Friday, May 24, 2013

Tunaikan haknya...


بسم الله الرحمن الرحيم

Abdullah bin Muabaraq mengatakan :

1. Barangsiapa yang mengerjakan sholat sunat rawatib 12 rakaat
setiap hari sungguh dia telah menunaikan haknya sholat.

2. Barangsiapa berpuasa setiap bulan tiga hari,
sungguh dia telah menunaikan haknya puasa.

3. Barangsiapa membaca Al-Quran setiap hari 100 ayat,
sungguh dia telah menunaikan haknya membaca al-Quran.

4. Barangsiapa bersedekah setiap hari Jumaat sedirham,
sungguh dia telah menunaikan haknya sedekah.

Keterangan : Yang dimaksud sholat sunat 12 rakaat
di sini perinciannya sebagai berikut :
  • 2 rakaat sebelum Subuh
  • 2 rakaat sebelum Zohor
  • 2 rakaat sesudah Zohor
  • 2 rakaat sebelum Asar
  • 2 rakaat sesudah Maghrib

Imam Tirmidzi menambahkan, bahwa sholat sunnah yang
12 rakaat itu adalah sebagai berikut :
  • 4 rakaat sebelum Zohor
  • 2 rakaat sesudah Zohor
  • 2 rakaat sesudah Maghrib
  • 2 rakaat sesudah Isya'
  • 2 rakaat sebelum Subuh

Wallahu a'lam

Rujuk : Kitab Nashaihul Ibad - Ibnu Hajar al-Asqalani

12 comments:

  1. Assalammualaikum wbt.

    Terima kasih ustaz. Ilmu yang amat bermanfaat. Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam wbt..

      Terima kasih kembali cikgu.

      Moga cikgu juga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT..aamiin

      Delete
  2. Assalamualaikum ustaz,

    KY juga berharap ustaz sihat sentiasa,

    subhanallah...mampukah kita? InsyaAllah, terima aksih ustaz, selalu mengingatkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam KY..

      Alhamdulillah sihat, moga KY begitu juga..

      Insya Allah moga Allah kurniakan kekuatan dalam beribadah kepada~Nya..

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang serta redhaNya..aamiin

    Semoga kita sentiasa berusaha kuat untuk istiqamah menunaikan perkara sunat ini..insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Terima kasih atas doanya, moga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang serta redha~Nya..aamiin

      Insya Allah, Allah berikan kekuatan.

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    Moga dirimu dalam rahmatNya.

    Sama-sama beramal.
    Mohon doa agar dipinjamkan kekuatan beramal sehingga habis usia.
    Insyaallah.

    Solat sunat rawatib, terdapat banyak riwayat tentang pembahagian.
    Tetapi masih 12.
    Bila berilmu, mesti beramal...
    Bila sampaikan, datang kekuatan...

    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Aamiin ya Rabbial 'alamin, moga dirimu juga dalam rahmat~Nya.

      Ya beramal menuju~Nya.

      Solat sunat rawatib guna untuk menampal ketidaksempurnaan dalam solat fardhu.

      Moga Allah kasih dirimu juga.

      Delete
  5. Salam saudara Abdul Razak
    Semoga sihat hendaklah.

    Lama sungguh saya tak singgah di sini, alangkah seronok dan bertuahnya jika kita dapat menunaikan hal2 di atas. Semoga Allah memberikan kita kemudahan dan kudrat untuk menunaikan hak masing2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Long..

      Moga kakak sihat hendaknya dengan izin~Nya.

      Terima kasih atas kunjungan. Alhamdulillah jika kita mampu menunaikannya bererti kita diberi kekuatan dari~Nya.

      Delete
  6. Assalamualaikum...

    Semoga saudara mendapat rahmat dari Allah SWT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Terima kasih atas doanya, moga dirimu demikian juga dalam rahmat kasih sayang~Nya...aamiin

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.