Friday, April 11, 2014

Rezeki..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين



Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.


Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.


Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.


Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.


Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.


Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.


Jika tiada rezeki hari ini,
mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.


Wallahu a'lam..


6 comments:

  1. Salam Sahabat...

    Alhamdulilah atas segala rezeki yg kau turunkan kpd ku... semoga sahabat sentiasa dlm rahmat dan redhanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat...

      “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.” (Surah At-Talaq ayat 2-3)

      Moga Allah kurniakan ketenangan dan kesabaran buat sahabat dalam menjalani kehidupan ini...aamiin

      Delete
    2. Terima kasih sahabat ...... atas doa yang berpanjangan

      Delete
    3. Sama-sama...kita ini hak Allah maka jagalah hak itu dengan baik.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT. Aamiin

    Tiap-tiap suatu anugerah dan kejadian itu ada hikmahNya kepada kita. Bagi yang beriman denga Qadar dan Qadha' Allah SWT pasti dia menerima sesuatu itu dengan sabar dan redha. Inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...

      Terima kasih atas doa kakak sentiasa, semoga kakak pun demikian juga.

      Orang yang sentiasa berwaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

      Terima kasih kak!

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.