Friday, June 07, 2013

Takut (Al-Khauf)


بسم الله الرحمن الرحيم

Al Faqih Abu al-Laith berkata,
bahawa orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah SWT dengan seluruh
anggota badannya dan tanda ketakutan itu dinampakkan pada tujuh perkara.

Lidah.
Ia mencegahnya dari berkata dusta, mengumpat, memfitnah, menipu, dan perkataan yang tidak berguna.
Sebaliknya, ia menyibukkannya dengan zikir kepada Allah SWT, membaca al-Quran dan menghafal ilmu.

Hati.
Ia mengeluarkan dari dalam hatinya rasa permusuhan, kedengkian dan hasad kepada teman. Sebab, hasad
dapat menghapus kebaikan, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. "Hasad memakan kebaikan seperti api membakar
kayu bakar." Hasad termasuk penyakit berbahaya di dalam hati. Penyakit-penyakit hati itu tidak boleh
diubati kecuali dengan ilmu dan amal.

Pandangan.
Ia tidak memandang makanan, minuman, pakaian dan sebagainya yang diharamkan. Pandangannya pun tidak
ditujukan kepada keduniaan dengan penuh kecintaan. Sebaliknya, ia mengarahkan pandangannya kepada
sesuatu dengan mengambil pengajaran, tanpa memandang sesuatu yang tidak halal baginya. Mengenai perkara ini,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang memenuhi kedua belah matanya dengan pandangan yang haram,
nescaya pada hari kiamat Allah SWT memenuhi kedua belah matanya dengan api neraka."

Perut.
Ia tidak memasukkan ke dalam perutnya makanan yang haram, sebab perkara tersebut merupakan dosa besar.
Nabi s.a.w. bersabda, "Apabila satu suap makanan yang haram jatuh ke dalam perut anak Adam, setiap
malaikat di langit dan bumi melaknatnya selama suapan itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam
keadaan itu, tempat kembalinya adalah neraka jahannam."

Tangan.
Ia tidak menghulurkan tangannya pada sesuatu yang haram. Sebaliknya, ia menggunakannya pada sesuatu yang
mendatangkan ketaatan kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Ka'ab al-Ahbar, dia berkata, "Allah SWT
membangunkan sebuah rumah dari batu permata hijau. Di dalam rumah itu terdapat tujuh puluh rumah yang
masing-masing memiliki tujuh puluh ribu bilik. Tidak ada yang dapat memasukinya kecuali orang yang
meninggalkan setiap yang haram kerana takut kepada Allah SWT."

Kaki.
Ia tidak berjalan untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah. Sebaliknya, ia berjalan dalam ketaatan dan
keredhaan~Nya serta dalam bergaul denga para ulama dan orang-orang soleh.

Ketaatan.
Ia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT serta takut akan riak dan
kemunafikan. Apabila melakukan perkara itu, ia termasuk orang-orang yang disebutkan Allah SWT di dalam
firman~Nya yang bermaksud, "Kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
(QS Az-Zukhruf : 35)

Wallahu a'lam

Rujukan : Kitab Mendidik Hati Mendekati Ilahi - Imam Ghazali

17 comments:

  1. Assalamualaikum ustaz.
    Semua tu anugerah, nikmat dan amanah Allah yang kita perlu jaga. Ditarik salah satunya, kita pasti kesusahan.
    Semoga dapat kita menjaga semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam cikgu..

      Nikmat itu perlu dijaga jangan sampai ternoda dengan dosa dan sebelum kembali kepada Penciptanya ia perlu bersih

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum wbt Ustaz.
    Semoga diberkati dan dirahmati ALLAH SWT.
    Sangat bermanfaat. Boleh share tak ilmu ini untuk dipanjang-panjangkan. Semoga bermanfaat :)
    Terima kasih ustaz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Cikgu..

      Semoga cikgu juga diberkati dan dirahmati Allah SWT...aamiin

      Ya cikgu, silakan, moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak

      :)

      Delete
  4. Assalamualaikum Razak
    - didoakan sihat dan sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah
    - terima kasih atas entri ni. masih seperti dulu..bnyak mmberi ilmu dan manfaat pada yg membacanya.
    - setelah bertahun2 harap masih ingat pada kak skaf.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Saya doakan juga moga Kak Skaf sihat dan sentiada dalam rahmat kasih sayang Allah...aamiin

      Alhamdulillah Allah beri kekuatan.

      Ya masih ingat..:)

      Delete
  5. Memang itu sebaiknya. Kalau dapat laksanakan, itu yang terbaik. Tapi aduh...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ustaz, semoga sihat dan ceria

    betul tu ustaz kan, apa lagi lidah mudah untuk membuat dosa, dari satu cerita kecil menjadi besar dan akhirnya boleh jadi fitnah, semoga kita dapat menilai kebaikkan dan sentiasa melakukan yg terbaik InsyaAllah...terima kasih ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Nabi s.a.w. bersabda, “Siapa yang menjamin bagiku ‘sesuatu’ antara dua dagunya (lidah) dan dua selangkanya (kemaluan), maka aku jamin baginya syurga” (HR. Bukhari dan Muslim)

      Delete
  7. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang serta redhaNya..aamiin

    Ini dah kali ke 3 key in..ada masalah komputer..tak sempat takan publish dah hang..harap kali ini berjaya.

    khaufun yg bermaksud takut dlm bahasa melayu, dalam bahasa al-Quran ditakrifkan sebagai keinginan hati untuk menghindarkan diri dp tertimpa sesuatu yg tidak diingini. Manusia pastinya takut dapat kesengsaraan di dunia lebih2 lagi di akhirat, takut tertolak doa, takut amal tak diterima dan sebagainya. Takut pada tahap ini pun sudah memadai jika ada terdetik dalam hati setiap org mukmin. Tetapi keinginan sahaja tidak memadai, hati kenalah digerakkan supaya berusaha mencari jalan bagaimana nak pastikan terelak daripada apa yg tak diingini itu. Jika takut mendapat kesengsaraan di dunia elaklah, cth takut kemalangan, berhati2lah, pandulah dgn cermat, takut masuk neraka kenalah hindarkan buat apa yg Allah tak suka.

    Tingkatan takut yang sisebut dlm al-Quran pernah kak tulis di http://permatainn.blogspot.com/2009/10/takut.html

    Itu hasil dengar ceramah ustaz kariman.

    Mudah-mudahan kita mendapat pertolongan Allah untuk takut kepada Allah SWT dengan seluruh anggota badannya dan tanda ketakutan itu dinampakkan pada tujuh perkara spt yng ditulis dlm N3.

    Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...

      Semoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayang serta redhaNya..aamiin.

      Alhamdulillah dapat publish..

      Takut adalah sifat terpuji dan patut ada dalam hati setiap mukmin yang ingin mendapatkan takwa. Dengan adanya perasaan takut membuatkan seseorang itu menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran yang mendatangkan dosa hingga menjerumuskan ke api neraka di akhirat kelak.

      Terima kasih kak..

      Delete
  8. Assalamualaikum..

    Boleh jadi semuanya kerana nafsu.

    Firman Allah;-

    وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى
    "Adapun orang-orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya." (an-Nazi'at (79):40).

    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Benar, jika hawa nafsu menjadi tuan kepada jiwa ia menjadi seseorang itu penyangkal kebenaran.

      Moga Allah dirimu jua..

      Delete
  9. As salam
    pohon izin share utk maanfaat semua
    terima kasih

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.