Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru..



بسم الله الرحمن الرحيم

Obor Hikmah

Guru adalah awan indah terbang rendah
melimpahkan hujan pada musim gersang
menyegarkan benih ilmu berbuah hikmah
ia renjis embun pada tanah bakat

Suara ehsan ketika manusia kalah
sepi yang syahdu dalam dunia resah
guru satap ganti ketika pondok bocor
kitab sejarah dalam bilik darjah

Senyum penyembuh bagi wabak sengsara
ia sungai rangsang sentiasa tenang
menghantar bahtera ke segara darma
memesan angin menghikmahkannya

Guru adalah penelaah yang tekun
mewariskan dunia sebagai kutubkana
menyediakan kutubkana sebagai dunia
ia mengemudi biduk, melepaskannya
atas lambungan laut merangsang manusia
menyelami rahsia khazanahnya

Guru minta segar dan kukuh akar
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia camar kasih
dan pada ketika tak tersangkakan
walau diambilnya kembali semua buku
sempat ditinggalkannya asas ilmu

Guru adalah batin suci hati nurani
penjunjung budi
manusia yang takwa
obor hikmah kehidupan bangsa

[ A.Samad Said ]



Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik
dan
teman-temanku di sini - Ustazah Iqa, Puan Kartini,
Cikgu Rohani, Kakak Werdah, Cikgu Ahmad,
Cikgu Kamilah, Cikgu Fadzilah dan lain-lainnya..

10 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesihatan yang baik dan dalam redha Allah SWT.

    Sungguh indah sajak A. Samad Said itu, baru pertama kali mendengarnya.

    Sungguh kita berhutang budi, selepas ibu bapa guru-gurulah yang mengajar kita mengenal tentang dunia dan pengakhiran kita. Syukur kepada Allah yang sentiasa mengilhamkan guru-guru yang membentuk sahsiah kita.

    Terima kasih atas ingatan.. tugas guru dah jadi kenangan..di mana sahaja berjumpa bekas anak didik cikgulah sapaan untuk kami yang bergelar guru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Terima kasih atas doa kakak, moga kakak pun demikian juga sentiasa beroleh kesihatan yang baik dan dalam redha Allah SWT...aamiin

      Guru pembentuk dan menyuluh jalan kepada insan ke jalan yang diredhai Allah.

      Terima kasih kembali kak!

      Delete
  2. Assalamualaikum ustaz,

    selamat hari guru juga buat ustaz, sbb selalu postkan sesuatu yg boleh KY belajar, dan belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Terima kasih, saya hanya menyampai apa yang saya dapati dari guru saya, amat sedikit ilmu di dada ni.

      Delete
  3. Assalamualaikum..

    Moga dirimu dalam rahmatNya.

    Jzkk En. Razak!
    Atas ucapan selamatnya.
    (^____^)

    Mohon doa.

    *Berpinar juga membaca bait2 di atas. isk3

    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Moga dirimu juga dalam rahmat~Nya..

      Ya...sama-sama..:)

      Moga Allah kurniakan ilmu yang manfaat buat kita semua..aamiin

      Delete
  4. assalamualaikum....

    lama tak singgah blog ini...selamat hari guru juga buat ustaz.

    ReplyDelete
  5. assalamuallaikum....

    selamat hari guru juga buat ustaz..

    ustaz guru yang lebih hebat...sentiasa berkongsi ilmu di medan maya secara percuma...

    jzkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Sesungguhnya seorang guru adalah insan mulia kerana mereka diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat, mereka diibaratkan seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan lautan.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.