Friday, January 03, 2014

Pesan Buya Hamka


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Buya Hamka) berpesan :


Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar,
mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim ke atasnya.


Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.


Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.


Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.


Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.
Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil dalam masyarakat ialah
menenggelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama.


Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.
Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya.


Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.
Di samping kejahatan yang bermaharajalela, keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.
Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerana hendak mengetahui ajaran-ajaran agama.


Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.
Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.


Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang.


EMPAT sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati
suatu yang tercela, boleh dipercayai dalam pergaulan hidup (amanah), benar dan jujur.


Wallahu a'lam


6 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Ya, benar..zaman sekrg kejahatan bermaharajalela, kuliah2 agama di masjid, di TV jg mendapat sambutan..tapi nahi mungkar secara terang-terangan akan mendapat tentangan dari pelbagai pihak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Biar pun kemungkaran kian bertambah dan tentangan dari pelbagai pihat namun tugas kita sebagai umat Islam melaksanakan amal makruf nahi mungkar perlu diteruskan dengan cara bagaimana pun kerana ia kewajipan kita semua.

      Delete
  2. Assalamualaikum sahabat...

    Semoga sahabat sihat sejahtera sentiasa dan mendapat keredhaan dari Allah swt. Bagus info...ya..sgt terpukau membaca pesanan ringkas tokoh besar yang satu ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam..

      Terima kasih atas doanya, moga dirimu pun begitu juga.

      Ya, biar pun pendek tapi sangat berkesan.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga dirimu sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT. ..aamiin

    Benarlah, jika hawa nafsu levih ditamakan maka kebenaran dan keadilan sering tertewas. Apalah yang boleh diharapkan lagi waima orang yang berilmu tinggi namun terbelit dengan nafsu yang buruk bagaimana dia dapat mengamalkan ilmunya. Semoga kita terpelihara daripada hal demikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT...aamiin

      Apa lagi yang dapat mengawal nafsu selain dari iman. Allah SWT mendatangkan wahyu kepada manusia untuk mendidik manusia supaya jangan terpengaruh dengan ajakan syaitan. Musnahlah hidup manusia jika hanya terlalu mengikut hawa nafsu dan ajakan syaitan.

      Terima kasih kak!

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.