Friday, March 07, 2014

Al-Quran dan keistimewaannya..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Sahabatku yang dimuliakan,

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan
mukjizat daripada Allah SWT, dan tujuan ianya diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya
kepada Allah SWT (tauhid) dan konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh.

Terdapat banyak kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat di hari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Bacalah al-Quran
sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya." (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya di hari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi
kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini
menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara
kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain." (Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran
dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin
yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap.
Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis,
dan umpama orang munafik yang membaca al-Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan
rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau
dan rasanya pahit." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat
martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran." (Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: “Tidak boleh berhasad dengki
kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran,
ia menunaikan ibadat siang dan malam, lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya
siang dan malam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan
oleh air." Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, "Dengan banyak
mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Wallahu a'lam

6 comments:

  1. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah swt..aamiin

    Al-Quran yang tidak ada keraguan padanya. Sebagai petunjuk kepada manusia untuk dijadikan panduan menuju redhaNya..semoga kita terus dekat dengannya insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah..

      Semoga kakak juga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah swt..aamiin

      Benar kak, Al-Quran itu sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang.

      Terima kasih kak..

      Delete
  2. Assalamualaikum Sahabat.....berkunjung ke blog saya ada berita yg ingin saya sampaikan disana... semoga sahabat beroleh rahmat dan berkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabat...

      Inna lillah wa inna ilaihi rajiun...moga Allah ampunkan segala dosa suami sahabat dan ditempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang berbahagia di sisiNya...aamiin

      Moga sahabat tabah.

      Delete
    2. Terima kasih sahabat ...

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.