Friday, July 19, 2013

Etika berpuasa



بسم الله الرحمن الرحيم


Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah menjelaskan:


1. Tidaklah sebaiknya (sebagai seorang yang murid) kamu hanya berpuasa pada bulan Ramadhan saja lalu kamu tinggalkan puasa sunnah dan amalan yang ditujukan untuk mendapatkan tingkatan yang tinggi di syurga, sehingga kamu menyesal nantinya ketika memandang posisi orang-orang yang berpuasa di syurga, seperti kamu memandang bintang-bintang yang tinggi, mereka tinggal di tempat yang sangat mulia.


2. Hari-hari mulia yang ditegaskan oleh riwayat-riwayat sebagai hari yang berkeutamaan dan berpahala besar apabila berpuasa di dalamnya, iaitu: hari Arafah untuk orang yang tidak melaksanakan Haji, hari Asyura (10 Muharram), 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah, 10 hari pertama bulan Muharram, bulan Rajab, Sya'aban, puasa pada bulan-bulan Haram merupakan keutamaan, iaitu bulan Dzul Qadah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rajab, satu menyendiri dan tiga berurutan. Inilah hari-hari dianjurkan puasa dalam setahun. Adapun puasa dalam setiap bulan adalah: awal bulan, tengah bulan dan akhir bulan, hari-hari putih iaitu tanggal 13, 14 dan 15, adapun puasa mingguan adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Dosa mingguan dihapus dengan puasa Isnin, Khamis dan Jumaat. Dosa bulanan dihapus dengan puasa awal bulan, pertengahan bulan, akhir bulan dan hari-hari putih dan dosa tahunan dihapus dengan semua puasa di atas.


3. Janganlah kamu kira, ketika kamu puasa, bahwa puasa adalah meninggalkan makan dan minum dan berhubungan suami isteri saja. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Ramai orang yang puasa tapi sejatinya puasanya hanya lapar dan dahaga." Kesempurnaan puasa juga dengan menjaga anggota tubuh semuanya dari apa yang dibenci Allah S.W.T. Seperti halnya kamu harus menjaga matamu dari melihat pemandangan yang tercela, menjaga lisanmu dari berbicara yang tidak perlu, menjaga telingamu dari mendengarkan yang diharamkan Allah. Orang yang mendengarkan adalah mitra dari yang berbicara, maka termasuk pelaku Ghibah. Begitu juga kamu harus kendalikan semua anggota tubuhmu seperti kamu mengendalikan perut dan kemaluanmu. Dalam sebuah hadits disebutkan Lima perkara yang membatalkan puasa, iaitu bohong, membicarakan orang lain, adu domba, sumpah palsu dan melihat dengan syahwat. Rasulullah s.a.w. juga bersabda Puasa adalah pengendali, apabila kalian berpuasa maka jangan berbuat dosa, jangan berbuat kefasikan, jangan berbuat bodoh, apabila seseorang datang ingin memerangi atau mengajak perang mulut, hendaklah ia berkata bahwa saya sedang berpuasa.


4. Kamu juga harus berusaha untuk berbuka dengan makanan yang halal, jangan berlebih-lebihan sehingga melebihi apa yang biasanya kamu makan pada malam hari, maka tidak ada bezanya kalau kamu makan kebiasaan dua porsi dalam satu kali makan. Sesungguhnya tujuan dari puasa adalah mengendalikan hawa nafsu dan melemahkan kekuatan nafsumu agar kamu kuat dalam menjalankan ketaqwaan. Kalau kamu makan pada malam hari dengan porsi sebanyak apa yang biasanya kamu lalui pada siang hari, maka tidak ada gunanya puasamu, kamu juga telah memberatkan pencernaanmu. Tidak ada perut yang dibenci Allah kecuali perut yang kepenuhan dengan perkara halal, bayangkan kalau itu kepenuhan dengan perkara haram?


5. Setelah kamu fahami makna puasa, maka perbanyaklah berpuasa semampumu, sesunggunya puasa adalah landasan dari semua ibadah dan pembuka bagi kedekatanmu kepada Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah berfirman semua perkara baik akan diberi imbalan dengan 10 kali lihar sampai 700 kali lipat kecuali puasa, sesungguhnya itu hanya untuk~Ku dan Akulah yang akan menentukan balasannya. Rasulullah s.a.w. juga bersabda, "Demi Dzat yang memiliki diriku di Tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari aroma misik, Allah SWT berfirman Dia telah meninggalkan syahwatnya, makananya, minumannya demi Aku, puasa adalah untuk~Ku dan Aku yang berhak membalasnya. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Di syurga ada pintu yang disebut Rayyan, pintu itu hanya boleh dimasuki orang-orang yang suka berpuasa."


Wallahu a'lam


6 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.. Aamiin

    Mudah-mudahan bila berlalu Ramadhan kali ini, kita dapat meneruskan dengan amalan-amalan sunat seumpama yang telah kita lakukan sebelum ini..insyaAllah, kepada Allah jua kita mohon supaya menetapkan hati kita untuk sentiasa menambah amal..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Terima kasih atas doa kakak, semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.. aamiin

      Ya kak, hendaknya janganlah kita jadi golongan yang hanya mengenali Allah SWT di bulan Ramadhan semata-mata dengan amalan yang banyak, malah jadikanlah diri kita sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa sepanjang masa.

      Delete
  2. Assalamualaikum...

    Semoga kita berupaya mungkin untuk sahur dan segera berbuka bila telah sampai waktunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Insya Allah, moga Allah berikan kekuatan.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum wbt...

    SubhanAllah, perkongsian yang amat bermanfaat...Alhamdulillah.

    Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim....Bantulah kami untuk mengambil seberapa banyak faedah di bulan yang penuh barakah ini...Aamin.

    Jazakallahu kheir ya sahabah.

    Barakallahu fik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Allahu Akhbar...Aamiin aamiin ya Rabbial a'lamin, moga Allah perkenankan doa sahabat..

      Allah ya barik feek..:)

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.