Friday, February 21, 2014

Jangan berbuat zalim


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad Al-Ghazali (Imam Ghazali)
menuturkan dalam Kitab Karangannya Mendidik Hati Mendekati Ilahi:


Allah SWT berfirman,


"Orang-orang yang melakukan kezaliman itu nanti akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali."
(Asy-Syu'ara : 227)


Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada lima orang yang Allah murkai. Jika Dia berkehendak, Dia menimpakan kemurkaan-Nya
kepada mereka di dunia. Jika tidak, pada hari kiamat, Dia menempatkan mereka di neraka."

Mereka itu adalah:

1. Pemimpin yang merampas hak rakyat, tidak melakukan keadilan
terhadap mereka dan tidak menghilangkan kesusahan mereka.

2. Pemimpin kaum yang ditaati, namun dia tidak berlaku adil di antara
orang-orang kuat dan orang-orang lemah serta berbicara menurut hawa nafsu.

3. Seseorang yang tidak menyuruh keluarga dan anaknya agar taat kepada Allah
dan tidak mengajar mereka ajaran-ajaran agama.

4. Seseorang yang mengambil buruh bekerja tetapi tidak membayar upahnya.

5. Seseorang yang melakukan kezaliman dengan tidak menafkahi isterinya.


Abu Umamah r.a. berkata: "Pada hari kiamat, seorang zalim didatangkan, hingga ketika berada
di atas jambatan neraka Jahannam, dia ditemui seorang yang pernah dianiaya olehnya. Orang-orang
yang teraniaya terus-menerus menuntut orang-orang zalim hingga tidak ada lagi kebaikan di tangan
orang-orang zalim itu. Jika orang-orang yang teraniaya tidak menemui kebaikan lagi di tangan
orang-orang zalim, mereka memikul keburukan-keburukan mereka ke bahu orang-orang
zalim menurut kadar penganiayaannya hingga mereka dilemparkan ke dasar neraka."


Di dunia ini ada dua kezaliman, iaitu kezaliman ilmu dan kezaliman harta.
Yang dapat menyelamatkan dari kezaliman ilmu adalah ibadah, sedang yang dapat
menyelamatkan dari kezaliman harta adalah zuhud terhadapnya.


Wallahu a'lam


7 comments:

  1. perkongsian yg bermanfaat.,.. tks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga ianya mendatangkan manfaat yang banyak buat kita semua...

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak yang dikasihi Allah. Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

    Syirik kepada Allah itu zalim. Allah yang bagi rezeki tiba-tiba duk percaya benda lain pula. Allah bagi segalanya. Manusia tak reti buat apapun.

    Zalim sesama kita. Kita buat zalim kepada orang, selagi orang tak ampunkan kita, kita tetap zalim.

    Zalim kepada diri sendiri. Tak solat, tak beri zakat, tak tutup aurat. Kalau minta ampun Allah akan ampunkan. Sebab itulah nabi Adam dan isterinya minta ampun.

    Menyokong perbuatan zalim juga adalah zalim.

    Sangat tersentuh dan sangat merisaukan.

    Semoga kita dilindungi daripada berbuat zalim..Allah al-Musta'aan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...:)

      Terima kasih atas doa kak sentiasa, semoga kakak dilimpahkan kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT...aamiin

      Benar apa yang kakak bicarakan, zalim kepada diri sendiri itu bisa menghumbangkan diri ke lembah kebinasan dan azab Allah SWT. Kadangkali, tanpa disedari bahawa kita yang berbuat zalim kepada diri sendiri umpamanya, menghisap rokok yang mana telah difatwakan bahawa rokok itu haram, akan tetapi umat Islam tetap juga dengan tabiat yang buruk itu.

      Sedarilah wahai manusia bahawa azab Allah itu sangat pedih.

      Delete
  3. doa mereka yang dizalimi tiada hijab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keistimewaan yang Allah kurniakan kepada mereka yang dizalimi

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.