Friday, December 06, 2013

Saat ini...



بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tika daun-daun berguguran..
Tersentuh hatiku mengenangkannya..
Setiap yang bermula pasti ada penghujungnya..
Setiap yang bernyawa akan sampai mautnya nanti..


Saat ini daun itu kehijauan..
Belum pasti esok warnanya tetap hijau..
Mungkin bertukar menjadi keperangan..
Lalu gugur..


Aku yang masih mampu menghirup udara hari ini..
Mungkin esok aku sudah tidak diizinkan berbuat demikian..
Sudah cukup masa di dunia..
Harus kembali kepada Pencipta..


Pasti, aku tidak mengetahui segala-galanya..
Kerana perjalanan hidup ini Allah yang tentukan..
Kita tidak punya pilihan..
Melainkan akur terhadap kehendak~Nya..


Bilakah penghujungnya waktu yang diizinkan~Nya..
Aku tidak pasti..
Sudahkah cukup bekalan untuk dibawa..
Aku terfikir sendiri…
Sebuah penghujung yang menandakan sebuah permulaan.


Ketahuilah, kamu hanya akan mendapat kedudukan mulia dan tinggi di sisi
Allah Subhanahu wa Ta'ala, jika mengikuti (ittiba') sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam.
Sebaliknya, kamu akan diremehkan (kedudukanmu) dan dijauhkan dari Allah
jika tidak mengikuti Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam.


[Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari rahimahuLlah]


Al-Faqir ila Rabbi


8 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan, kerahmatan dan dalam redha Allah . Aamiin

    Segala kejadian di hadapan kita sebenarnya perlu kita pelajari sebagai tanda muhasabah diri. Pada tumbuh-tumbuhan terdapat peringatan bermula dari biji benih, subur menhijau kemudian layu dan mati. Begitulah juga dengan kita manusia. Jika tumbuh-tumbuhan menghasilkan manfaat, hendaknya kita pun begitu juga. Mudah-mudahan diri ini tidak panjang angan-angan,,kepada Allah jualah tempat memohon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan, kerahmatan dan dalam redha Allah...aamiin

      Benar kak, tidak Allah ciptakan makhluk di alam ini sia-sia. Dan jika kita mengetahui tujuan sebenarnya kita diciptakan maka segala apa yang kita kerjakan pasti ianya kita mengharapkan mendapat keredhaan Allah SWT dan manfaat buat diri dan manusia di sekeliling kita.

      Terima kasih kak!

      Delete
  2. Banyak kejadian di dunia yg menjadi rahsia Allah, termasuk masa depan. Jika kita dpt menceroboh perkara2 di bawah rahsia Allah dan mengetahuinya, pasti akan menimbulkan rasa takut dan jiwa tak tenteram. Biarlah kita tidak tahu rahsia-rahsia Allah, biarlah kita meneruskan perjalanan singkat ini dengan cuba mendekatiNya serapat mungkin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ramai yang berusaha untuk membuka hijab yang tertutup namun usahanya jarang dapat kerana Allah hanya pilih orang yang tertentu sahaja yang dapat melihat alam yang tertutup itu. Benar kata saudara, biarlah kita menjalani hidup ini dengan setaat-taatnya kepada Allah SWT agar kita dekat dengan~Nya.

      Delete
  3. Indahsekali bait-bait puisi ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cermin untuk diri yang sangat lemah ini..

      Delete
  4. Assalamualaikum sahabat..
    Sebuah perjalanan hidup, mempunyai beberapa fasa, biar berhayun dilambung ombak ujian, ia masih mampu terus dibina dari masa ke masa..dgn izin-Mu, pasti akan tiba saat itu juga suatu hari nanti..yakin dgn janji-Mu..utk menghabiskan sisa hidup di muka bumi ini, sebagai seorg khalifah, sebagai seorg hamba, ciptaan Tuhan..In sya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabat...

      Ya sahabat, kita singgah di dunia ini dengan matlamat untuk meraih keredhaan Allah SWT. Jika gagal sengsaralah hidup kita di akhirat kelak.

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.