ramadhan dengan amalan-amalan sunat

    ReplyDelete
  67. salam ustaz..ktk tok orgswkkah..orgsjung?

    dr blog dylla..ternampak blog ini..tahniah..blog yg ilmiah...

    sy menyokong org yg berblogging secara ilmiah wlp sy sendiri tidak..

    ustz mcmmn nak istiqomah dlm membuat sesuatu yg baik?

    sy solat..tp x istiqomah...
    sy nk sntiasa menutup aurat...tp tak tertutup2 jgk..
    sy nak jd org yg tabah tp sy xsbr..
    sy nk jd org yg tenang tp sy pemarah..

    ReplyDelete
  68. ustaz,sy nk mintak tlg ustaz.
    kalau ada masa,jenguk link sy ni.

    http://rainlivestrong.blogspot.com/2011/02/mengenai-allah-yang-maha-besarmaha.html

    dan,bagi pendapat:)
    boleh ke?
    sy cuma nk dapatkan pendapat ustaz.
    tq:))

    ReplyDelete
  69. Assalamualaikum
    Mohon izin untuk saya kongsikan nasihat ini di blog saya
    jazakallah khayr jaza'

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.