Friday, May 02, 2014

Lima benteng kekuatan..


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف المرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين


IMAM AS-SYAFIE memberi wasiat :

Iman mempunyai bentengnya untuk menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya.
Tanpa pagar yang kukuh dan sempurna, pasti iman akan terancam oleh musuhnya yang
nyata iaitu nafsu dan syaitan.

Oleh itu, untuk menguatkan benteng iman, perlulah dibajai keimanan itu dengan
5 perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal dan
beradab di dalam melaksanakan ibadah.

**YAKIN

Benteng yang utama dan terpenting ialah yakin maka wajiblah kita berusaha untuk
menyuburkan keyakinan kita. Keyakinan perlu disuburkan dengan ilmu pengetahuan.
Tanpa ilmu yang benar dan menyeluruh kita akan terperangkap di dalam perangkap syaitan.
Jika sudah terperangkap di dalam jerat syaitan di dalam soal keyakinan, maka
terhapuslah segala pahala amal dan hapuslah iman. Untuk itu perlu ada ilmu.

**IKHLAS

Benteng iman yang kedua ialah ikhlas. Ikhlas ialah meniatkan sesuatu yang dilakukan
atau yang ditinggalkan kerana Allah SWT. Ikhlas itu yang sebenarnya adalah rahsia Allah
yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Bagi mereka yang ikhlas dalam menjalankan perintah
Allah dan meninggalkan larangan~Nya, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan
Allah. Pandangan dan pujian manusia bukan kemahuan mereka yang ikhlas.

**MENGERJAKAN AMALAN SUNAT

Perkara seterusnya dalam usaha untuk memagar iman dengan kukuh ialah hendaklah kita banyak
mengerjakan amalan-amalan sunat seperti banyak mendirikan solat sunat, membaca al-Quran,
bersedekah, puasa sunat dan amalan sunat yang lain. Perlu diingatkan di dalam kita
melaksanakan amalan sunat, perlu kita ingat, jangan sampai melalaikan perkara yang wajib.

**ISTIQAMAH BERAMAL

Sikap istiqamah (tetap) beramal itu adalah merupakan salah satu dari benteng iman.
Ketahuilah bahawa musuh kita iaitu nafsu dan syaitan tidak pernah rehat dan jemu
untuk menghancurkan kita, maka dengan istiqamah barulah seimbang pertahanan kita
terhadap musuh. Maknanya kita juga tidak pernah berehat di dalam mempertahankan iman kita.
Banyakkan melakukan ibadah dan kebaikan walaupun sedikit kerana kita tidak tahu
mana satu amalan kita yang Allah nilai.

**DISIPLIN

Di dalam beribadah kita perlu bertatsusila dan bertertib kerana itu adalah adab sopan
kita melakukan ibadah kepada Allah. Perkara ini sangat penting di dalam kita melakukan
ibadah kerana telah sepakat ulama tasawuf mengatakan, "Yang banyak menjauhkan seseorang
hamba itu dari Allah bukan kerana tidak cukupnya ilmu dan amal tetapi kerana kurangnya
adab di dalam melaksanakan ilmu dan amal."

Wallahu a'lam

6 comments:

  1. Assalamualaikum Sahabat ku...

    Terima kasih atas N3 yang sungguh bermakna ....ilmu yg bermanafaat... ilmu yg memenuhi hati yg kosong.... Mudah2 han tercapai segala benteng kekuatan itu... semoga sahabat sentiasa dirahmati dan diberkati Ilahi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam sahabat...

      Terima kasih kembali, sekadar untuk menyampaikan dan sambil mengingati diri sendiri agar sentiasa muhasabah diri.

      Moga sahabat juga sentiasa rahmat kasih sayang Allah SWT dan diberkatiNya...aamiiin

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Abd Razak

    Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT..aamiin

    Sungguh benar pesan imam ini..istiqamah itu menjanjikan kemanisan iman..mudah-mudahan keikhlasan dapat bertapak dihati..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Kak Werdah...

      Semoga kakak juga beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT..aamiin

      Moga kita semua sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman, menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji.

      Delete
  3. Assalamualaikum...

    Iman itu kdg kala tinggi, kdg kala rendah, memang perlu kepada benteng yg kuat...syukran diatas perkongsian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam...

      Benar, tanpa adanya benteng yang mantap kita bisa tersungkur dengan hasutan nafsu kita sendiri...

      Delete

السلم عليكم ورحمة الله...:)

Lihatlah sudut-sudut hati kecilmu dengan pandangan yang cermat. Jika engkau mendapati sesuatu yang terpuji, maka pujilah Allah dan teruslah berlalu. Akan tetapi, jika engkau melihat sesuatu yang menjengkelkan, maka ikutilah dengan penilaian dan pemeriksaan yang baik terhadapnya.