Friday, October 25, 2013

Sembunyikan...



بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Segala puji-pujian buat Allah SWT, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam atas junjungan besar Muhammad s.a.w. dan seisi keluarganya,
sekalian para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah di atas
jalan suci ini dengan penuh ketenangan.


Ketahuilah wahai saudaraku sekalian,
bahawa ikhlas itu tidak bisa terwujud di dalam hati seorang hamba jika ia hanya
mengharapkan pujian semata. Biarpun ibadahnya kelihatan hebat pada pandangan
manusia namun di sisi Allah ianya hanya sia-sia belaka.


Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Kami hadapkan segala amal yang mereka kerjakan,
lalu Kami jadikan amal itu umpama debu yang berterbangan, tiada bernilai.” (Surah al-Furqan : 23)


Oleh kerana itu sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau
menyembunyikan keburukan-keburukanmu, dan janganlah engkau kagum dengan
amalan-amalanmu, sesungguhnya engkau tidak tahu apakah engkau termasuk
orang yang celaka (masuk neraka) atau orang yang bahagia (masuk syurga).


Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfirman,
“Aku adalah yang paling tidak memerlukan sekutu. Barang siapa yang beramal
sedangkan Aku disekutukan dengan selain~Ku nescaya Aku tinggalkan dia
dengan sekutunya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)


Ikhlas itu ada pada amalan hati kita yang tiada sesiapa pun mengetahuinya,
melainkan ia menjadi rahsia antara seorang hamba dan Tuhannya.


Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang meninggalkan dunia ini dengan
membawa keikhlasan kerana Allah sahaja, ia tidak menyekutukan Allah,
melaksanakan solat, menunaikan zakat, maka ia telah meninggalkan dunia ini
dengan membawa redha Allah." [HR Bukhari dan Muslim]


Di antara tanda keikhlasan adalah jika engkau suka sembunyikan kebaikanmu
dan tidak suka menyembunyikan kesalahanmu.

~Syed Quthub~


Wallahu a'lam


10 comments:

  1. Haiiii.. salam kenal yea...
    Done follow sini no. 551
    Jom follow me back.. heeeee..
    Leh saling kunjung mengunjung pasni...
    http://tengkubutang.blogspot.com/ dan
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal...

      Insya Allah akan luangkan masa untuk mengunjungi blog anda..

      Terima kasih datang..

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga limpahan rahmat sentiasa tercurah buat dirimu dan kita semua dalam menjalani kehidupan yang singkat ini..aamiin

    Sesungguhnya hanya amalan ikhlas yang dituntut dan dinilai dan hamba yang ikhlas akan ditakuti syaitan.

    Semoga kita dapat berusaha bersungguh - sungguh nelatihkan diri mengikhlaskan segala amalan agar tidak menjadi seperti debuvyang berterbangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam ya kak werdah...

      Semoga dikurniakan juga limpahan rahmat sentiasa tercurah buat kakak dan kita semua dalam menjalani kehidupan yang singkat ini..aamiin

      Amalan yang dilakukan semata-mata hanya untuk mengharapkan redha Allah Ta’ala, bukan kerana terpaksa atau kerana mengharapkan pujian orang lain, ataupun dalam rangka untuk mencari kedudukan, kekayaan, kemasyhuran dan semisalnya dari perkara-perkara duniawi bisa meraih keikhlasan.

      Delete
  3. salam sahabat

    ilmu yg canteeq... ^_^

    "Di antara tanda keikhlasan adalah jika engkau suka sembunyikan kebaikanmu
    dan tidak suka menyembunyikan kesalahanmu." - payah-payah ...tanya hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat...:)

      Insya Allah kepayahan itu bisa terungkai jika kita bersungguh-sungguh.

      Semoga Allah Ta’ala mengampuni kekurangan-kekurangan ibadah kita yang telah lalu dan menjadikan kita sebagai hamba-hamba~Nya yang ikhlas.

      Delete
  4. Berbaik-baiklah pada sekalian mahluk, kerana Allah sentiasa menghitung dan memerhati kita sehingga ruh bukan dikandung badan lagi. Live peacefully and spiritually never bring harm to us :)

    ReplyDelete
  5. Salam sahabat...
    Betul tu...sembunyikan kebaikanmu sebagaimana kamu hebat menyembunyikan kejahatanmu...cukup jadi sebagai Rahsia Allah sahaja...

    ReplyDelete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.